FOOD REVIEW

Cari Pablo The Cheese Tart di 1Utama Old Wing

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi peminat keju ataupun cheese, Pablo The Cheese Tart baru sahaja melancarkan pembukaan cawangan pertama mereka di 2nd Floor ,1Utama Shopping Mall (Old Wing) bersebelahan dengan Wondermama.  Kesemua makanan yang diperbuat disini menggunakan keju atau cheese sebagai salah satu bahan didalam hidangan tidak kira kek, manisan mahupun biskut jua air.p2

Sedikit informasi tentang Pablo The Cheese Tart

p1

Ianya diasaskan oleh Masamitsu Sakimoto pada 6 tahun yang lepas di Jepun. Sekarang ianya mempunyai lebih dari 23 cawangan di Jepun dan juga di luar negara seperti Toronto, South Korea, Manila , Bangkok & Jakarta. Pablo terkenal dengan hidangan pencuci mulut yang berasaskan keju dan terkenal di seluruh dunia. Pablo telah diterbangkan khas dari Osaka,Jepun untuk dijual disini.

Mr Sakimoto berkata :

“The brand’s charming moniker is inspired by the artist Pablo Picasso. Just like how Pablo Picasso contributed to the world of the arts, we aim to establish a strong identity and strive to bring about the feeling of surprise and excitement to all our customers through our revolutionary and artistic cheese tarts

Mempunyai konsep dapur terbuka dapat memberi peluang untuk para pengunjung melihat pembuatan cheese tart ini. Ini untuk memastikan yang produk yang dihasilkan berkualiti, memberi pengalaman baru pada pembeli apabila disajikan panas-panas selepas diorder.

p7

Antara menu Pablo The Cheese Tart

p8

Pablo Mini Cheese Tart – RM 8.90 satu

Daripada luaran sahaja anda pastinya dapat melihat yang isi tart ini adalah keju. Isinya penuh dan tidak terdapat ruang kosong dan bila dimasukkan ke dalam mulut terasa kejunya dan pastri yang lembut. Cuba satu pasti nak lagi
p5

Freshly Baked Cheese Tart- RM 45.90 satu

Katanya kalau untuk hidangan ini ramai yang sanggup beratur panjang jika ianya sedap dan berbaloi dengan harga yang dibeli. Kalau anda lebih dari 3 orang, KP rekomenkan anda beli yang ini. Ada 2 cara untuk memakan dimana

  • Cheese tart yang ini boleh dipotong 6 untuk mendapatkan rasa yang sama seperti pablo mini cheese tart. Sedikit perbezaan dari isinya dimana cheese tart yang ini berukuran 6 inchi.
  • atau pun anda menggunakan sudu untuk memakannya. Lagi feel bila sudu diceduk kedalam lautan isi keju

Lihat sahaja di permukaan cheese tart , cantik dengan logo Pablo dan warna keemasan itu adalah sos aprikot disapu untuk penghabisan.

*tahukah yang anda sebenarnya boleh meminta cara masakan tekstur Pablo Cheesecake anda seperti anda memesan stik iaitu , medium, rare ataupun well done

p12

Pablo Choco Crunch- Cheese Tart Flavour RM 47.90 setin

Cheese Tart Crunchy didalamnya mempunyai 12 peket sahaja.
p9

Pablo Frute – Classic Cheese Tart – RM 15.90 satu

Minuman ini dikatakan antara yang ‘hit seller’ dimana ianya adalah minuman diperbuat dari keju. Sebelum meminumnya anda mungkin rasa keju semata tetapi ianya adalah isian jem buah aprikot dibawahnya kemudian ditambah dengan isi keju yang siap di ‘blend’ dicampur pula sedikit pisang, buah epal, dan mangga sebelum diletakkan ‘whipped cream’ dan dihiaskan dengan sedikit sos aprikot dan ‘pie crumble’. Anak-anak KP menggemari air ini sebab katanya apabila mereka minum tak terasa sangat keju dan ianya tidak muak .

p6

 

Pablo The Cheese Tart menjadikan ianya kelainan dimana ianya memberikan kelainan dari segi kebahagiaan, keseronokan dan pengalaman apabila menikmati hidangan berupa keju. Selain dari memilih hidangan yang ada seperti chesse tart, pastri , cheese pudding (bakal ada), biskut , minuman dan terbaru aiskrim. Kesemua hidangan ini didatangi dengan beberapa perisa seperti keju sahaja, coklat, strawberi dan lain lain.

KP memang puas hati dengan cheese tart ini bukan kerana apa sebab isinya keju yang diletakkan memang terasa apabila dimakan bersama pastri tart ini. Lupa nak kongsikan dimana Pablo The Cheese Tart adalah HALAL dan dalam proses memohon sijil HALAL. Jadi tidak perlu risau dan was-was ye . Boleh sahaja menikmatinya kerana KP sudah anda bila lagi .