FOOD REVIEW

Buat Penggemar Daging, Jom ke Me’nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berbuka puasa pastinya menu dan lokasi menjadi tanda tanya di mana? Jadi jika anda penggemar daging, jom ke Me’nate Steak Hub untuk berbuka puasa di mana pelbagai menu terbaru ada di tawarkan untuk tahun 2016 ini.

Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Sedikit pengenalan tentang Me’nate Steak Hub

Seperti namanya memang terkenal dengan hidangan steak mereka. Disini, daging-daging siap di’pack’ dan di simpan di dalam peti sejuk beku untuk memastikan kualiti daging tersebut dijaga. Pelbagai bahagian daging kambing mahupun lembu untuk di pilih . Selepas di pilih, pilihlah cara bagaimana ianya dimasak mengikut citrasa sendiri.

Tahun ini Me’nate Steak Hub kembali dengan memperkenalkan beberapa pakej menu sempena bulan Ramadan. Untuk penggemar daging ini adalah antara restoran yang KP rekomenkan. Pastinya tak rugi dan berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar.

Menu Pakej Berbuka Puasa 

Untuk menu pakej ini setiap set yang di hidangkan di sertakan bersama Nasi Me’nate dan juga sos yang tersendiri. Terdapat 4 set menu yang ditawarkan iaitu

  • Heavenly Beef
  • Heavenly Lamb
  • Heavenly Chicken
  • Group Steak

 

Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Kenapa di gelar Menu Heavenly 

Ianya adalah hidangann dalam kategori HEAVENLY. Ini bermaksud setiap hidangan boleh di nikmati di antara 4 hingga 6 orang. Setiap hidangan adalah di dalam pinggan yang besar seperti sebesar dulang. Katanya dengan makan bersama-sama didalam pinggan ini memberi suasana kepuasana dan kekenyangan sewaktu berbuka nanti.

 

Hidangan Pertama

  • Heavenly Beef

a. Short Ribs. Harga : RM 300 untuk 4-6 orang

Anda minat dengan bahagian ribs, ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda. Ianya perlu dinikmati bersama Nasi Me’nate dimana bakal memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa. Satu yang KP suka ialah isi dagingnya dipastikan lembut sebelum dihidangkan.

Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Close up Short RibsMe'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

b. Wagyu Spare Ribs. Harga : RM 400 untuk 4-6 orang

Untuk hidangan ini harganya sedikit tinggi kerana ini dalam bahagian daging yang ini pastinya menjadi rebutan dan kegemaran buat peminat daging. Daging wagyu mempunyai kelainan dari segi rasa kerana isi nya agak pejal. Walaupun pejal itu bukan bermaksud dagingnya keras tetapi lembut , terasa “juicy” daging dan yang penting senang untuk di kunyah.
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Seperti dikatakan tadi setiap set ini didatangi dengan Nasi Me’nate. Nampak dari rupa sahaja sudah tahu kesedapannya.Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

 

  • Heavenly Lamb

a. Lamb Shoulder. Harga : RM 350 untuk 4-6 orang

Lamb Shoulder. Apakah menarik dengan hidangan ini? Sebelum di masak daging ini diperap dengan rahsia sos perapan. Apabila di hidangkan dan dihiris dagingnya, bagi KP ianya cukup empuk,lembut dan juga enak kerana sos perapan istimewa itu. Sesuai untuk dimakan bersama keluarga dan juga rakan-rakan yang meminati daging kambing.

Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Close up Lamb Shoulder yang bakal membuat anda terliurMe'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

b. Lamb Shank Harga : RM 350 untuk 4-6 orang

Lamb Shank ini merupakan daging dibahagian kaki belakang kambing. Ini juga antara jenis daging yang sentiasa diorder dan mendapat pemintaan jika berada di restoran sebegini. Kalau nak lagi sedap apa lagi minta sahaja dimasak seperti di bakar atau dibuat steak. Pastinya makan tak pandang kiri kanan nanti Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Isi yang empuk bakal membuat anda ingin tambah lagi.Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

 

  • Heavenly Chicken 

Grilled Chicken Harga : RM 99 sahaja untuk 4-6 orang

Ayam yang dihidangkan ialah seekor ayam. Ianya di panggang seekor tau. Semestinya ianya lain kerana diperap dengan menggunakan rempah istimewa yang hanya ada di Restoran Me’nate sahaja

Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Seperti biasa hidangan ini dihidangkan bersama Nasi Me’nateMe'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

 

  • Group Steak 

Rm 80 sahaja ( minimum pax 4 orang )

  • Didatangkan bersama :-
  • Sos khas
  • Salad
  • Coleslaw
  • Mashed potato
  • Aglio E Olio /Nasi Me’nate
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Pilih mana yang satu untuk dimakan. Sama ada steak daging, steak kambing atau ayam grill . Aaa .. ini yang menjadi rebutan nanti.Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Mashed Potato

Sedap,lembut dan memang kena dengan sos gravy buatan restoran Me’nate ini sendiri
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Coleslaw 

Buatan sendiri dari restoran Me’nate. Ia adalah side dish jika anda mengorder menu group steak
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Nasi Menate 

Pada yang biasa makan makanan Arab, pastinya kata ini adalah nasi Arab. Sebenarnya tidak di mana ini adalah menu istimewa dari Me’nate yang menggunakan Beras Basmati yang diimport khas untuk dihidangkan bersama hidangan yang ada.Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Aglio E Olio

Tak masam dan tak pedas, sesuai untuk kanak-kanak hidangan ini
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Bukan sahaja makanan yang ditawarkan ini sahaja. Semua pelanggan yang menikmati hidangan di sini di sepanjang Bulan Ramadan juga bakal menikmati secara percuma S

Bubur lambuk Me’nate
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Kuih-muih tradisional Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Buah-buahan dan juga kurma

Air (free flow)Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

Oh ye pastinya ingin tahu dimanakah lokasi Menate yang ada selain di Setapak bukan? Meh KP kongsikan alamat dan contact number agar anda boleh membuat tempahan dan menikmati hidangan yang ditawarkan

3 cawangan sekarang ni.
SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
************
AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya
Selangor
*************
BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
*************
Untuk RSVP :
019-3911047
019-4771047
019-2611047
Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 KP dan rakan-rakan dah cuba dan memang puas hati. Thumbs up weii… sebab makanan dan harganya pun berbaloi. Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016 Lihat muka kami yang kekenyangan . hahahah. terima kasih buat Me’nate Steak Hub atas jemputan ye Me'nate Steak Hub Untuk Berbuka Puasa 2016

jika ingin ketahui dengan lebih lanjut promosi dan hidangan yang disediakan cari sahaja hashtag ini

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #menatesteakhubsetapak #menatesteakhub #menateramadhanpreview2016