FOOD REVIEW

Food Hunt #NUNomNomNom di NU Sentral Sempena #NUTurns3

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Food Hunt #NUNomNomNom di NU Sentral Sempena #NUTurns3 |Pernah tak anda bayangkan yang anda perlu menyelesaikan tugasan food hunt semaximum 12 outlet?? Ya, inilah sahutan dan cabaran yang telah KP & rakan-rakan lain sertai hujung minggu lepas.

Sempena NU Sentral menyambut ulangtahun ke 3, telah diadakan food hunt di NU Sentral bersama 30 orang media dan blogger. Task yang diberikan adalah senang di mana kami-lah VIP pada hari tersebut dan perlu mencuba hidangan yang ada di outlet yang disenaraikan. Terdapat lebih dari 15 restoran yang kamiboleh pilih untuk mencuba. Oh ya , Food Hunt #NUnomnomnom adalah kolaborasi antara Nu Sentral dan juga Uber untuk tahun ini.

Jam 12 tepat kami telah diberi penerangan tentang Food Hunt. Setiap outlet /restoran yang kami pergi pelu menunjukkan pasport seperti atas. Pesan makanan yang diingini , rasa dan nikmati hidangan tanpa perlu rasa risau kerana ianya adalah PERCUMA. Selesai makan, pasport akan di cop dan bolehlah ke outlet seterusnya. Yang menarik food hunt kali ini ialah sudahlah PERCUMA tidak perlu bayar apa-apa dan setiap 3 cop bakal mendapat hadiah voucher lagi dari pihak Nu Sentral. Alhamdulilah rejeki berganda ye.

Jom lihat berapa outlet yang dapat KP selesaikan dalam satu hari ; (sila #jangankecam)

Pit Stop : BUILT Custom Burgers Level 4

Instagram: https://www.instagram.com/builtburgersmy/

Tempat yang ringkas dan santai untuk lepak bersama rakan-rakan. Berdekatan dengan BREAKOUT

Di sini menu yang anda ingin nikmati boleh di reka sendiri. Tak percaya cuba lihat apa yang sempat KP rakamkan .

  • Step 1 – pilih protein anda yang mana nak siap boleh minta utk double patty
  • Step 2 – pilih cheese ( yang nie memang favourite)
  • Step 3 – pilih nak bun or bowl (maksudnya seperti dalam salad bowl)
  • Step 4 – boleh pilih side dish anda
  • Step 5 – pilih toppings (cam onion, pickles, salad, capsicum, cucumber and etc)
  • Dan step 6 – pilih sauce – (my favourite juga).
  • Set yang ada pilih ada air sekali dan free REFILL tau 

Antara pilihan KP dan rakan – Bowl with patty chicken side dish french fries and ice lemon tea

Set yang ini Chicken with bun and mini tots with ice lemon tea 

Seriously kalau dah ambil set ini pastinya kenyang tak yah cari menu yang lain.

Tetapi misi KP hari ini ialah 9 outlet yang ingin diterjah so perjalanan bersambung lagi. SO, next ke mana pula … ????

Pit Stop : Milkshake Factory 

Dah di Milkshake pastinya milkshake adalah co menu yang disediakan

Mengikut menu 1st milkshake bar di Malaysia. Banyak pilihan dan harga pun berpatutan
Antara pilihan yang ada ;

Pilihan ku Ferrero Rocher

Large SIze : RM 12.50 Happy Size RM11.50

Pit Stop : Paddington Pancakes

Instagram :https://www.instagram.com/paddingtonpancakesns/ ( Nu Sentral)

Yes, It’s all about pancakes. Datang sini kalau tak makan signature dish mereka iaitu pancakes memang rugi kerana ianya terkenal kerana ini. Eh nak makan burger, nak makan pasta.. tak perlu risau kat sini pun ada juga menu tu tetapi choice adalah limited. Di sini KP dan rakan menjamu

No order 402 Mexican Double Burger RM 31/35 .

Patty burger adalah double ye bukan single dan boleh pilih dari chicken/beef/lamb. Double patty burger can choose from chicken/beef/lamb ,pineapple rings,sliced tomato,grilled natural cheddar (my favourite) avocado and of course fries..

Yang ini pula menu dari “The American Dream”

No order 1004 – Short stack (3) RM 14  & Tall Stack (6) RM 32

Original pancakes with fresh strawberriess, nuts, ice cream & whipped cream

OMY .. dah kenyang juga walaupun ambil 2 set nie ajer .. kami sebenarnya ber lima tapi memasing dah tak larat nak makan . Misi perlu diteruskan juga . Ke mana pula kali nie….

Tekak nie terasa nak makan sushi pulak. Jom tengok sushi outlet mana yang dalam list kami untuk #NUnomnomnom…

Pit Stop: Sushi Tei

Masuk sahaja sejuk mata memandang. Terasa nyaman sewaktu berada disini

Tekak nak makanan Jepun jadi ini hidangan yang diberikan pada kami untuk menjamu selera

Maguro Lover RM 18.80 -tuna,avocadeo, crab meat sushi roll

Soft Shell Crab Salad with In house dressing

Soft shell crab makan macam tu ajer sedap. 

Kirishima set with 18 pieces sushi:tuna,salmon,squid,octopus,boiled scallop,yellow-tail,prawn,eel,sweet beancurd,omelette,scallop innards,tuna salad,crab meat & mayonnaise with flying fish roe

Haha… sedap tak , terliur tak? Kalau nak datang sini sendiri tak tahulah bila sampaikan . Takpe next pit stop kite dessert pulak …

Pit Stop : Secret Recipe

Asyik dok makan makanan berat jadi kami decide untuk dessert dahulu.

