Family: Perjalanan ke Port Dickson Semasa Tahun Baru Cina Baru-baru Ini..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Tahun Baru Cina. Setiap tahun KP dan family akan ke Port Dickson untuk menyambut dan bertemu sanak saudara di sana. Sedikit informasi tentang family KP – nenek tersayang sebelah mak sebenarnya Cina masuk Islam selepas berkahwin dengan atuk. Family nenek KP akan rumuskan sebagai family majmuk kerana dalam family nenek ada – Cina kahwin Melayu, Cina kahwin Cina , Cina kahwin India, Cina Kahwin Serani, Cina Kahwin Kristian. Family nenek agak besar dan menjadi kebiasaan di Tahun Baru Cina jika nenek tidak berkesempatan untuk melawat adik beradiknya, KP sefamily akan mewakilkan.

Jadi secara tidak langsung KP anak beranak mempunyai darah Cina. Tengoklah sendiri anak KP cerahkan .. hahahahaha.. katanya mengikut gen sebelah Popo. Popo ialah gelaran untuk nenek di Port Dickson. Jom ikuti perjalanan KP ke sana

KP bergerak dari Kuala Lumpur jam 930 pagi dengan harapan jem di highway akan berkurangan. Kami bergerak dengan satu kereta sahaja kali ini. Selama beberapa tahun ini, KP pasati akan miss untuk ke Port Dickson menyambut Tahun Baru Cina di sana atas sebab tanggungjawab di pejabat berkerja sewaktu cuti umum. Tapi tahun ini tidak lagi, insyallah juga untuk tahun tahun yang akan datang juga. Bila di beri peluang semestinya KP mengambil kesempatan untuk berjumpa pakcik dan makcik juga popo yang telah lama tidak berjumpa.

Sepanjang perjalanan penuh dengan pertanyaan, jawapan, bertengkar, bergelak mahupun tersenyum sendiri. Bukan kerana apa sebab inilah kali pertama kami bersama-sama menaiki satu kereta ke satu destinasi. Biasanya 2-3 biji kereta akan konvoi. Highway Utara Selatan memang tidak boleh di jangka. Sebelum sampai di Tol Seremban papan tanda PLUS sudah menyatakan yang traffic sesak hingga ke Port Dickson. Jam 11 pagi baru sampai Tol Seremban jadi kami mengambil keputusan menggunakan jalan dalam untuk ke Port Dickson. Sepanjang perjalanan abah menceritakan keadaan jalan dulu yang berubah hingga sekarang. Untuk tidak sampai lambat kami melalui tol Port Dickson yang exit di Kem Port Dickson

Lapar ke ? Memang lapar. Sepanjang perjalanan, cuma sempat menjamah roti dan makanan ringan. Ingin berhenti di R & R Seremban – penuh dan tiada parking. Pastinya jika ingin mengorder makanan lama perlu menunggu. Ke restoran Mak Mah KP berhenti. Ini adalah restoran yang di rekomen oleh abah. Ianya bersebelahan dengan Masjid Port Dickson selepas simpang tiga.

2

Makanan maaflah tak sempat nak ambil gambar kerana lapar sangat  dan kebetulan masa untuk makan tengahari. Makanan di sini memang sedap dan cukup lengkap dengan rempahnya. Pelbagai jenis lauk kampung untuk di pilih dari sayur, goreng, lemak, dan lain lain lagi. Kami ber 9 orang makan dengan lauk keli , kupang, ayam goreng, ayam sambal, ikan jenahak, ikan percik, belimbing masak lemak , telur itik, sayur -sayuran ulam ulaman dan air cuma RM 46.50 sahaja. Seperti contoh ikan keli sambal, kupang dan 2 jenis sayur baru RM6- kalau di Kuala Lumpur mahu RM 10 . Rugi tak ambil gambar makanan dan amat murah.

Boleh klik di http://www.mppd.gov.my/gerai

Terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Port Dickson dan popular dikalangan pelanggan tempatan dengan juadah ‘Nasi Ayam Istimewa’. Selain dari itu, masakan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan juga boleh didapati di sini. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 2.00 am. Lokasinya adalah di No 1001 & 1002, Km 1 Kedai Jamek, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 06-6512060

Moga restoran mak mah di berkati dan di rahmati selalu, harga makanan yang murah dan juga sedap

Ke mana selepas menikmati makan tengahari , tunggu ye … 🙂

#kitepunye #kitepunydotcom #restoranmakmah #portdickson

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top