Cendol Jam Besar Melaka
Isi Kandungan tutup
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
c8
Sewaktu mengikuti percutian CC1M dengan Sahabat Media dan Majalah Santai Travel, KP dan rakan blogger yang lain seperti Nisa Kay, Khai, Nuar, Mawardi, Pojie, Eazy dan Syukri sempat berjalan- jalan di Bandar Melaka Bandar Bersejarah. Di sini juga para readers akan terjumpa dengan Jam Besar yang bangunannya bewarna merah. Terletak satu rahsia di sini…. Apakah rahsia itu?…
Semestinya inilah rahsia yang terbesar. Tak sah kalau ke Bandar Melaka tak pekena Cendol di Jam Besar. Warungnya memang berhadapan dengan Jam Besar (bangunan berwarna merah). Warung yang serba biasa tetapi senantiasa penuh dengan pelanggan yang rata -rata ingin merasai kesedapan cendol ini. Para pelanggan datang dari pelbagai pelusuk bandar, negeri mahupun negara.
c7
Semua menu yang ada mesti ada cendol . Dari Cendol biasa, cendol jagung, cendol special , cendol ais krim dan lain-lain lagi. Maaflah ye KP tak hafal sangat menu dia tetapi KP ada snap menu dia. Jom kita layan baca nak tak
c1
Apa dia tak nampak ke menu dia. Kejap KP cuba close up kan menu dia … hmmm cam takda beza ajer .. hehehehhe
c9
Warung nie terletak bersebelahan dengan laut Melaka di mana Melaka River Cruise akan membawa penumpang melihat bandar melaka (tunggu entri ye). Menikmati cendol di bawah pokok yang rendang sambil angin meniup melambai – lambai  dengan deretan para pelancong bergambar di depan Jam Besar antara adegan atau aksi yang dapat di lihat di sini.
Antara cendol yang di pesan sewaktu KP dan rakan blogger yang lain singgah di sini. Ini adalah Cendol Special di mana special-nya ialah di tambah dengan ais krim. Kalau waktu cuaca panas dapat makan cendol ni gerenti lega terus.
c6
Cendol nie pula ialah cendol biasa .. Tetapi nampak pucat sikit sebab tuan dia tak nak kacang merah ..
c5
Yang ini pula Cendol Kacang Merah dengan ais krim. Terasa kenikmatan cendol tu, dan bila di kacau dengan ais krim manis itu tentunya ada. Puas hati memakannnya walaupun tengok mangkuk kecil sahaja
c4
Last sekali cendol yang di pesan ialah Cendol Jagung bersama ais krim. Jika di pesan cendol sahaja tanpa ais krim rasanya cam kekurangan sesuatu. Manis pada ais krim dan cendol memang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
c3
Hasil setelah semua cendol sampai di meja makan dan bergabung seperti biasa mengambil gambar itu adalah wajib . Kehidupan sebagai seorang blogger beginilah.
c2
Sempat merakamkan saat dan detik manis sebelum menikmati cendol kami di Jam Besar Melaka
Untitledcredit picture Nisa kay

artikel 2014 september

#kitepunye #cendoljambesar #melaka #santaitravel #sahabatmedia

logo

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge