FOOD REVIEW

Menikmati Hidangan di ASAP Steamboat & Grill Puchong

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Menikmati Hidangan di ASAP Steamboat & Grill Puchong

Menikmati hidangan seperti steamboat mahupun grill berkonsepkan kontena pastinya tidak dilepaskan peluang itu. Pastinya pengalaman dan situasi berlainan terutama sekali di dalam kontena. Ramai yang tahu kebiasaannya kontena adalah tempat untuk menyimpan barangan import mahupun export tetapi kali ini di ubahsuai agar menjadi restoran iaitu ASAP Steamboat & Grill Puchong. Sebenarnya lokasi ASAP Steamboat & Grill Puchong ini terletak di  Lot 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47150 Puchong, Selangor, Malaysia. Persimpangan di antara USJ, Putra Heights , Subang Jaya dan juga Puchong.

Sedikit informasi tentang ASAP Steamboat & Grill

Ianya telah dibuka pada 2 Disember 2016. Ianya terletak di Laman Izzah Catering Puchong. Pengasag atau pengurus restoran ini ialah Tuan Haji Haron Khamis dimana beliau memang meminati tentang makanan dan berhasrat untuk membuka restoran dimana boleh menjamu selera dengan rakan-rakan, keluarga mahupun sanak saudara di ruang yang selesa dan luas.

Di Asap Steamboat & Grill juga ada menyediakan tawaran pakej untuk diadakan sebarang majlis keraian. Contohnya seperti Majlis Pertunangan, kelas demonstrasi mekap dan pelbagai jenis acara yang lain. Ini kerana di sini terdapat juga ruang untuk membuat pelbagai aktiviti, kemudahan lain seperti tandas dan juga ruang solat.

Restoran ini mempunyai 4 bahagian ruang makan iaitu

  • bahagian bawah kotena
  • tingkat atas berbumbung 
  • tingkat atas tanpa bumbung
  • skylite

Antara hidangan yang ada untuk steamboat mahupun grill ,

Seafood in the house

Pepahat

Lala

Udang

Yang sempat di ambil sebelum dimasuk periuk

Untuk di Grill, terdapat 16 jenis perapan yang ada buat anda pilih

Ayam

Ada daging pelbagai perisa 

Kambing pelbagai perisa

Yang sempat dirakam 

Selain bahan-bahan di atas bahan utama yang patut ada ialah sos. Sos wajib ada jika makan-makanan grill bukan ?? Blackpepper dan thai cili antara sos kegemaran KP

Ada lebih dari 8 jenis sos untuk di pilih apabila menikmati hidangan anda. Nak kelainan, nikmati sos homemade chef dimana ianya lebih ada umpphh…

Fishball. meatball dan sefamilynya

Banyak pilihan

ketam pun ada

angry bird pun ada 

nie sebahagian darinya

diantara yang favourite

Sedap tak sedap jom kita cuba dulu , ada dua kuah iaitu kuah ayam mahupun kuah tomyam. Kalau anda yang menggemari pedas atau bercili KP rekomenkan untuk mencuba rasa kuah tomyam

Sayur-sayuran

Pelbagai sayuran dan semuanya segar juga berkualiti.

pilih yang mana berkenaan

Nak sawi, brokolli, lobak, cendawan dan lain -lain lagi 

Mee pun ada tapi kena masak sendiri

maggi – favourite nie

Meehun pun ada 

Ada telur puyuh , telur ayam

Ini adalah isi-isi wajib ada setiap kali KP menjamu selera di steamboat mahupun grill. Telur puyuh di cari dahulu barulah sayur-sayuran yang lain.

menu lain yang ada seperti

pau – panas-panas di nikmati bersama secawan teh atau kopi panas .. teh tarik pun ok

Jagung- nak tambah garam ataupun mayonis

Sup kambing dimakan bersama roti

 

Air kosong sejuk

Air panas

Jus pun ada

Oh ya , ingat tau bila makan di buffet jangan membazir , Amalkan sikap love food hate waste . Disini pun ada di chargekan seperti

Harga di ASAP Steamboat & Grill Puchong

  • Dewasa – RM 33.00
  • Kanak-kanak RM 16.50 (6-12 tahun)
  • PERCUMA 1-5 tahun

Makan kat sini seronok kerana dapat merasai suasana kehijauan. Jika menikmati di atas tanpa bumbung lagi best . Sesuai untuk dimakan  bersama rakan-rakan, ahli keluarga mahupun majlis keramaian seperti menyambut harijadi mahupun reunion . Suasana yang

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari jam 6 petang -12 tengah malam
Untuk Tempahan:  Whatsapp 013-485 8944