Oreo cheese cake

Chocolate Indulgence

Marble Cake

Odyssey Cake

Spicy Olio Spagheetti

Semestinya dessert tanpa air tak sahkan jadi masing-masing order honey lemon tea and KP sahaja air apple asam boi

Pit Stop : Dolly Dim Sum

Eh .. Dim Sum pun ada dalam outlet/restoran yang terpilih tau.. So apa lagi jom kita rasa Chinese food pulak

Set C

Egg Custard Bun – Steamed white bun with flowing salted egg yolk caramel

Salad Prawn Dumpling – Served with a sweet mayonnaise lemon dip

Set A

Yam Croquette – Filled with diced flavoured mea, mushrooms and peas

“Har Gao” Dumpling – Classic prawn “Har Gao” Dumpling

Set B

Dolly Mozza Roll – Beancurd skin rolls stuffed with prawn and melted mozarella

“Siew Mai” Dumpling – Tender chicken and prawn “Siew Mai” steamed with mushroom

Walaupun 3 set ini sahaja tapi sudah memadai bagi kami berempat. Bagai nak pecah perut tau menikimati hidangan yang ada di dalam Nu Sentral sempena ulangtahun ke 3 nya. Masih ada lagi 2-3 outlet yang kami terjah .. Meh lihat ke mana

Pit Stop : La Cucur

Nampak tak siap ada reserved untuk kami para pemegang passport #NuNomnomnom #NUTurn3

Antara kuih tradisional Melayu yang ada – kuih sago, kuih lapis, kuih serimuka, puding caramel ( as per resipi) and bingka ubi

Roti jala dan kuah kari ayam 

Menikmati hidangan ala tradisional bersama rakan-rakan blogger memang mengasyikkan . Ada sahaja gossip dan cerita sensasi di kongsi bersama. Bersambung di outlet yang lain 

Pit Stop : Hoagies Hauz

Terletak di tingkat 5 dan KP rekomenkan untuk singgah di sini kerana ianya bersebelahan dengan tiket kaunter membeli GSC. Bukan sahaja bileh menikmati hidangan di sini tetapi boleh sahaja order -grab -go

Set kombo seperti yang ini di datangi dengan set air Lemonade

Black Pepper Chicken Chop + Lemonade

Aloha Hawaaiian Chicken

Open Sesame

 

Cheezy Melt Steak

Hidangan seperti ini boleh dinikmati dengan family , anak-anak kecil mahupun dengan rakan-rakan kerana konsepnya yang santai. Harga berpatutan dan rasanya pun sedap .

Pit Stop : La Juiceria

Di sini semua minuman adalah fresh dan yang paling penting baik untuk kesihatan bila di minum. Boleh pilih samada nak yang juice ataupun smoothies.

Ianya adalah natural tanpa perisa atau gula di campurkan sewaktu minuman disiapkan Pilihan KP hari ini adalah watermelon dimana terasa jus asli dari tembikai 

Ada juga minuman seperti detox atau weight loss untuk memastikan dengan meminum air dari La Juiceria tidak kira juice atau smoothies memberikan kecantikan dari clearer skin, detox, wight loss, mahupun improve digestion

Semua bahan-bahan yang digunakan adalah freshly made and farm picked. So apa kata kita cuba berubah kepada pemakanan yang lebih sihat, mulakan dengan minuman dahulu? 

Bayangkan sebanyak 9 outlet yang KP redahi, terjah dan singgah bersama rakan blogger dan media yang lain dari jam 12 hingglah ke jam 5 petang .. Yang lagi 2 siap nak sambung lagi untuk maximum kan cop di passport iaitu 12 outlet. Cukuplah bagi KP hari ini

Alhamdulilah KP pulang bukan tangan kosong. Pihak NU Sentral masih lagi bermurah hati dengan kami semua pemegang passport VIP #NuNomnomnom hari ini dimana lengkap sahaja 3 outlet (bercop) di beri satu vocher RM 30. SO untuk KP 9 outlet dapat bawa pulang sebanyak RM 90 .Sudahlah di beri hidangan untuk kami mencuba secara percuma kemudian pulang pula dengan voucher lagi.  Yeayy… bolehlah bawa kids pula nanti ke sini .

Displaying IMG_8337.JPG

Perjalanan KP pergi dan balik untuk Food Hunt sempena #NUturn3 ni ditaja oleh Uber dimana mereka memahami apabila tiba hujung minggu pasti ramai yang akan membawa kenderaan sendiri ke sini. Dalam erti kata lain, pastinya parking penuh dan terpaksa menunggu lama untuk mencari parking bukan? Jadi apa kata anda gunakan UBER service untuk menjimatkan masa anda dan yang paling best dapat merancang perjalanan anda ?? Lagi best bila KP bakal berikan KOD diskaun buat anda yang pertama kali menggunakan UBER service pertama kali ke NU Sentral . Tunggu ye nanti kita update kan

Sekali lagi terima kasih buat NU Sentral untuk hari ini . Kenyang tak terhingga hinggakan perut sukahati, Tersenyum manja apabila pulang . Selamat Ulangtahun yang ke 3 moga business suksess dan jangan lupa jemput lagi KP dan rakan-rakan untuk event yang akan datang

PECAH REKOD PERGI 9 OUTLET DALAM MASA 5 JAM 1 HARI . THANKS #NUTURNS3 #NUNOMNOMNOM