FOOD TERKINI

BUNGKUS by honestbee Trend Terbaru Memesan Juadah Secara Online.

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BUNGKUS by honestbee Trend Terbaru Memesan Juadah Secara Online. |Aplikasi penghantaran makanan dalam talian yang inovatif, Honestbee telah memperkenalkan jenama terbaru mereka iaitu Bungkus by honestbee ​​yang hanya berurusan dari restoran yang disahkan halal. Dengan hanya bernamakan Bungkus, perkhidmatan penghantaran makanan kini akan menghubungkan pengguna kepada lebih 40 buah restoran yang dperakui dan disahkan halal seperti Wendy&, Kenny Rogers, Secret Recipe, Old Town White Coffee, Hokkaido Baked Cheese Tart, Vivopizza, Marrybrown dan beberapa restoran utama lain yang telah disahkan halal oleh JAKIM.

Bungkus by honestbee akan memudahkan golongan eksekutif kelas menengah yang celik teknologi yang pada masa sama turut sibuk dengan tuntutan kerja untuk mendapatkan makanan dari restoran yang disahkan halal terutamanya pada bulan Ramadan ini. Ia
dijangka menjangkau ribuan pelanggan setiap bulan dan menawarkan pilihan hidangan yang segar, tersendiri dan lebih penting, ianya khusus kepada pelanggan muslim.

Dalam kenyataannya, Tengku Afni Natasha binti Tengku Asmat, Pengurus BUNGKUS by honestbee Malaysia berkata,

“Sejak kehadiran kami di dalam bidang penghantaran makanan di Malaysia selama hampir 2 tahun, kami telah melihat perkembangan yang positif pada jumlah pelanggan harian dan kami amat gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami. Pengenalan Bungkus ​​yang merupakan lanjutan kepada jenama Honestbee adalah penting kerana ia adalah jawapan kepada permintaan pelanggan kami, yang memerlukan perkhidmatan serupa di pasaran semasa. Bungkus by honestbee diperkenalkan khas untuk memenuhi tuntutan pelanggan melayu kami yang semakin meningkat dan memberi pengkhususan kepada penghantaran makanan dari restoran- restoran yang disahkan halal oleh JAKIM untuk BUNGKUS by honestbee”.

Bungkus by honestbee komited sepenuhnya dalam memastikan keseluruhan proses pesanan dan penghantaran makanan adalah bebas dari sebarang keraguan seiring dengan slogan & Makan Puas Puas Tanpa Was Was Untuk memastikan perkhidmatan itu bebas daripada keraguan, Bungkus by honestbee menjanjikan perkhidmatan penghantaran ​​adalah 100% khusus untuk penghantaran makanan hanya dari restoran yang disahkan Halal dan menubuhkan pasukan khas bagi pengendalian dan penghantaran makanan. Untuk fasa pertama Bungkus by honestbee, kawasan yang diberikan fokus adalah di sekitar KLCC, Petaling Jaya dan Mont Kiara dengan lebih daripada 40 buah restoran halal untuk dipilih. Penambahan kawasan penghantaran dan restoran akan diperkenalkan dalam beberapa minggu akan datang

Bungkus by honestbee menawarkan beberapa menu dan pilihan makanan dalam talian dengan satu akses yang mudah. Pelanggan hanya perlu:
1. Muat turun aplikasi Honestbee
2. Pilih butang ‘Food’
3. Pilih kategori Halal (logo Bungkus by honestbee)
4. Melayari dan memilih dari senarai restoran yang disahkan halal oleh JAKIM
5. Mengesan pesanan makanan anda terus ke pintu rumah anda

Sebagai promosi pelancaran, pelanggan yang mendaftar sebelum 30 Jun 2018 akan menikmati potongan sebanyak RM15 dari tempahan mereka dengan menggunakan kod promo, BUNGKUSLAH. Tiada pesanan minima diperlukan untuk pelanggan kali pertama. Promosi ini terhad dan khas untuk pelanggan kali pertama sahaja.

Sempena bulan Ramadan, Bungkus by honestbee memberikan potongan 40% dari menu harian dengan slot masa penghantaran khas untuk semua pesanan. Pelanggan dinasihatkan untuk klik tempahan mereka sebelum jam 5.00 petang dan penghantaran akan dibuat sebelum waktu berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi Honestbee di Google Play and App Store atau layari

Website Honestbee : www.honestbee.my

Facebook Bungkus : https://www.facebook.com/bungkusbyhonestbee/