FOOD REVIEW

Buffet Ramadan 2017 ; Cari Streat Thai di The School

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk berbuka puasa ala buffet ramadan 2017, KP ingin cadangkan restoran baru yang berada di antara lokasi Petaling Jaya. Streat Thai adalah diantara restoran Thailand yang terletak di antara The School dan Jaya One. Streat Thai menghidangkan makanan dari Thailand dengan menggunakan tema :Authentic Thai Street Eats.

Tidak lengkap kalau ke sini tiada signboard tentang Thailand bukan ? Ada Chiang Mai , Phuket and Krabi. Kebiasaannya di Thai , gerai-gerai makan mereka adalah di tepi jalan. Walaupun tepi jalan tetapi kebersihan & kualiti masih lagi terjaga

Meja makan yang ada di Streat Thai
Buffet Ramadan 2017 

Streat Thai tahun ini menawarkan buffet buat para pengunjung selain dari a la carte menu mereka. Ini memberikan pengunjung untuk mencuba pelbagai menu Thailand- ada lebih daripada 50 juadah / menu ditawarkan. Dari appetizer, menu utama, side dishes dan juga dessert

Antara yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sini

Kangkung goreng

Sayur-sayuran seperti ulam – ulaman

Fishball

Sosej ball 

Satay 

Otak-otak

Kerabu

Sup tomyam pun ada – antara signature dish di sini

sebelum di kacau tomyam outih

Sup cendawan (di bawah) sup tauhu( di atas)

sup di makan bersama antara satu kuah di atas

Mangkuk KP dengan 3 sup yang di hidangkan di buffet ramadan ini

Streat Thai juga terkenal dengan makanan seafood mereka. Hidangan mereka memang menarik dan sedap . Antara yang sempat di rakam

Striploin pun ada ye 

Chicken skin yang nie sedap

Sayur cendawan weii .. Eh cam silap kategori aje… takpelah ye layan kan saja

Ayam bakar ke ?

Kari daging

Kari ayam

Nasi Goreng

yang ini pedas ye ala ala thai

nasi goreng biasa

Pencuci mulut

pelbagai manisan di hidangkan diantaranya bubur caca, bubur jagung, goreng ubi/pisang, kuih onde onde. Oh ya pulut mangga pun ada ya tapi sayang tak sempat ambil gambar. Kalau nak tahu sedap ke tak apa kata mai sini

Minuman

Kiwi pun ada tetapi direkomen untuk minum sejuk ya .. sebab rasanya lagi kick


Harga Buffet Ramadan Streat Thai

Asyik gambar makanan ajer dari tadi macam mana dengan harga pula kan . Takkan percuma pula .. So ini KP kongsikan harga promosi buffet Ramadan 2017, Streat Thai . Jom pakat mai ramai-ramai ye
Untuk harga promosi tempahan 7 hari awal:
Dewasa : RM39.90++
Kanak-kanak : RM 19.90 (6 hingga 12 tahun)
Harga Normal : RM49.90++ (dewasa)

Kanak-kanak : RM 19.90 (6 hingga 12 tahun)

Masa: Setiap hari : 7 PM-9:30 PM