Filem Showtime 1958 Dipersembahkan Oleh Nafalia Corporation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Showtime 1958 Dipersembahkan Oleh Nafalia Corporation|Suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi.

Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul Filem Showtime 1958 . Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem Showtime 1958 adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.

Filem Showtime 1958 akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara  kejadian yang berlaku dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting  bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun  getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions
ditekan dengan masalah kewangan.

Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid.

Filem Showtime 1958 merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.  Bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020 untuk Filem Showtime 1958.
.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Showtime 1958 di:
Instagram: www.instagram.com/showtime.1958
Facebook: www.facebook.com/showtime.1958



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge