EVENT

SJ Echo Rai Karnival Tahun Baru Cina 2016 Bersama Komuniti & Mydin USJ

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tanglung merah di gubah indah

Berdentum alunan ggendang Cina

Rona letupan mercun menyerlah,

Menggamit suasana meria di Karnival Tahun Baru Cina 2016

Karnival Tahun Baru Cina 2016

Mydin Mall USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ Echo iaitu akhbar tempatan komuniti Subang Jaya untuk menjayakan Karnival Tahun Baru Cina 2016. Tanpa mengira bangsa, agama dan usia masing-masing berkumpul untuk meraikan sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2016 di Mydin Mall USJ seawal jam 6 petang lagi. Majlis komuniti yang berasaskan sambutan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati, bertolak-ansur dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk. Menurut zodiak Cina, tahun 2016 merupakan tahun monyet, iaitu tahun ke 9 dalam kalendar Cina yan membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas. Pastinya sambutan kali ini membawa 1,001 kemeriahan, keriangan, dan kenangan dalam kalangan 500 tetamu yang hadir

Mercun bunga api 

Karnival Tahun Baru Cina 2016 Karnival Tahun Baru Cina 2016 Karnival Tahun Baru Cina 2016

 

 

Karnival Tahun Baru Cina ini merupakan acara tahunan di Mydin Mall USJ dan dianggap sebagai satu tradisi. MYDIN bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan sentiasa berusaha untuk menjayakan dan meraikan hari-hari perayaan besar seperti Tahun Baru Cina ini dengan tujuan untuk menghimpunkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk berkongsi perayaan. Saya sangat memandang tinggi dan menghargai usaha sebegini kerana secara tidak langsung kita mampu menyemai nilai-nilai murni seperti mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan perasaan saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia” kata Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed

Yee Sang

Karnival Tahun Baru Cina 2016 Karnival Tahun Baru Cina 2016

Kali ini Karnival Tahun Baru Cina 2016 diserikan dengan kehadiran YBhg, Dato’Nor Hisham Bin Ahmad Dahlan, Yang diPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya , Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Ketua Bomba & Penyelamat Subang Jaya dan tetamu jemputan yang lain dairpada Pihak Berkuasa Tempatan. Disempurnakan dengan gimik perasmian acara menggaul Yee Sang oleh para tetamu kehormat.

 Karnival Tahun Baru Cina 2016Yee Sang melambangkan simbol kemewahan, penyatuan, kemurahan rezeki dan mampu melanjutkan usia seseorang dalam tahun tersebut. Seramai 20 orang penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia Sungai Way Petaling Jaya, juga di jemput khas untuk bersama-sama meraikan karnival ini. Selain daripada sama-sama menikmati hidangan, warga emas juga diberikan angpow, dan goodies bag sumbangan MYDIN untuk menceriakan sambutan Tahun Baru Cina ini.

 Karnival Tahun Baru Cina 2016

Tarian Singa

Karnival Tahun Baru Cina 2016 Karnival Tahun Baru Cina 2016

 

Untuk memeriahkan lagi Karnival Tahun Baru Cina 2016, aktiviti seperti cabutan bertuah, aktiviti menggaul Yee Sang, persembahan nanga akrobatik , tarian kebudayaan Cina, wusyu dan gendang Cina dipratontonkan. Semua pemegang kad Meriah Mydin layak untuk menyertai cabitan baertuah karnival ini dengan pembelian minimum RM 188 dalam satu resit bermula dari 13 Februari hingga 20 Februari 2016. Para pengunjung yang hadir juga disajikan dengan pelbagai hidangan makanan seperti nasi ayam, nasi goreng cina, bihun goreng singapura, kue tiau goreng, dim sum , bubur kacang , pastri dan banyak lagi di 14 gerai yang ada secara PERCUMA

 Karnival Tahun Baru Cina 2016 Karnival Tahun Baru Cina 2016

 

Meriahnya malam ini di Karnival Tahun Baru Cina 2016 di Mydin Mall USJ. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Untuk maklumat lanjut

Facebook Mydin :
Website:
Instagram

#kitepunye #kitepunyedotcom #mydin #mydinmallusj #karnivaltahunbarucina2016