FOOD

Love Food, Hate Waste di Agehan Japanese Restaurant Grand BlueWave Hotel

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen Love Food, Hate Waste di Agehan Japanese Restaurant Grand BlueWave Hotel

Agehan Japanese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini menyajikan masakan/makanan Jepun yang eksklusif dan autentik. Terkini mereka memperkenalkan menu set terbaru yang disediakan oleh Eksekutif Sous Chef, Chef Firdaus Ismail. Bagi anda pengemar makanan Jepun, anda tidak perlu teragak-agak lagi kerana Restoran Jepun Agehan ini menyajikan makanan Jepun yang 100% Halal dan diiktiraf oleh JAKIM sejak 1 November 2009.

Kempen Love Food, Hate Waste

Bersempena dengan pengenalan set terbaru mereka, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah menyahut cabaran kempen “Love Food, Hate Waste” bagi mewujudkan kesedaran untuk tidak membazir dan mengurangkan pembuang sisa makanan. Dengan itu, kempen “Love Food, Hate Waste” ini dimulakan di Restoran Jepun Agehan melalui set terbaru mereka dengan memberi kesedaran kepada orang ramai cara yang betul untuk menyukai makanan melalui set terbaru restoran ini.

Kempen Love Food Hate Waste

KempenLove Food, Hate Waste adalah kempen yang bermula pada tahun 2007 di United Kingdom dengan tujuan utama untuk mengurangkan pembuangan jumlah sisa makanan. Kempen ini telah promosikan dan mendapat sambutan dari negara-negara lain dalam usaha untuk membantu menjimatkan wang dan mengurangkan pembuangan sisa makanan. Membuang sisa makanan bermakna kita telah membazirkan dan mensia-siakan sumber tenaga yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut seperti air, bahan api dan sebagainya.

Set Menu Agehan

Special Set Menu-Agehan

Set menu Agehan ini sesuai untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan dan dihidangkan dalam tiga set, setiap set terdiri daripada starter, sup, hidangan utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman.

SASHIMI GOZEN

et pertama ialah Sashimi Gozen, berharga RM68.00+ seorang. Set ini adalah set yang menarik dengan starterChuka Kuraage (obor-obor), Chuka Idako (anak sotong), Yasai Salada (salad Jepun dengan sos), Chawan Mushi (kustard telur Jepun) dan Miso Shiro (sup Miso). Set ini diteruskan dengan hidangan utama Teppanyaki seperti Ika (sotong), Ebi (udang), Tori (ayam) dan dua pilihan nasi, Yakemeshi (nasi goreng) atau Gohan (nasi beras pendek Jepun). Pembuka selera untuk set ini adalah Sashimi seperti Tako (sotong), Abura Bozu (ikan tuna putih), Maguro (ikan tuna), Shake (ikan salmon) dan California Temaki (California Hand Roll).

SUSHI GOZEN

Set kedua ialah Sushi Gozen, berharga RM58.00+ seorang dengan starter daripada Chuka Kuraage (obor-obor), Chuka Idako (anak sotong), Yasai Salada (salad Jepun dengan sos), Chawan Mushi (kustard telur Jepun) dan Miso Shiro (sup Miso). Hidangan utamanya adalah Teppanyaki terdiri daripada Ika (sotong), Ebi (udang), Tori (ayam) dan dua pilihan beras, Yakemeshi (nasi goreng) atau Gohan (nasi beras pendek Jepun). Yang membezakan dengan set sebelumnya, pembuka selera yang terdiri daripada Sushi seperti Tako Sushi (sushi sotong), Maguro Sushi (sushi ikan tuna) dan Shake (sushi ikan salmon), manakala bagi Makimono terdiri daripada Kappa Maki (timun Maki) dan Kani Maki (jaluran Sushi).

TEMPURA GOZEN

Akhir sekali, set ketiga iaitu Tempura Gozen, berharga RM48.00+ seorang. Starter untuk set ini adalah sama dengan dua set sebelum ini manakala hidangan utamanya adalah Teppanyaki terdiri daripada Ika (sotong), Tori (ayam), Yasai (sayuran), Saba Shioyaki (Ikan Makerel grill dgn garam) dan dua pilihan beras Yakemeshi (nasi goreng) atau Gohan (nasi beras pendek Jepun). Set ini berakhir dengan pembuka selera Tempura Moriawase seperti Ebi (udang), Kizu (ikan), lobak merah, terung dan Shitake.

Semua set ini didatangkan dengan pencuci mulut yang menyegarkan seperti buah-buahan campuran, aiskrim Teh Hijau dan Teh Hijau Jepun sejuk atau panas.

Untuk buat tempahan boleh hubungi Restoran Jepun Agehan seperti maklumat di bawah.

Harga :

Sashimi Gozen – RM68.00+ seorang
Sushi Gozen – RM58.00+ seorang
Tempura Gozen – RM48.00+ seorang

Waktu Operasi :

Selasa – Ahad & Cuti Umum (Tutup hari Isnin)
11.30am – 2.30pm (Makan Tengahari) & 6.30pm – 10.30pm (Makan Malam)

Tempahan  :

(603) 5511 8811   ext.2623