FOOD REVIEW

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari nak makan kat mana? Nak makan apa? 

Kau pilihlah nak kat mana , kitaorang ikut ajerlah? 

Pastinya soalan di atas selalu bermain diminda anda apabila time makan tengahari mahupun makan malam bukan ? Masing-masing tidak tahu ke manakah lokasi ingin menjamu selera dan menunding jari ke arah satu sama lain apabila bertanya ke mana atau nak makan apa. Apa kat jom pekena masakan udang galah di The Nai Cafe dekat Denai Alam. Alah tak jauh pun Denai Alam nie , ikut waze pastinya sampai depan parking cafe ini

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Informasi tentang The Nai Cafe

 

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Dari nama kedai ini ada maksudnya sendiri. Ingin meletakkan Denai Cafe pastinya tidak boleh kerana ada cafe sudah menggunakan nama ini. Jadi terhasillah “The Nai Cafe”. The Nai Cafe jika di sebut dengan laju anda pasti perasaan bunyinya “Denai Cafe” .Lokasi cafe ini terletak di No 23-1 Jalan Electron F U16 F Denai Alam, 40150 Shah Alam, Malaysia. Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari . Di sini ianya menghidangkan makanan laut yang terbaik dan kepakarannya ialah Lobster Air “Udang Galah & Patin Tempoyak:

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Dekorasi yang simple dan cantik mata memandang.

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai AlamAnda juga boleh mengambil gambar di sudut ruang seperti ini

 

Menu masakan Udang Galah The Nai Cafe

Kali ini KP dapat mencuba pelbagai masakan yang ada disertakan atau dimasak sekali dengan udang galah . Ada juga informasi terkini tentang harga udang galah dan special menu untuk hari itu

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam
  • Sambal Udang + set nasi | RM14.90

Ianya adalah set di mana sambal udang bersama sepinggan nasi putih
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam Sambal udang yang menyelerakan di mana ianya tidaklah terlalu pedasJom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

  • Udang Masak Lemak Cili Api + set nasi | RM14.90

Ianya adalah set di mana semangkuk udang masak lemak cili api bersama sepinggan nasi putih
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam Udang masak lemak cili api di masak bersama potongan nenas. Pada yang ingin mencari makanan Negeri Sembilan apa kata datang sini pekena masak lemak cili api. Cuba sekali mungkin nak lagi. Kuahnya sedang elok tak cair dan tak pekat sedap dimakan bersama nasi panasJom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

  • Udang Goreng + set nasi | RM14.90

Ianya adalah set udang goreng bersama sepinggan nasi putihJom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam Udang goreng yang di masak ini menggunakan rempah tersendiri bersama sedikit daun kari . KP suka pada set menu ini lelagi kalau udang nie garing. Makan krak kruk krak kruk sebab kegaringannya.Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

  • Tomyam Udang Galah + set nasi | RM14.90

Ianya adalah semangkuk tomyam udang galah bersama sepinggan nasi putihJom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam Rasa tomyam takkan sah kalau takde cili, supaya ada rasa pedas, daun limau purut untuk masam kan sikit dan pastinya isi udang galah yang manis . Yang ini juga menjadi salah satu menu rekomen untuk anda mencuba.
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Tak makan nasi, sedang diet dan jaga badan? Selera nak makan goreng-gorengan . Eh!! Jangan risau di sini semuanya ada . Tidak semestinya set sahaja tetapi gorengan pun ada

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Char Kuay Teow di The Nai Cafe

Di sini ada juga menu Char Kuay Teow untuk mereka yang ingin rasa bersama udang galah. Ianya dimasak apabila di order sahaja jadi makanan yang di hantar nanti panas belaka.  Untuk pengetahuan semua sewaktu mengorder Char Kuay Teow anda perlulah memilih cara masakan diantara satu
  • Basah –
  • Lembap
  • Kering Lembap
  • Kering Garing

Kemudian boleh pula pilih udang galah yang di ingini

  • Udang Galah gred A
  • Udang Galah gred B
Yang sempat KP mencuba adalah
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam
Char Kuey Teow goreng lembap | RM12.90
Sedikit basah-basah dan terasa char kuey teow seperti diluar sana. Yang membezakan ialah udang galah yang di hidangkan sekali . Manis isinya kerana ianya segar dan lebih menarik jika sepit tu sudah dipotong siap.
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

Char Kuey Teow goreng basah | RM12.90

Penggemar Char Kuey Teow yang berkuah ini untuk anda. Tidak terlalu berkuah dan segala bahan yang diguna untuk dimasak terasa. Udang yang digunakan adalah udang gred A

Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam Nasi Goreng Udang | RM12.90

masih lagi dengan udang galah kali ini nasi goreng di hiasi dengan udang galah, timun, keropok dan juga sup. Udang bila dikopek dan isinya dimakan bersama nasi goreng memang terbaik. Nak cili minta pada mereka jika inginkan kepedasanJom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam

KP tak nak cakap kosong sahaja. Ini semua adalah udang galah yang segar. Apa kata pakat ramai-ramai jom pekena menu masakan udang galah di sini sambil menikmati kawasan hijau yang baru di Denai Alam . Tak sesat punya guna waze lokasi “The Nai Cafe” pasti jumpa. terima kasih pada tuan punya The Nai Cafe atas jemputan. Kenyang perut suka hati

Inginkan maklumat lanjut

Facebook The Nai Cafe
Instgram The Nai Cafe
Jom Pekena Masakan Udang Galah @ The Nai Cafe, Denai Alam