EVENT FOOD

WOW KL Membawakan Kebudayaan Malaysia Sambil Menjamu Selera

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

WOW KL Membawakan Kebudayaan Malaysia Sambil Menjamu Selera | WOW KL ? Adakah ianya  shopping mall baru ,restaurant baru, tempat lepak minum coffee ? Well sebenarnya WOW KL adalah tempat dimana terletaknya dulu Saloma Bistro . Pastinya anda ingat restoran yang ada bersebelahan MATIC Jalan Ampang bukan? Haa … Sekarang ini WOW KL telah bertapak di sini dan baru 3 bulan memulakan perniagaannya. Apa yang menarik tentang WOW KL ialah dari slogannya iaitu Diner, Arts & Show. Jom KP bawa anda semua untuk sama-sama explore .

WOW KL

WOW KL bukan setakat menyajikan restoran tetapi menyediakan persembahan kebudayaan dari pelbagai bangsa sewaktu para tetamu menikmati hidangan makan malam di sini .  Kenapa restoran ini dinamakan WOW KL? Apa yang membuat nama WOW di pilih? Sebenarnya WOW diambil kerana bunyinya sama seperti Wau Bulan . Wau Bulan adalah adik beradik kepada layang-layang cumanya ia mempunyai bentuk tersendiri dan biasanya di terbangkan oleh mereka yang gagah perkasa iaitu lelaki. Ini adalah yang dikongsi oleh En. Ezriq Sajad, selaku Pengarah Jualan, WOW . WOW KL  terletak bersebelahan dengan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

WOW KL Terbahagi kepada 4 segment dimana Sports Bistro, Artis Restaurant, Streetfood Square dan Seafood Place. Buat masa ini, hanya Sports Bistro dan Artis Restaurant beroperasi, manakala Streetfood Square dan Seafood Place masih dalam proses pembangunan.

Sports Bistro

Sports Bistro adalah kawasan pertama yang anda akan jumpa setibanya di sini. Ruang yang terbuka dan mempunyai satu bar untuk penyediaan minuman. Terdapat 3 panel TV LCD yang menanyangkan siaran sukan berlainan. Pada anda yang menggemar sukan bolehlah ke sini dimana anda dapat menikmati sambil melayari sukan bersama rakan- rakan yang baru.

Artis Restaurant adalah dewan utama yang mempunyai kawasan yang luas dan sebuah pentas. Amat sesuai untuk diadakan majlis makan malam atau perasmian product oleh badan-badan korporat. Antara hidangan yang ditawarkan adalah dari hidangan antarabangsa mahupun tempatan . Makan malam di WOW KL bermula dari jam 630petang hingga 10 malam setiap hari tanpa cuti. Hidangan yang ditawarkan adalah hidangan buffet dari pelbagai sajian. Jom usha hidangan yang ada .

Antara menu yang ada seperti salad dan pembuka selera, condiment dan dressing,

Makanan Middle East

antara hidangan lain yang ada

Spaghetti

Lamb 

Fish with tartar sauce

Satay ayam dan satay daging .. favourite ok 

Pecal pun ada . nie yang complete siap ngan tempe, kentang, telur dan semua sayuran

Dessert dan pemanis mulut

Pelbagai kek

Pau sedap di makan panas panas

Kuih tradisional pun ada .. yang sedap cucur badak

Chocolate cake pun ada buat peminat cake

Buah-buahan wajib ada seperti betik

jambu batu

Nenas

Epal

Oren

Asyik makan ajer kan .. sebenarnya ada lagi yang menarik di sini. Waktu anda menikmati hidangan di sini anda bakal di sajikan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai bangsa. Antara yang sempat KP rakamkan sewaktu KP berada di sini
Tarian India

Tarian Portuguese
Tarian dari Melaka

Tarian dari Sabah & Sarawak
Kaum Bajau, Kadazan, Sumazau, adalah diantara kaum yang menetap di Sabah & Sarawak,ada juga di persembahkan tarian mereka buat para tetamu yang hadir. Terubat rasa rindu kerana sapa yang tidak kenal dengan tarian mereka yang lain dari yang lain

Majlis Persandingan Melayu
Majlis persandingan olok-olok juga di persembahkan buat para tetamu yang hadir kerana yang hadir bukanlah tempatan tetapi juga dari luar negeri. Sedikit sebanyak mempelajari dan memberitahu bagaimana persandingan dilakukan . Siap aksi merenjis bunga mawar diberikan peluang pada yang hadir dan bakal membawa pulang bunga telur selepas itu sebagai tanda terima kasih

Joget Lambak
joget atau tarian ini biasa ditari selepas persandingan buat kaum Melayu . Salah satu cara untuk mengajak ahli keluarga, sanak saudara dan rakan rakan untuk turut bergembira setelah persandingan selesai

Harga untuk makan malam ini adalah seperti berikut:

RM110 nett per pax (Dewasa)
RM70 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 tahun)

Bermula dari 1 April 2018, harga baru akan berkuatkuasa seperti berikut:

RM130 nett per pax (Dewasa) – Bukan Warganegara
RM95 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 years) – Bukan Warganegara
RM115 nett per pax (Dewasa) – Warganegara
RM80 nett per pax (Kanak-kanak 6 – 12 years) – Warganegara

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +603 2161 0122 atau emel kepada book@wowkl.my

Anda juga boleh mengikut perkembangan dan promosi WOW KL! di media sosial mereka:

Facebook WOW KL : www.facebook.com/wowkl

Instagram WOW KL : www.instagram.com/wowsomekl

Twitter WOW KL : twitter.com/wowkl