FOOD REVIEW

Brew & Stone by Pokok Kelapak di Kota Damansara

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau di area Kota Damansara nie ada ke cafe ala hipster untuk menikmati coffee bersama rakan-rakan?? Tempat yang tenang dan free dari kesibukan dan keriuhan bandar?? Dengar- dengar ada cafe baru di Seksyen 8 Kota Damansara. Ala area-area pejabat Dato’ Alif Syukri ( Terlajak Laris tu). Sampai di situ jangan lupa cari cafe Brew & Stone by Pokok Kelapak

Sedikit informasi tentang Brew & Stone

Ianya dimiliki oleh Pokok Kelapak yang telah bertapak di Kota Damansara semenjak bulan Ogos 2016. Cafe ini bagi KP ala hipster dimana ianya adalah tempat untuk bertemu, bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Dari segi hidangan pula ianya mengetengahkan hidangan barat dan ada yang di fusion kan mengikut citarasa Malaysia.
Seperti yang kelihatan, Brew & Stone bukan sahaja menitik beratkan pada coffee tetapi juga pada hidangan grill. Oh yea pasti anda tertanya-tanya tentang “Cars dan Bikes” bukan ??  Ini kerana setiap sudut didalam cafe ini ada sahaja barangan kereta seperti seat kereta, rim kereta dan akesesori kereta yang lain dipamerkan di sini samada sebagai salah satu tempat untuk menikmati hidangan mahupun untuk bergambar. Berlatar-belakangkan konsep begini, sesuatu yang baru dan bakal menjadi tarikan buat mereka yang datang.  Tak percaya tapi kena percaya. Meja di sofa ini menggunakan Sport Rim kereta . Comel pula kan .. Itu belum lagi yang ‘spot’ yang menarik ada di dalam cafe

Sewaktu berada di sini KP dijamu dengan pelbagai hidangan minuman dan makanan yang ada disana. Anda boleh pilih yang inginkan sejuk mahupun yang panas. Pilih dari Milkshake, Coffee Range, Fresh Juice and etc

ice dark mocha

cafe mocha with marshmallow

Cappucino 

Belakang – Lychee Mojito, Rainforest , Iced Honey Lemon Tea, Lime Mint Mojito

Hadapan –  ice hazelnut latte, nutella cappucino dan ice dark mocha
Lime Mint Mojito & Lychee Mojito

Dan ini untuk peminat coffee –

Ice Drip Coffee

So minuman sahaja dah memikat hati belum lagi tengok pada hidangan makanan yang ada. Lagipun pelbagai hidangan barat dihidangkan . Yang sempat KP rasa bersama teman-teman yang lain sewaktu berada di sini;

Chill Tuna Pizza Nampak tak crispy nya doh pizza ini Spicy Creamy Pasta

Udang besaiz XXL dihidangkan bersama pasta carbonara dengan ada sedikit rasa pedas. Di fusionkan mengikut citarasa Malaysia yang inginkan kepedasan dalam makanan . Jangan risau jika anda tidak suka pedas inform sahaja sewaktu order taka nak pedas

Scallop with tomato salsa 

Hidangan ini kelihatan mahal tetapi sebenarnya harga mampu milik. Sesuai untuk semua peringkat usia dimana ianya adalah gabungan scallop , tomato cincang dan sos salsa

Chicken Morakanskii

Meat Platter | RM99.90 (4 pax) or RM169.90 (8 pax)
* Chicken
*Lamb Shoulder
*French Fries
*Spicy Aglio Olio atau Garlic Butter Rice
*Mix Vegetable

Ayam yang dibakar

Kalau sukakan daging apa kata cuba hidangan ini. Ianya ada 2 set sama ada unuk 4 orang atau 6 orang. Yang menarik hidangan ini kerana ianya set bersama ayam bakar dan kambing bakar. Side dish pula adalah nasi butter dan spaghetti olio. Eh, ada lagi ianya lengkap dengan kentang goreng & mix vegetable .

Spaghetti olio

Lamb shoulder yang di bakar

Spicy creamy soft shell crab

Pasta bersama sos carbonara yang dimasak dihidangkan bersama soft shell crab. Ada sedikit cili untuk mendapatkan kepedasan didalam creamy pasta. Soft shell crab dimasak dengan lembut dan garing yang penting tiada bau

Spicy Meafood Medley Olio

Pada satu masa Cafe ini boleh memuatkan seramai 100 pax dan menerima kunjungan mahupun tempahan seperti majlis hari jadi, majlis farewell, majlis baby shower mahupun reunion/gathering. Mana tahu ada artis yang mencari lokasi untuk seisi bertemu peminat mungkin boleh mencuba lokasi ini. Gerenti happy punya sebab dapur cafe ini berada di luar and bukan di dalam
Terima kasih yang tak terhingga buat Pn Ima kerana sudi menerima kunjungan KP dan teman-teman yang lain sambil menjamu kami dengan hidangan yang terbaik di Brew & Stone . Moga perniagaan akan bertambah maju dan suksess senantiasa
Alamat cafe:
BREW & STONE by PokokKelapak
No 3G Jalan Pekaka 8/1D
Seksyen 8
Kota Damansara
Petaling Jaya Selangor
03-61445678
(landmark: berdekatan dengan Pejabat Dato’Aliff Syukri D’Herbs)
Email : brewandstone@gmail.com
Waktu Perniagaaan:
11 pagi – 11 malam (Ahad- Khamis)
11 pagi – 12 tengah malam (Jumaat dan Sabtu)
TUTUP (Isnin)
Special appearance Busking
8.30 malam – 10.30 malam (Rabu dan Jumaat)