FOOD PRODUCT

Ayamas Kitchen Melancarkan 3 Lagi Produk Ready To Eat (RTE)

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ayamas Kitchen Melancarkan 3 Lagi Produk Ready To Eat (RTE) | Jika anda mengikuti story tentang produk Ready To Eat (RTE) dari Ayams kitchen pastinya anda mengetahui yang terdahulu ada 3 produk yang telah dilancarkan iaitu Nasi Pilaf Mentega, Briyani Bukhara Ayam dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Kini kembali lagi dengan 3 produk terbaru mereka yang masih mengekalkan konsep seperti sebelum cuma menunya sahaja yang berlainan

Kali ini Ayamas Kitchen melancarkan lagi 3 produk Ready To Eat (RTE) ni iaitu Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa

 

Untuk pengetahuan anda yang Ready To Eat (RTE) atau dikenali juga sebagai produk sedia di makan ini adalah hidangan yang sudah sia dimasak terlebih dahulu. Kemudian di sejuk beku atau frozen . Jika ingin makan ambil dan panaskan didalam microwave seperti tertera di atas produk tersebut. Ianya memang sesuai untuk kehidupan zaman sekarang di mana kesuntukan masa, selain daripada terpaksa menunggu lama untuk sesuatu hidangan siap mahupun ketiadaan tempat duduk sewaktu masa makan tengahari

Produk ini bertahan selama 4 jam selepas anda mengeluarkan dari freezer. 3 menu terbaru yang di perkenalkan ialah

Nasi Kari Hijau Ayam Thai 

Nasi Kari Hijau Ayam Thai semestinya masakan dari Thailand. Lengkap dengan kari hijau dan sesuai untuk di makan begitu sahaja. Karinya pun tidaklah pedas sangat.

Bihun Goreng Istimewa

Untuk bihun goreng nie sesuai untuk anda yang sedang diet atau tidak menggemari nasi. Simple sahaja bihun goreng ini tetapi disertakan sekali sambal buat anda yang menggemari pedas.

Nasi Bijan Ayam BulgogiAyamas Kitchen Melancarkan 3 Lagi Produk Ready To Eat (RTE)

Untuk anda yang meminati makanan Korea tidak perlu risau dan gusar kerana Ayamas Kitchen pun ada menyediakan dalam bentuk Ready To Eat (RTE) . So perlu singgah dan pilih nasi bijan ayam bulgogi. 

Harga bagi produk Ready To Eat (RTE)
Harga produk terbaru ini  adalah:-
Nasi Bijan Ayam Bulgogi – RM7.90
Nasi Kari Hijau Ayam Thai – RM7.90
Bihun Goreng Istimewa – RM5.90

Produk Ready To Eat ini  ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, korang boleh layari

Website Kedai Ayamas : www.kedaiayamas.my
Facebook Ayamas Roasters : www.facebook.com/AyamasRoasters/