FESYEN

Tote Bags Yang Mana Pilihan Anda

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tote bags yang mana pilihan anda jika anda ingin membelinya ?? Tahukah anda pelbagai jenis tote bags yang ada . Mari kita tengok lihat mengapa ramai wanita suka memakai beg jenis ini.Tote Bags Yang Mana Pilihan Anda

Informasi tentang Tote Bags

Tote bags atau juga dikenali sebagai shopper bag sangat diminati ramai kerana saiznya yang mudah dibawa untuk tujuan membeli belah atau pada bila bila masa sahaja. Bagi mereka yang merupakan pelajar di tempat pengajian tinggi, tote bags sering dipakai untuk dibawa ke kuliah kerana dapat membawa banyak barang dan juga amat trendy. Secara umumnya pula, tote bags sering kali dipakai ke mana sahaja dan mempunyai banyak jenis jadi mari kita lihat jenis tote bags pada hari ini.

1. Casual ToteTote Bags Yang Mana Pilihan Anda

Tote bag ini lebih sesuai dipakai untuk hari biasa dan aktiviti harian seperti keluar bersama rakan atau untuk menjalankan rutin masa sekejap dalam sehari. Shopper bag jenis kasual selalunya bersaiz medium dan hanya ada top handle atau datang bersama sling tambahan untuk dipakai secara style tambahan.

2. Shopper ToteTote Bags Yang Mana Pilihan Anda

Untuk shopper tote, saiz selalunya besar kerana tujuan untuk dibawa semasa pergi membeli belah. Bagi mereka yang sangat mementingkan alam sekitar, shopper tote paling sesuai dibawa semasa membeli belah kerana dapat memuatkan sedikit sebanyak barang yang dibeli jadi tak payah la membazir plastik.

3. Formal ToteTote Bags Yang Mana Pilihan Anda

Tote bag ini sesuai dibawa ke tempat kerja atau untuk acara penting di mana anda memerlukan lebih banyak ruang penyimpanan barang. Rupanya selalu lebih bergaya dari tote lain kerana tujuannya untuk dibawa ke acara formal. Ramai wanita memilih tote jenis formal kerana ia dapat di gunakan sama ada di pejabat mahupun di hari biasa untuk berjalan-jalan

4. Canvas ToteTote Bags Yang Mana Pilihan Anda

Tote kanvas ini jenis yang sering dibawa ke pantai atau semasa hari anda malas untuk bergaya keterlaluan. Lebih ramai remaja yang memakai tote kanvas kerana ia berkualiti dan dapat dibeli dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, tote kanvas lebih banyak dilihat di dalam sekitar kawasan pengajian tinggi.

Jadi apakah tote bag kegemaran anda atau yang anda sudah miliki? Belum milikinya lagi? Jom shopping tote bag hari ini!