FOOD REVIEW

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang), dari King’s Potong Gold

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anda peminat durian ? Anda sukakan aisrkrim?

Kalau KP gabungkan dan menjadikan ia aiskrim durian bagaimana? Ingin KP kongsikan dengan anda semua dengan kehadiran aiskrim terbaru dari King’s Potong Gold iaitu edisi terhad aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang).

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang)aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang).

Sedikit informasi tentang Aiskrim King’s Potong Gold 

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang)

Kualiti nostalgia King’s Potong sememangnya tidak dapat dinafikan. Selama 40 tahun, King’s telah menghidangkan ais krim ‘Potong’ yang disukai ramai. Ia mengimbau kembali kenangan zaman dahulu dengan perisa yang diilhamkan dari Asia. Dengan hasil kualiti yang sama, kenikmatan yang diberi oleh rangkaian King’s Potong Gold sentiasa dijanji menerusi perisa ‘Potong’ yang berkualiti kerana ia diperbuat daripada hanya bahan-bahan berkualiti.

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang)

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang)

Kini King’s Potong Gold memberikan kelainan buat anda semua terutama sekali buat peminat durian. Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) yang terbaru di keluarkan oleh  King’s Potong Gold. Ianya diperbuat dengan 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, dimana aiskrim batang ini masih mengekalkan keenakan asli aiskrimnya. Penggemar durian bakal teruja dengan rasa ais krim King’s Potong Gold ini yang enak, pahit dan manis berserta dengan aroma yang begitu menggoda sekali. Adunan santan yang menambah kemewahan kepada perisa ais krim baharu ini pasti akan menarik perhatian pengguna, termasuklah mereka yang cerewet cita rasanya.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Bagi kebanyakan orang, menikmati seulas durian bagaikan rasa syurga yang boleh membangkitkan deria. Di sebalik duri yang tajam itu terserah kemanisan bak kastard berkrim yang menakjubkan, jadi tidak hairanlah buah ini diberi gelaran ‘Raja Buah’. Untuk memastikan bahawa aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) keluaran baru King’s Gold Potong sentiasa diperbuat daripada 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) ahli panel perisa kami menggunakan kaedah sensorial rasa untuk membandingkan spesies campuran normal durian dan spesies Mao Shan Wang (Raja Musang) dengan jelas. Kaedah ini memastikan ketekalan profil setiap kelompok durian yang diterima daripada pembekal sentiasa memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang)

Edisi terhad King’s Potong Gold aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) boleh didapati mulai April 2016 di pasar raya terkemuka, pasar raya besar dan kedai serbaneka terpilih pada harga RM3.80 sebatang (60ml) atau RM21.90 bagi sekotak enam batang.

Aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) Tak percaya dengan aiskrim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang), apa kata jom ke  pasaraya yang berdekatan. Beli dan cuba pasti nak lagi

Layari di

Facebook King’s Potong Gold Aiskrim

#kitepunye #kitepunyedotcom #aiskrimdurianmaoshanwang #aiskrimdurian #aiskrimdurianrajamusang