FOOD REVIEW

Kembali Kitchen Dengan Warisan Set Lunch Mulai 1 Sept 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kembali Kitchen Dengan Warisan Set Lunch Mulai 1 Sept 2018| Tak jauh kali ini KP mencari juadah untuk makan tengahari. Dengar menu yang agak ‘rare’ dihidangkan tanpa berfikir panjang terus drive ke sini untuk rasa sendiri menu yang ada. Restoran Kembali Kitchen lokasi yang dipilih untuk makan tengahari terletak di dalam Hotel Best Western Petaling Jaya tingkat 6.

Hidangan ini dikatakan promosi terbaru di Hotel Best Western dimana ia bermula dari 1 September 2018. Setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari. Sebelum KP kongsikan menu yang ada nak inform yang harga Warisan Set Lunch ini cuma RM 15. Ya, RM 15 sahaja yang siap dengan satu menu pilihan dengan nasi putih, sayur-sayuran, sup kosong, keropok ikan dan bestnya siap ada air teh lemon ais.

Yang ini adalah gambaran Warisan Set Lunch bersama 3 menu pilihan yang boleh dipilih .Seperti yang KP kongsikan tadi, dengan RM15 bersih menu pilihan jom tengok apa menu pilihan

Rendang Ekor – sesuatu yang rare sebab jarang dengar sekali menu ini. Bagi KP rempah ratus yang digunakan terasa dan isi ekor tu lembut. Menu yang baru patut di cuba

Asam Pedas Ikan Pari – biasa nikmati asam pedas di luar sana, yang membezakan adalah bahan-bahan yang digunakan segar. Bukan setakat segar selain isi ikan, sayuran pun sedap terutama terung. Yang penting ikan tak hanyir tau .. Ayam Bakar Percik Kelantan – biasa akan jumpa hidangan ini sewaktu bulan puasa. Ayam bakar sedap cuma KP sukakan pedas. Lagi best kalau pedas. Buat anda yang confuse sekejap tentang warna sos dia, di Kelantan sos ayam percik berwarna putih. Tidak seperti di KL atau kawasan yang lain berwarna oren/merah

Nampak tak hidangan sampingannya. Penuh satu pinggan dari sup kosong, sedikit sayuran dan penting keropok ikan tu sedap dan rangup

Yang ini macam kerabu taugeh – kenapa KP kata sebegitu sebab siap dengan bawang, serai dan rasa seperti taugeh.Tak pernah makan sebelum ini tetapi boleh layan juga.. Kena makan dengan nasi baru lagi KICK

Tanpa air tercekik nanti, so air teh lemon ais dihidangkan sekali apabila memesan Warisan Set Lunch. So singgah jangan tak singgah 

Promosi Hari Rabu

Hanya untuk hari rabu sahaja, jika order Warisan Set Lunch ada promosi dimana order 2 set tetapi cuma bayar pada 1 set. Menarikkan promosi yang ditawarkan.

Jadi jika nak buat tempahan call sahaja di 03-76102222. Untuk maklumat lanjut layari di

Website Best Western PJ :www.bestwesternpj.com.my 

Facebook Best Western PJ : www.facebook.com/bestwestern.pj

Instagram Best Western PJ:  www.instagram.com/bestwesternpj