FOOD PRODUCT

D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Kembali Dengan Teppanyaki Kali Ini

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Kembali Dengan Teppanyaki Kali Ini| D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat bukanlah tempat baru bagi KP dan family. 2017 bulan Oktober adalah kali terakhir KP ke sini bersama family tersayang. Sedang KP scroll di Facebook, ada notifikasi mengatakan yang ada promosi terbaru di outlet ini. Kerana ingin tahu, KP turun sendiri ke lokasi untuk meninjau apa yang menarik . Mengambil kira pendapat para pengunjung yang menikmati hidangan disini dan cuba memberikan yang terbaik dengan mengubah jua memperkenalkan menu terbaru buat yang datang antara apa yang D’Kayangan mempratikkan.

D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat

Anda mempunyai 2 pilihan untuk menikmati hidangan di dalam atau di luar. Antara lokasi yang sesuai untuk menikmati bersama keluarga, rakan-rakan mahupun majlis kecil seperti ulangtahun kelahiran, pencapaian mahupun perpisahan. Boleh memuatkan dalam 600 orang pada satu masa dan mempunyai surau yang luas untuk menunaikan solat apabila menikmati hidangan disini.

Parking kereta. Tidak perlu risau banyak kotak parking kereta berhadapan dengan restoran ini . Semuanya terletak di seberang jalan saja. Buat anda yang belum pernah ke sini, di sini bukan saja ada grill dimana anda boleh memanggang tetapi juga ber- steamboat. Untuk steamboat disini anda boleh memilih sama ada sup ayam atau tomyam.

Harga RM33.00 nett Dewasa (Isnin-Ahad)
Kanak-kanak RM12.50 nett
 
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No 1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Waktu Operasi 4 petang hingga 12 Malam.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini , kali ini D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat kembali dengan sesuatu yang baru iaitu TEPPANYAKI. Bukan yang sudah siap dimasak dihidangkan tetapi dimasak secara ‘live’ di hadapan pelanggan agar dapat menikmati hidangan ini panas-panas. Teruja melihat gambar yang di kongsikan kerana pada malam KP ke sini, TEPPANYAKI belum beroperasi.

Steamboat yang segar boleh dipilih dari pelbagai jenis aneka makanan laut. Pelbagai fishball , meatball, sayur-sayuran untuk diletakkan didalam kuah steamboat.Lihat sahaja pilihan yang ada nak fishball, meatball, vegeball, sosej, sotong ball, prawn ball dan lain-lain lagi

Pucuk pun ada sosej ayam pun ada tau

Untuk yang menjaga badan inginkan hidangan sempurna ada juga sayur-sayuran untuk anda masak didalam steamboat. Ingat ya jangan terlalu lama dimasak nanti hilang khasiatnya

Seperti kids, kalau ke sini tak sah singgah di area mee. Mee menjadi pilihan adalah maggi, dimasak sebentar dalam kuah sup yang direbus bersama pilihan bebola tadi

Nak kelainan tambah telur burung puyuh, ingat tau kolestrol tinggi hidangan ini

Kalau rajin buatlah telur goreng, telur scramble, semua pun boleh

Untuk makanan seperti seafood ianya telah diperap dengan menu istimewa seperti campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa jenis rempah. Kali ini perapan yang dibuat agak berlainan dengan yang sebelumnya pada ayam, daging dan juga ikan

Seafood seperti kerang dan seangkatan adalah yang segar

Pepahat, yang ini jarang ada di restoran steamboat

Ikan pun diperap dengan bahan istimewa

Air memang free flow, ada sejuk dan panas. Siap dengan ais kacang disebelahnya .

Buat anda yang lapar sewaktu menunggu grill atau steamboat masak, ada juga disediakan seperti menu kuey tiaw goreng

Nasi minyak bersama ayam

Menu yang patut dicuba adalah Nasi Lemak . Nampak tak freshnya bahan-bahan yang digunakan. Sambal pun tak pedas sangat, timun segar.

Boleh tambah kalau tak cukup .. hihihihih

Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah terbaik. Yang ini confirm cepat habis dimana letak sahaja habis, letak sahaja habis. Jadi sampai ke sini ambil yang ini dulu tau !! Konsep Siapa cepat dia dapat Kambing Grill 

Antara yang sempat di rakam sewaktu menikmati hidangan di sini bersama family

 

Untuk menikmati hidangan disini , awasi anak anda ya kerana dapur di letakkan di atas meja . Percikan minyak bukan sahaja di meja tetapi di lantai juga. Takut nanti terjatuh akibat licin. Masak di grill mahupun steamboat bersama rakan dan family tersayang memang sesuai terutama buat anda yang jarang berjumpa. Pastinya ada cerita dari satu ke satu untuk dikongsikan bersama. Apa pun  jika ingin lebih maklumat layari