Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fitlicious Makanan Pokebowl Untuk Gaya Hidup Sihat|Siapa yang tidak suka menjadi cantik dan lawa? Amalkan makanan gaya sihat pastinya hidup anda shihat selalu. Tapi ada yang kata makanan sihat biasanya tidak berselera untuk makan. Itu kata mereka tapi bukan di Fitlicious.

Fitlicious adalah kombinasi antara perkataan”FIT” dan “DELICIOUS”. Di sini dihidangkan Poke Bowl makanan yang berkhasiat untuk gaya hidup sihat ya. Pada yang bertanya kenapa Poke Bowl ? Poke diambil dari perkataan Hawaii yang sebenarnya disebut ‘poh kay’. Bowl pula adalah hidangan lengkap di masukkan didalamnya. Sekarang cuma ada 2 cawangan sahaja , di SS15 dan Uptown Damansara

1 Poke Bowl sepatutnya mempunyai 1 hidangan karbo (pilihan seperti nasi, ubi kentang dan sebagainya), 1 protein (ikan, ayam dan sebagainya) dan 4 jenis gabungan sayuran dan buahan. Untuk menaikkan selera pilih gabungan yang berwarna -warni agar menjadikan ianya kelihatan cantik dan berselera

Pilihan karbo dimasak secara sihat seperti menggunakan beras perang, kentang di rebus. Bagi protein pula ikan atau ayam di rebus atau dikukus agar tidak hilang zat yang terkandung. Pilihan sayuran yang ada semuanya di boleh makan terus selepas di bersih atau di steam/rebus seperti brokoli, lobak dan sebagainya. Tidak berhenti di sini boleh ditambahkan seperti kekacang diatas hidangan selain sos seperti mayo, thousand island, sesame dan lain-lain lagi
Berkesempatan untuk melihat Azukii Beans Azukii membuat demonstrasi cara-cara menyediakan Poke Bowl. Sambil dibuat diceritakan juga kepentingan makanan sihat untuk kehidupan dan pilihannya. Senang dan mudah. Ini dari Azukii
KP pun diberi peluang untuk membuat Poke Bowl sendiri dengan pilihan yang ada . Kerana suka pada warna warni dan inilah hasilnya
Food Panda
Sekarang Fitlicious melebarkan sayapnya dimana boleh membuat pesanan melalui FoodPanda.  Bagi pesanan dari luar kawasan FoodPanda, sebagai alternatifnya boleh juga membuat pesanan dari laman web :-
Promosi Fitlicious Uptown Damansara
Poke Bowl kini sedang mengadakan promosi BELI 1 PERCUMA 1 untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Oktober di cawangan Fitlicious Uptown Damansara.

Terima kasih Fitlicious, Bang Bang Miko, The Entertainer, Hungry, Lavigato, Sulusso & 8LabsStudio atas  tajaan pelbagai goodies yang ohsem. Untuk maklumat lanjut layari



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge