FAMILY KITEPUNYE PRODUCT

Town Hall ; LEGO Collection Terbaru Dalam Kitepunye

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Town Hall ; LEGO Collection Terbaru Dalam Kitepunye |. Hmmm.. dah lama rasanya KP tidak berkongsi tentang koleksi terbaru LEGO Collection KP kali ini. Memandangkan pilihan kali ini adalah dari si anak teruna so kami pun membina Town Hall yang comel ini untuk digabungkan dengan LEGO -LEGO yang lain yang pernah KP kongsikan sebelum ini. Ye..kalau anda tengok dan lihat memang brand LEGO ini bukanlah dari LEGO sendiri tetapi brand CITY .

Request kali ini adalah dari Irfan di mana menggunakan duit belanja yang di simpan. Nasib baik harganya tidaklah semahal seperti LEGO yang asal. Untuk CITY : Town Hall kali ini cuma ada 186 keping sahaja dan memang sebiji macam Town Hall di luar negeri. Di sini pelbagai mesyuarat, perjumpaan mahupun isu-isu semasa boleh di adakan di sini. Dalam set ini bukan sahaja dewan tetapi didatangkan sekali dengan 2 bas yang comel yang perlu di pasang. Set ini tiada orang-orangan ye. 

Nampak tak 186 keping dari segala warna besar kecil semuanya ada. ada 3 plastik sewaktu di buka . Set 1 yang kepingan besar , set 2 ala sedang untuk di pasang dan set 3 adalah kepingan lego yang kecil 

Jika memasang LEGO ingat tau jangan diberi pada anak-anak kecil terutama bawah 3 tahun pasang bersama takut nanti masa kite sibuk pasang diowang sibuk masuk mulut atau telinga. Karang tertelan payah pula tak siap pula nanti Town Hall yang patut di bina . 

Untuk membina Town Hall ini kids cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja .. hahhaa… bukanya riak takbur tetapi sebab kepingannya sedikit sahaja 186 sahaja. cuma bila pasang yang kepingan kecil agak stress jika tersalah pasang kerana nak mencabut nya .. sakit jari dibuat

Bila Irfan dan kakak berkerjasama lagi cepatlah siap LEGO ini. dalam banyak banyak kepingan yang paling suka ialah jam , nampak tak jam tu comel ajer . boleh tak ubahkan dia jadi jam tangan ..hahahah

Jeng- jeng-jeng… ini lah hasilnya selepas siap . Satu bas sekolah berwarna kuning dan satu bas 2 tingkat seperti LONDON bus. parking di sebelah Town Hall yang siap dengan ‘arch’ atau gerbang pintu masuk . Paling WIN ada jam juga tau . baru lengkap semuanya.

Koleksi LEGO masih ada lagi yang belum buka dan siap nanti kita kongsikan lagi bila kita bina ye . so nak tahu koleksi lain yang KP ada apa kata check it out di sini

LEGO City Adventures
LEGO Apple Store Mini Terbaru
Fast Mart Mini Koleksi LEGO
Koleksi LEGO Shell V POwer