EVENT FOOD

Domino’s Raikan Wira-Wira DiSebalik Tabir Di Majlis Berbuka Puasa

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Domino’s Raikan Wira-Wira DiSebalik Tabir Di Majlis Berbuka Puasa

Dominos’ Pizza . Apabila Ramadan menjelma , di sarankan untuk mengumpul sebanyak mana ibadah & amal jariah yang boleh . Ini kerana setahun hanya sekali sahaja . Domino’s Pizza masih lagi giat dalam aktiviti  tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana kali ini bukan sahaja anak-anak yatim atau rumah orang tua diraikan tetapi juga Wira-Wira DiSebalik Tabir di raikan . sebanyak 20 rumah amal yang dipilih oleh rakan media akan menerima sajian lazat daripada Domino’s Pizza sepanjang bulan Ramadan dan Syawal

Domino’s dan pekerja-pekerja mereka bukan sahaja melakukan kepakaran mereka dalam memasak pizza tetapi juga bakal menghidangkan pizza panas dan lazat kepada penghuni rumah amal yang terpilih. Antaranya termasuk rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan rumah anak-anak yatim di Lembah Klang dan juga di Pantai Timur. Pemilihan rumah amal kali ini dikenalpasti akan dipilih oleh rakan media sendiri dan mereka akan turut serta ke rumah amal ini bersama Domino’s Pizza.

“Kami amat teruja untuk melancarkan kerjasama dan tawaran unik ini terutamanya sempena musim perayaan. Semua usaha ini lebih bermakna kerana inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan sempena ulang tahun Domino’s Pizza yang ke-20 pada tahun ini. Kami telah mencapai perkembangan pesat selama ini dan amat penting bagi meraikan mercu jaya ini dengan semua pihak yang telah membantu Domino’s mencapai kejayaan. Sempena bulan Ramadan, usaha sama dengan media demi manfaat rumah amal membuktikan hubungan erat antara kami dan ini dapat dilihat daripada kerjasama kami untuk menceriakan golongan yang memerlukan. Selain daripada usaha sama dengan media, kami juga melaksanakan pelbagai tawaran dan inisiatif yang boleh dinikmati oleh pelanggan”,

kata Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura.

Pada majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Wira-Wira Di Sebalik Tabir Domino’s seperti pasukan PDRM, anggota RELA dan pasukan paramedik. Ini merupakan lanjutan daripada usaha Domino’s untuk mengiktiraf individu cemerlang yang telah berbakti kepada masyarakat dan mengekalkan keamanan negara.

Antara RELA yang sempat hadir di malis buka puasa tempoh hari 

Anggota PDRM pun sempat hadir

Promosi Domino’s Sempena Ramadan

Kempen promosi Domino’s sempena Ramadan ini selaras dengan inisiatif CSR Domino’s di mana bukan sahaja pelanggan dapat berkongsi sajian lazat bersama keluarga dan rakan, bahkan boleh menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik.  Dari 29 Mei hingga 9 Julai 2017, pengemar piza boleh menikmati Super Tuesday, tawaran istimewa bagi piza peribadi Domino’s. Setiap Selasa sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membuat pesanan dalam talian atau bawa pulang boleh membeli piza saiz peribadi pada harga tawaran hebat RM3.90.

Promosi Domino’s Super Tuesday bermula 29 Mei hingga 9 Julai 2017
Pesan Super Tuesday ‘in advance’

Sekiranya anda ingin membuat amal jariah, anda boleh memesan terlebih dahulu tawaran promosi Domino’s Super Tuesday dan mengambilnya pada hari Selasa untuk diedarkan kepada individu yang anda pilih seperti anggota PDRM, anggota RELA, pembersih bangunan, orang gelandangan atau sesiapa sahaja.  Lagi-lagi kita dah hampir kepada 10 hari terakhir di bulan Ramadan ini.

Pelanggan yang mengunjungi cawangan Domino’s juga boleh menikmati piza peribadi (Personal) tersebut pada harga RM4.90. Tambahan lagi, piza peribadi tersebut boleh ditambah saiznya kepada piza Biasa (Regular) pada harga RM6, piza Besar (Large) pada harga RM11 dan piza Ekstra Besar (Xtra Large) pada harga RM16 setiap Selasa sepanjang tempah kempen promosi Domino’s Super Tuesday. Tawaran ini sah untuk tiga (3) perasa piza popular iaitu Simply Cheese, Beef Pepperoni dan Aloha Chicken. Sementara itu, penggemar keju boleh menikmati toping keju tambahan menerusi pembelian dua piza biasa pada harga RM33, dua piza besar pada harga RM55 dan dua piza ekstra besar pada harga RM77, semuanya dengan lebih banyak keju mozarela

Layari untuk maklumat lanjut :

Website Domino’s Pizza: https://www.dominos.com.my/

Facebook Domino’s Pizza : https://www.facebook.com/DominosMY/