FOOD REVIEW

Ezietech Cafe Ada Promosi Beli Burger Percuma Cendol Betul Ke?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ezietech Cafe Ada Promosi Beli Burger Percuma Cendol Betul Ke? |Mesti ramai yang tertanya-tanya betulkah dengan tajuk entri kali ini ? Adakah ada yang salah di mana-mana atau sekadar gimik yang ada di di Ezietech cafe ini? Ini yang KP nak kongsikan dengan anda semua.

Ezietech Cafe

Ianya terletak di No 12 Cempaka Street Mall 2 Jalan BBN Nilai 6/3A Desa Cempaka Nilai . Beroperasi setiap hari dari jam 12 tengahari hingga ke 10 malam. Untuk anda gadjet freak dan kaki makan ini adalah diantara cafe yang KP rekomenkan buat anda

Dari dekorasinya saja, memang lain dari yang lain. Masuk saja cafe , rasa sejuk dan nyaman kerana warna-warna yang ada memberikan ketenangan dan bukan itu saja pelbagai jenis meja ada untuk anda yang datang berdua, berempat, berenam atau lebih. Nak duduk di luar atau di dalam mana-mana pun boleh .

Pernahkah anda terlintas untuk membuka kedai akseosori handphone didalam cafe? Pernah tak terfikir bila anda kehabisan bateri dan power bank pula terlupa nak bawa , bagaimana life anda bila tiada handphone di tangan? Mesti tercari restoran /cafe yang ada soket plug untuk charge jika ada bawa charger ! Tapi kalau tak bawa bagaimana pula ?

Di Ezietech Cafe, inilah kelebihannya dimana terdapat plug soket untuk para tetamu yang hadir ‘charge’ handphone mereka jika kehabisan bateri.. Tidak mempunyai kabel tidak perlu risau kerana siap sekali dengan kabel . Pilih sahaja kabel untuk android ataupun Iphone

Lebih menarik lagi di dalam Ezietech Cafe ada juga penjualan simpack untuk pelanggan baru, pelbagai top up untuk anda yang menggunakan prepaid. Nak lagi awesome, anda boleh membeli-belah aksesori handphone seperti power cable charges, power bank. protection mahupun energy. Casing handphone pun ada dan selalu dikemaskinikan dengan design baru

Memandangkan ianya cafe pasti ada hidangan yang di tawarkan buat tetamu atau pengunjung. Di sini menunya ringkas dan berbaloi dengan harga yang dicaj . Isu yang paling penting ianya sedap, awesome, lazat dan mempunyai kelainan dalam setiap menunya. Jom kita usha menu yang ada di sini.

Meatball

Mempunyai 5 biji meatball yang dibuat sendiri disertakan sekali dengan sos blackpepper. Nampak tak biru putih diatas hidangan itu sebenarnya adalah mayonis bersama pewarna yang dibenarkan

Nampak tak kesedapan dalam gambar .. Nak lagi sedap kenalah datang dan rasa sendiri . Sure tambah lagi

Riz Ultimate Burger

Specialnya set ini adalah ianya didatangi dengan 2 homemade patty ayam dan daging bersama dengan telur mata, sedikit salad dan sos mayonis . Tidak menggunakan roti burger dan menggantikannya dengan waffle menjadikan ianya kelainan dari cafe yang lain. Nak lagi complete dihidangkan sekali bersama fries. Sos mayonis warna biru tetap menjadi intipati penting dalam menu ini

Chicken & Cheese Crispy Burger 

Konsep yang sama menggunakan waffle sebagai pengganti roti burger bersama patty homemade ayam sendiri. Lebih crispy patty nya dan lagi menyengat bila ditambahkan dengan cheese. Seperti set yang lain ada sedikit sayuran bersama sos mayonis warna biru dan juga kentang goreng di sisi

American Classic Cheese Burger

Set burger yang sama cuma patty homemade kali ini daging. Kelainan dalam set ini adalah ianya dihidangkan sekali bersama telur mata dan sayuran jua sos mayonis tang berwarna biru. Menjadikan lagi pelik roti burger digantikan dengan waffle. Warna waffle ini akan bertukar ye jadi jangan terkejut bila anda menikmati hidangan di sini tidak sama warna waffle-nya dengan didalam gambar

Nak nikmati set hidangan nasi pun ada tinggal pilih sahaja yang mana anda inginkan

Riz Chicken Chop Rice

Ayam adalah ayam chicken chop yang telah di goreng, dihidangkan bersama nasi, telur mata dan sos black pepper/mushroom untuk dinikmati

Riz Chicken Grill Rice

Seperti nama menu-nya, set yang sama seperti Riz Chicken Chop kecuali ayamnya sahaja yang berlainan. Yang ini ayam nya di grill dan sebelum di grill di perap terlebih dahulu. Bersama nasi dan telur mata di samping sos untuk melengkapkan hidangan ini

Spaghetti Udang Galah 

Hidangan asian dan western di kombinasikan . Terasa pedas pedas sikit dan udang galah memang fresh

Cheezy Wedges

Wedges yang di goreng dihiaskan bersama sos mayonis warna biru dan keju.

Roti John 

Untuk yang inginkan hidangan kongsi bersama, boleh pilih roti John. Beza di Ezietech dimana roti john bukanlah didalam roti panjang yang terbelah dua dan isi di letakkan di tengah. Yang ini lain dimana rotinya leper tetapi garing. Campuran ayam dan daging di atas roti berserta dengan sos mayonis dan keju membuatkan anda ingin terus makan. Sesuai untuk dimakan dalam 4-6 orang hidangan ini

Makanan sudah jom ke pencuci mulut pula . Kali ini buat anda peminat cendol dan peminat durian. Cendol durian pilihan di sini ada beberapa dan yang sempat dirasa untuk hari ini di Duren Bar Special Menu

Duren Bar Aiskrim

Duren Bar Bubble

Duren Bar Original

Manakala dari menu Riz Cendol pula buat anda yang gemar cendol tetapi tidak menggemari durian .

Cendol Aiskrim

Cendol Bubble

Cendol Mangga

Sebagai penutup ini KP kongsikan juga yang di sini ada juga menyediakan hidangan air panas iaitu kopi . Sempat juga merasa kopi yang di hidangkan secara urban di dalam bekas kopi. Haa.. mesti ramai yang tanya tentang betul kah statement yang KP tulis tu ? Memang betul jika anda membeli mana-mana burger seperti yang diatas, anda bakal mendapat cendol durian secara percuma . Yuppp !!!! Secara PERCUMA (sementara stock masih ada) Untuk anda yang mengidam ingin makan durian pun boleh ke sini kerana senantiasa ada stock durian dan harga mengikut pasaran. Dah siap kupas ye tinggal pilih dan makan

S0 kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa apa promosi di Ezietech Cafe sila klik di