EVOLUSHEIN KOLEKSI TERBARU DARI SHEIN, AMAZING!

EVOLUSHEIN KOLEKSI TERBARU DARI SHEIN, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. SHEIN, peruncit dalam talian yang menghimpunkan produk fesyen, kecantikan
serta gaya hidup.

EVOLUSHEIN

Pelancaran evoluSHEIN; merupakan satu koleksi yang didorongi visi hebat buat semua pelanggan SHEIN di seluruh dunia. Tampil dengan saiz yang inklusif, lantas dilaksana dari bahan yang diperoleh secara bertanggungjawab.

Ia turut menyokong kempen serta projek pemerkasaan wanita di seluruh dunia. Koleksi baharu ini bakal menjadi pilihan mampu milik buat pemakai yang ingin memberi kesan positif dengan pilihan produk mereka.

SOKONGAN VITAL VOICES


Dengan membeli-belah koleksi evoluSHEIN ini, secara tidak langsung mendukung sokongan kerja Vital Voices.

Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan global terkemuka yang memimpin para wanita untuk melangkaui cabaran terbesar dunia.

Ini termasuk keganasan berasaskan jantina, krisis iklim, ketidaksamaan ekonomi, dan banyak lagi.

JUALAN PERTENGAHAN TAHUN 6.6

Jualan Pertengahan Tahun 6.6, merupakan jualan pertengahan tahun terbesar yang tentunya tidak mahu ditinggalkan. Pelanggan bakal memanfaatkan diskaun besar-besaran saat membeli-belah menerusi laman sesawang SHEIN.

Kali inimenampilkan aneka pilihan ceraian dress, blaus serta aksesori signatur jenama ini.

90% DISKAUN

Dari 1 sehingga 7 Jun, dapatkan diskaun sehingga 90% untuk item terpilih daripada katalog SHEIN besar- besaran dalam talian. Gunakan aplikasi SHEIN bagi memudahkan anda menavigasi diskaun juga pilihan yang sukar dicari di tempat lain.

KOLEKSI EVOLUSHEIN


Bagi penampilan sulung koleksi evoluSHEIN bakal menampilkan material poliester kitar semula. Di mana, gentian ini diperoleh daripada sisa plastik untuk menghasilkan fabrik.

Bahan seperti botol plastik terpakai dibersihkan dengan penuh ketelitian lalu diproses menjadi kepingan, dicairkan, dan dipintal untuk menjadi gentian poliester.

Mengurangkan sisa langsung memperkenalkan bahan kitar semula adalah tonggak utama visi SHEIN bagi mencorakkan masa depan dunia fesyen yang lebih mampan juga boleh diakses oleh semua.

Akan berfungsi sebagai medan ujian untuk inovasi berasaskan tujuan baharu yang bakal
diterjemahkan oleh SHEIN sepanjang koleksinya yang lebih besar.

BINA EKOSISTEM FESYEN

“Kami komited untuk membina ekosistem fesyen yang lebih bertanggungjawab. Melancarkan evoluSHEIN adalah satu langkah penting dalam komitmen kemampanan kami tahun ini.

Menyentuh setiap bidang tumpuan utama kami – melindungi alam sekitar, menyokong komuniti dan memperkasakan usahawan. Kami menjemput semua rakan kongsi dan pelanggan kami bagi menyertai pengembaraan kami.”

-kata Adam Whinston, Ketua Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Global di SHEIN.

Sepanjang sedekad yang lalu, SHEIN telah menganjurkan revolusi fesyen dan membangunkan alatan. Bertujuan untuk membantu pembekal dengan teknologi termaju dalam memelihara planet ini.

Antara usaha kolektif ini adalah menjadikan kilang konvensional menjadi rantaian bekalan
dengan sistem teknologi kolaboratif yang secara drastiknya.

Mengurangkan sisa inventori langsung membantu memulihara sumber semula jadi dalam proses pengeluaran.


Pelanggan di seluruh dunia dijemput untuk menyertai evoluSHEIN hari ini, turut tepat pada masanya untuk meraikan Jualan Pertengahan Tahun 6.6.

Himpunan produk awal dari koleksi evoluSHEIN menampilkan blaus top, dress dan seluar, dengan saiz lanjutan yang dipaparkan pada awal musim panas ini.

Daftar masuk setiap hari untuk mendapatkan baucar beli-belah yang lebih eksklusif. Muat turun aplikasi SHEIN atau lewati website untuk melihat keseluruhan koleksi.

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

AISHAH ILIAS BERLAKON FILEM SERAM, MEMANG BEST!

Next Post

BUTIK SITI KHADIJAH KE-40 DI AEON SHAH ALAM, BEST!

Related Posts