Festival Batu Permata Habib Bertemakan Magical Holiday Festivity

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Festival Batu Permata Habib Bertemakan Magical Holiday Festivity~ Pernah masa kanak-kanak dahulu KP teringin menjadi ‘princess’ seperti dalam cerita kartun Cinderella mahupun Beauty and The Beast. Bukan kerana dapat memakai pakaian yang cantik tetapi di hiasi diri dengan perhiasan yang berkilat dan berkilau. Semua mata terpaku pada diri dan terserlah kecantikan. Jadi, apabila mempunyai anak dara semestinya dialah yang bakal menjadi ‘princess’ di mata KP.

Memandangkan cuti sekolah sudah bermula dan 2019 bakal sampai ke penghujungnya, apa kata ‘reward’ kan diri sendiri dengan apa yang suka? Macam KP sendiri apabila penghujung tahun, pasti akan mencari apa yang belum lagi dimiliki atau menambahkan koleksi yang ada. Bila ditanya secara rambang pada rakan-rakan terutama wanita jawapan yang diberi seperti pakaian, kosmetik, percutian dan jangan terperanjat jika ada yang kata barang kemas atau batu permata.

Kali ini bertemakan Magical Holiday Festivity, Habib mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu permata di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya.  Festival Batu Permata Habib bermula pada 26 November dan bakal berakhir pada 1 Disember 2019. Koleksi batu pertama bukan saja yang ada tetapi juga koleksi barangan kemas seiring dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia dan Jualan Akhir Tahun Habib. Kalau terlepas ke sini jangan risau kerana kesemua 28 bilik pameran Habib seluruh negara bakal memberikan potongan harga menarik sehingga 1 Januari 2020.

Bukan baru di pasaran tetapi Habib kini sudah berada lebih dari 60 tahun dimana ianya menjadi antara jenama barangan pilihan rakyat Malaysia. Habib kini menaikkan trend global ke Malaysia dengan mengeluarkan barangan kemas batu permata. Sama ada ingin membeli untuk diri sendiri, hadiah nikah atau hadiah perkahwinan, pelbagai pililhan menanti.

Trend dan fesyen terkini lebih kepada rekaan barang kemas yang lebih moden, ringkas tetapi masih nampak elegan. Permintaan terhadap batu permata berwarna seperti zamrud, delima jua nilam sangat tinggi dalam industri fesyen masa kini.

Festival Batu Permata Habib kali ini berpegang kepada tagline ‘Gift of Happiness’.  Habib Jewel memastikan pelanggan yang membeli bukan setakat gembira apabila memiliki tetapi berpuas hati dengan harga yang di berikan memandangkan berlangsungnya Jualan Akhir Tahun.

Sempena Festival Batu Permata Habib, pertunjukan fesyen dengan dihiasi 12 koleksi batu permata yang terbaik dari Habib buat para pengunjung yang hadir. Antara koleksi yang ada seperti Hearts On Fire yang popular sebagai The World’s Most Perfectly Cut Diamond. Selain itu koleksi seperti Oro Italia juga berjaya mencuri perhatian kerana koleksi eksklusif Oro Italia 916 mempunyai kualiti dan rekaan emas yang terbaik

Selain itu koleksi seperti Oro Italia juga berjaya mencuri perhatian kerana koleksi eksklusif Oro Italia 916 mempunyai kualiti dan rekaan emas yang terbaik.

Dikongsikan juga untuk koleksi 2020 yang istimewa diberi nama Koleksi Eksport. Ianya adalah unik dari segi rekaannya, mempunyai berlian eksklusif dan terpilih pada setiap unit. Antara yang menjadi ‘hit’ apabila Jualan Akhir Tahun Habib kerana harga yang ditawarkan memang berpatutan.

Tanpa hiburan pastinya sebuah pertunjukan sunyi, kini tidak lagi dengan kehadiran penyanyi Cassidy Le Creme dimana menarik perhatian kami dengan suara merdunya. Bahkan mendapat sambutan dari pengunjung apabila Dato Sri Meer Habib turut berdansa di atas pentas bersama dengan Cassidy. Sportingnya kan Excutive Chairman Habib Group ini!!


Trend batu permata bukanlah baru. Ia bertujuan untuk berkongsi dengan para pelanggan bagaimana kenal pasti batu permata yang berkualiti. Di kongsikan juga rekaan terbaru yang moden dari pelbagai warna dan bentuk . Yang menarik dengan harga serendah RM 330 boleh miliki batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat yang ada dalam bentuk loket, cincin, gelang dan anting-anting.

Trend batu permata bukanlah baru. Ia bertujuan untuk berkongsi dengan para pelanggan bagaimana kenal pasti batu permata yang berkualiti. Di kongsikan juga rekaan terbaru yang moden dari pelbagai warna dan bentuk . Yang menarik dengan harga serendah RM 330 boleh miliki batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat yang ada dalam bentuk loket, cincin, gelang dan anting-anting.

Tawaran yang tidak patut dilepaskan semasa Festival Batu Permata Habib adalah

  • Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata
  • Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1000 dan keatas dalams satu resit (sementara stok masih ada)
  • Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
 

https://www.facebook.com/habibjewels/
https://www.instagram.com/habibjewelsofficial/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top