FOOD

KFC Golden Egg Crunch Istimewa Sempena Tahun Baru Cina 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KFC Golden Egg Crunch Istimewa Sempena Tahun Baru Cina 2018| Ayam dimasak bersama telur masin biasa dengar tapi kalau menu itu sendiri dari KFC macam mana? Pernah terfikir tak macam mana rasanya? Sedap hingga menjilat jari atau pun biasa -biasa sahaja . 

KFC Golden Egg Crunch menampilkan perisa telur asin yang digemari ramai bersama daun kari dan daun selasih manis dimana ianya membawa keenakan yang lain daripada yang lain apabila anda menikmatinya. Hidangan edisi terhad ini bakal menampilkan ayam KFC perisa Hot & Spicy yangd diolah bersama ramuan istimewa menghasilkan keunikan 3 rasa iaitu masin, manis dan semestinya pedas. Lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera anda . Siapa yang tak gemar makan ayam kan ?

“Telur asin amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC dalam hidangan ini bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk di nikmati oleh para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah ciptaan yang sangat istimewa bersesuaian dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba “

Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya. KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket telah di cipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saat saat indah di musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakan “

kata Merrill Pereyra , Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian- Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd

Antara ramuan yang ada didalam KFC Golden Egg Crunch iaitu perisa telur asin yang digemari ramai bersama daun kari dan daun selasih manis

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati didalam kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam bermula dari RM 14.50.. Setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran seperti coleslaw dan kentang putar. Kelainan kombo kali ini adalah secawan minuman Sarsaparilla.

KFC Celebration Bucket

Didatangkan dalam 5 ketul atau 9 ketul ayam , KFC Cheezy Golden Stick , kentang putar dan minuman berkarbonat. KFC Celebration Bucket amat sesuai dihidangkan dalam jamuan mahupun makan bersama ahli keluarga mahu pun rakan rakan terutama di musim perayaan ini. Celebration Bucket yang menampilkan ayam Original Recipe & Hot and Spicy bersama hidangan sampingan seperti KFC Cheezy Golden Stick dengan keju krim dan cebisan udang berserta cendawan . Enak di makan ketika panas ye !!!

Apa lagi jangan lupa singgah ye sebab hidangan ini adalah terhad ye . Layari untuk maklumat lanjut di

Website KFC : https://kfc.com.my/

Facebook KFC : https://www.facebook.com/KFCMalaysiaOfficial/