FESYEN

Rekaan Elrah Exclusive & Rania Couture Untuk Raya di The Curve

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rekaan Elrah Exclusive & Rania Couture Untuk Raya di The Curve

Dalam 2-3 hari ini asyik sangat lalu di social media KP akan keluaran Elrah Exclusive !!! Betul.. tak tipu tak koleksi yang asyik lalu kat timeline adalah rekaan baju Elrah Exclusive yang berkolaborasi bersama artis. Ini yang KP nak kongsikan dengan anda semua terutama yang belum ada lagi baju raya untuk Syawal tahun ini . Koleksi Elrah Exclusive bukanlah baru didalam bidang fesyen. Artis- artis seperti Hafiz Hamidon, Wak Doyok antara yang pernah berkolaborasi bersama untuk rekaan mereka.

Elrah Exclusive @ Rania Couture The Curve

Since asyik lalu kat timeline so KP pun mencari juga rekaan yang awesome ni. KP berkesempatan untuk ke booth Elrah Exclusive & Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Di booth ini pelbagai koleksi dari Elrah Exclusive yang bakal KP kongsikan dan juga koleksi dari Rania Couture yang khas dibawa dari Dubai. Booth Elrah Exclusive @ Rania Couture  dimiliki oleh Putri & Elrah team yang terdiri dari Jai, Shah & Dira. Mereka akan membantu anda untuk memilih warna atau rekaan yang sesuai buat anda. Bagi Rania Couture pula dimiliki oleh En Halim Cellicious dan Myra Lodin. Booth dibuka sehingga 3 Syawal tau . so bolehlah shopping

 Elrah Exclusive

Elrah Exclusive diantara jenama pakaian yang bukan baru didalam bidang festen dimana ianya mengeluarkan pelbagai rekaan . Antara rekaan yang ada seperti baju melayu. jubah , kurta dan juga baju kurung moden . Yang menjadikan ianya lebih menarik dan istimewa adalah dengan adanya kolabarasi bersama artis-artis terkenal seperti Fattah Amin Amy Search Shahziey Sam , Michael Ang dan ramai lagi. Jadi bila di gayakan sewaktu pagi raya pastinya kelihatan lagi menarik dan handsome. Sempat KP rakamkan rekaan yang ada

Elrah Exclusive senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelangganya dimana setiap kualiti fabrik yang di pilih mendapat maklum balasa yang bagus. Kainnya yang sejuk dan selesa antara maklumbalas yang terbanyak

Antara maklumbalas yang baru ialah ciri-ciri “mesra wuduk” dalam setiap rekaan pakaiannya. Ini antara yang WIN dimana ianya juga ada di pakaian lelaki.

Senang untuk mengambil air wuduk tanpa perlu menyingsing bahagian lengan (yang adakalanya kita akan terasa ketat di bahagian lengan). Dan dengan adanya zip di tangan hanya tarik (zip) ke atas. Ianya cukup praktikal dan mudah, sekaligus memberi lebih ketenangan untuk kita menjalankan ibadat. Elrah Exclusive ternayata tidak pernah silap memberikan yang terbaik buat pelanggannya, nah lihat sahaja kepada kualiti fabrik yang dipilih untuk setiap rekaan ternyata tidak pernah menghampakan. Sejuk dan selesa!

Abaya Dari Rania Couture

Koleksi Abaya dari Rania Couture amat special dimana setiap rekaan cuma akan didatangi lebih kurang 2 helai. Jarang anda akan terpakai rekaan yang sama since ianya adalah sangat ekslusif . Untuk di booth di The Curve rekaan abaya yang di jual di sini berwarna hitam kerana ianya sesuai untuk di gayakan di mana mana majlis mahupun boleh digunakan untuk ke pejabat

Menariknya rekaan abaya adalah sulamannya. Sulaman untuk rekaan kali ini di bahagian depan dan juga lengan . Selain itu juga rekaan, potongan dan hiasan pada abaya sendiri memberi ekslusif kepada pemakainya. Setiap pembelian abaya akan didatangkan juga dengan shawl yang sememangnya telah dipadankan bersama dari segi fabrik dan rekaan

Di antara rekaan yang ada

Juraian bunga dengan jahitan benang emas bersama hiasan batu-batu manik.

Esklusifnya batu yang digunakan berwarna hitam. Pemakai abaya ini ternyata akan tampil lebih elegan dan sofistikated

kitaorang tetap boleh memilih selesa dan mencuba menggayakannya. Ini adalah antara rekaan yang terdapat di booth Rania Couture. Memang berbaloi untuk mereka yang mencari abaya di sini kerana terdapat begitu banyak pilihan rekaan dan dijual pada harga yang berpatutan.

Promosi Sempena Raya di Booth Elrah Exclusive di The Curve

Ada tawaran menarik bagi mereka yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) jam 1 sehingga 3 tengahari, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture.
Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara.
Untuk pembelian 3 pasang, akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.
Oh ya! Bagi pelajar yang ingin menyertai Program “Jom Elrah” bolehla email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi juga Encik K di talian 013-5040728.
Sebelum aku terlupa, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Korang boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728. Tetapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.
Untuk lebih info boleh layari IG : @elrahdamansara