FOOD

Kak Jun Durian di KM 68.8 Lebuhraya Karak

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kak Jun Durian di KM 68.8 Lebuhraya Karak

Alhamdulilah, selamat sudah kenduri doa selamat, tahlil dan juga kenduri sambut puasa yang diadakan di rumah tok di Kuantan. Tidak mahu terperangkap dalam kesesakan untuk balik Kuala Lumpur, so KP dan family gerak seawal yang boleh. Dalam jam 9am dah gerak dari bandar Kuantan.

Kak Jun Durian di KM 68.8 Lebuhraya Karak

Dalam perjalanan balik selepas Bentong, abah punya suruh bawa slow jangan terlepas simpang Kak Jun Durian. Eh ada ke jual durian tepi jalan bukan musim lagi kan .. And kalau jual pun mesti buah tak manis dan juga mahal .Punya selalu lalu tetapi tak perasan pula ada gerai or warung ni. Jeng-jeng inilah kedai dia . sampai juga kat sini .

Rupa-rupanya kak jun nie kenalan abah n mak , bukan sekali dua mereka ke sini rupanya selalu. Walaupun kami ada kebun sendiri kekadang nak juga merasa buah durian yang orang lain jual. Nie antara buah D24 yang ada masa KP singgah

Nie buah durian lain yang ada . Jenis yang mana tidaklah saya tahu

Yang ini yang KP dan family sempat merasa sebelum pulang. Buahnya manis dan isinya padat. Dalam sebiji ni ada dalam 10-11 ulas yang mana puas hati juga makan. Harga pun boleh tahan juga sebab belum musim lagi kan !!!

Inilah ownernya iaitu Kak Jun siap ngan no handphone lagi KP share. Kalau kata sesat senang sahaja waze ajer Kak Jun Durian 68.8 Lebuhraya Karak. Mesti sampai punya. Parking tak perlu risau dan tempat atau ruang makan pun luas juga. Nak makan reramai pun boleh . Kak Jun kata kalau musim buah lagi menarik !!!!

Sebabnya pelbagai buah ada kat sini, sebut sahaja semua ada tau .. SO , andai dari pantai timur bolehlah singgah di sini. pastinya tak rugi kerana ianya berbaloi-baloi.

Nak bawa balik pun boleh minta tolong kopekkan buah dan nanti di masukkan dalam tupperware so takdelah satu kereta semerbak baunya . Kita dah makan anda tak nak cuba ke ..