Faizal Tahir Kongsi Yang Tanpa ‘somebody’, Faizal Tahir Nobody!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Faizal Tahir Kongsi Yang Tanpa ‘somebody’, Faizal Tahir Nobody!| Kredibiliti komposer dan penyanyi, Faizal Tahir dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, figura yang sudah 15 tahun berada dalam arena muzik tempatan ini menjadi antara idola. Bagi kebanyakan generasi baru baik dalam bidang penciptaan lagu mahu pun nyanyian.

Satu kelebihan Faizal, 42, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir.  Apabila setiap karya yang dihasilkan itu sarat dengan mesej berguna bukan saja untuk diri sendiri. Tapi buat pendengar dan masyarakat umumnya. Tidak kira genre lagu yang ditampilkan pada setiap karya, Faizal berjaya memikat hati peminat muzik tempatan sekali gus mencipta fenomena tersendiri.

Single Nobody

Terbaharu, Faizal yang popular menerusi lagu Ragaman muncul menerusi single Nobody terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar. Menurut Faizal, perkara penting yang ingin disampaikan dalam lagu Nobody ini adalah mesej buat diri sendiri dan orang sekeliling.

“Apa cuba nak disampaikan dalam lagu ini sebenarnya untuk diri saya sendiri terlebih dahulu, yang mana saya ini ‘nobody’ tanpa ‘somebody’ yang saya boleh beri dan curahkan kasih sayang. Selain mendedikasikan rasa cinta dalam diri saya kepadanya, menjaga dengan baik dengan jujur, ikhlas kerana Allah SWT. Sebab apabila buat macam itu barulah dapat hadiah teragung iaitu bersamanya di syurga nanti.

“Jadi, pada saya keunikan lagu ini adalah mesej yang ingin disampaikan. Sebab muzik adalah muzik. Kita boleh berikan pelbagai jenis muzik yang sedap didengar, tapi apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Bagi saya, lagu ini adalah sebuah mesej lain daripada yang lain yang pernah saya sampaikan sebelum ini,”

-katanya.

Seperti kebanyakan karya lain juga, lagu ini sekali lagi menyaksikan Kerjasama Faizal bersama beberapa komposer iaitu Firdaus Rahmat, Mas Dewangga, Mage dan Mike Chan.

Menurut Faizal, dia selesa bekerja dalam pasukan kerana dapat berkongsi banyak idea sekali gus dapat melahirkan sebuah karya yang terbaik dan unik.

’Nobody’

“’Nobody’ adalah lagu modern power ballad. Sebab sekarang ini pun muzik sudah lain. Komposer yang bersama saya dalam penghasilan lagu ini juga mereka yang sedang meningkat naik dan banyak lagu mereka sudah keluar di radio. Kalau nak tahu, ini memang cara saya bekerja yang mana kami buat bersama-sama dan terbitkan.

“Saya rasa tidak ada masalah bekerja dengan banyak kepala. Sebab sudah biasa. Macam ketika mula nak menjadi komposer saya sudah biasa kerja sendiri, seterusnya berdua dan bertiga. “Tapi, saya sedar apabila bekerja dalam kumpulan atau pasukan kita lagi kuat. Idea banyak dan berbeza terutama bekerja dengan orang mempunyai pengalaman lain. Macam saya sudah tua, jadi dapat berkongsi idea baru daripada orang baru dan anak muda.

“Jadi, kami sama-sama membantu mencari yang terbaik. Disebabkan itu saya suka bekerjasama. Bagi saya setiap orang diberikan kelebihan dan idea berbeza. Apa yang penting semua sangat terbuka, bertolak ansur dan boleh terima idea masing-masing. Malah boleh terima apa saja perubahan yang kita buat apabila bekerjasama. Jadi, sebenarnya bekerja dalam kumpulan lebih senang,” katanya.

Harapan

Mengenai harapan terhadap lagu itu, Faizal cuba berharap mesej yang disampaikan dalam lagu itu dapat memberi manfaat bukan saja buat dirinya tapi juga semua orang. Harapan saya setiap kali keluar lagu, mestilah saya mengharapkan mesej yang disampaikan diterima dan dihadam dengan baik. Paling penting dapat memberi manfaat kepada orang yang mendengar dan memahaminya.

Harapnya kepada diri saya dulu dan orang lain yang mendengar menjadi orang yang lebih baik.Berkongsi mengenai video muzik (MV), Faizal berkata ia masih dalam proses pembikinan.

Muzik Video Nobody

“Kita sedang dalam perancangan untuk menyiapkan MV rasmi. Apa boleh saya katakan, MV ini paling unik dan mencabar untuk saya dan pasukan terbitkan. Ia sangat lain. Jadi, saya sangat teruja dan tak sabar untuk lihat hasilnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong berkata, kerjasama selaku pengedar lagu Nobody ini adalah sesuatu yang bermakna buat pihak mereka.

“Universal Music Malaysia dan Faizal sudah cukup sinonim. Malah, sudah banyak kerjasama yang terjalin antara kedua pihak sebelum ini. Jadi, apabila pihak kami diberi tanggungjawab untuk mengedarkan lagu terbaharu Faizal, bagi saya ia sesuatu yang cukup bagus. Kepercayaan yang diberikan menjadikan hubungan antara kedua pihak lebih utuh. Malah, selaku pengedar juga sudah tentu kami yakin dan percaya dengan hasil kerja Faizal dan pasukan.”

“Pihak Universal Music Malaysia juga sebenarnya tidak sabar untuk melihat maklum balas balas daripada peminat muzik tempatan. Saya berharap lagu ini akan pergi jauh seperti kebanyakan karya lain juga,” katanya.

Jangan kata tak payung ye.



About The Author

1 thought on “Faizal Tahir Kongsi Yang Tanpa ‘somebody’, Faizal Tahir Nobody!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top