FOOD REVIEW

Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah di jemput untuk menghadirkan diri di restoran Fish & Co untuk promosi terbaru yang ditawarkan disemua cawangan Fish & Co.Ini adalah promosi terbaru dari restoran Fish & Co dinamakan “Lunch Gusto” bermula dari RM 10.95 ke atas dan masih lagi mengekalkan menu yang ada cuma di beri set kombinasi untuk di nikmati sewaktu makan tengahariLunch Gusto Terbaru dari Fish & CoDalam promosi “Lunch Gusto” ini terdapat 2 meal ditawarkan di mana Value Meal dan juga Premium Meal. Pada para pelanggan yang membuat pesanan set ini, boleh sahaja membuat pesanan “super add on deal” pada harga RM 3.50 seperti

  • Paella rice
  • Chips
  • Mashed Potato
  • Homemade Coleslaw
  • Seasonal Vegetable

Manakala jika ada yang inginkan Soup of the Day cuma tambah RM 5.95 sahaja. Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Untuk Set Value Meal

Setiap pelanggan yang order set value meal, kombinasi adalah satu set main course seperti di bawah dan air pilihan. Air yang boleh dipilih ialah coke, sprite, ice tea dan passion fruit. Pilihan set main course adalah seperti

  • Spicy Prawn Spaghetti RM 19.95
  • Coriander Catch RM 18.95
  • Seasonal Catch With Spice Teriyaki Sauce RM 11.95
  • Grilled Parmesan White Fish RM19.95

Antara yang sempat KP rasa pada pelancaran “Lunch Gusto”
Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Caesar Salad White Grilled Chicken RM 11.95. 

Sedang diet dan tidak mahu makan makanan yang berat, jangan risau. Di restoran Fish & Co ada menyediakan caesar salad buat mereka yang sedang diet. Salad dihidangkan bersama hirisan ayam dan sos mayonis sebagai salad dressing.Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Spaghetti Pomodoro RM 10.95

Ianya adala masakan spaghetti atau pasta secara klasik dari Itali bersama tomato, bawang putih, keju dan juga minyak zaitun. Tidak inginkan pedas inilah menu yang direkomenkan untuk anda.Lunch Gusto Terbaru dari Fish & CoLunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Vongole Aglio Olio RM 14.95

Gabungan “white clam” dan spaghetti di masak cara aglio olio. White clam yang di gunakan akan dipastikan kesegarannya sebelum di masak bersama spaghetti. Bagi KP ada rasa pedas sedikit. Jadi standby air ye kalau tidak tahan pedasLunch Gusto Terbaru dari Fish & CoThe Best Fish & Chips in Town RM 16.95

Menu ini adalah menu wajib yang ada di mana ianya adalah yang terbaik di restoran Fish & Co. Semestinya perah sedikit limau dan gaulkan.Sos yang diberikan ialah sos mayonis tetapi KP lagi suka jika di beri pilihan buat pelanggan sos mayonis atau sos tartar.
Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Set Premium Meal

Setiap pelanggan yang order set value meal, kombinasi adalah satu set main course seperti di bawah dan air pilihan. Air yang boleh dipilih ialah coke, sprite, ice tea dan passion fruit. Pilihan set main course adalah seperti

  • Grilled Peri-Peri Chicken with Artic Fish RM 21.95
  • Salmon Spice Teriyaki RM28.95
  • Grilled Salmon Mediterranean RM 28.95
    Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Seafood Lunch Platter RM 28.95

Portion yang besar dan mempunyai pelbagai makanan laut unuk 2 -3 orang. Ada udang , sotong goreng tepung , ikan yang di masak seperti Fish & Chips.Lunch Gusto Terbaru dari Fish & CoGrilled Seabass with Pelala Rice and Seasonal Vegetable RM 26.95

Kali ini ikan di grill , dihidangkan bersama pelala rice dan sayuran yang di ‘season’ kan. Portion agak besar dan boleh di makan oleh 2 orang

Lunch Gusto Terbaru dari Fish & CoAda yang istimewa jika menikmati hidangan di Fish & Co sewaktu Lunch Gusto. Since Malaysia – freebie adalah Soup of the Day. Freebie di tentukan dari negara mana kita beradaLunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Jangan lupa Tuntut Soup of the Day Anda

1. Ambil gambar sewaktu menikmati di restoran Fish & Co
2. Jangan lupa upload kan gambar anda di Instagram jangan lupa hashtag ‪#‎GlobalFishnCo‬ dan dengan kata-kata  “Hello from Fish & Co. Malaysia!”
3. Tunjukkan gambar yang sudah di upload kepada staff di cawangan restoran Fish & Co. dan sup akan di hantar ke meja anda untuk menikmatinya

Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Inilah sup yang di hidangkan kepada KP selepas KP melakukan apa yang perlu seperti di atas.

Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

Jadi pada anda yang meminati makanan Fish & Co jangan lupa ke mana -mana cawangan berdekatan untuk mendapatkan promosi “Lunch Gusto”/

Tawaran promosi ini hanyalah

Dari : Isnin – Jumaat ( tidak sah hujung minggu atau cuti umum )

Jam : 10 pagi hingga 5 petang

Untuk maklumat lanjut layari,
Website Fish & Co  :

Facebook Fish & Co  :

KP dan rakan lain dah anda bila lagi

Lunch Gusto Terbaru dari Fish & Co

#kitepunye #kitepunyedotcom #fishandco ‪#‎GlobalFishnCo #lunchgusto