EVENT

Siri Jelajah SifuFBAds 2017 Buat Para Peniaga Online ….

oleh

Assalamualakum dan Salam Sejahtera

SifuFBAds 2017 buat para peniaga online telah bermula semenjak Februari lagi . Ianya buat mereka yang ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang betapa bagusnya menggunakan konsep iklan di dalam Facebook. Seperti trend dimana ramai diantara kita menggemar menggunakan Facebook sebagai salah satu medium untuk menjual barangan online.

Alhamdulilah, bila di beri peluang untuk turut bersama dengan rakan-rakan media yang lain di Press Conference Siri Jelajah SifuFBAds 2017. Pasukan SifuFBAds Sdn Bhd telah dimulakan pada tahun 2015 dan masih kekal diatas hingga sekarang,.

Bagi yang belum memahami atau mengenali tentang SifuFBAds, ianya adalah seperti platform untuk memberi panduan, ajaran mahupun cara-cara untuk menggunakan platform Facebook sebagai medium pengiklanan. Ini kerana menggunakan platform Facebook insyallah dapat membantu para peniaga online dari segi pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu. Ini juga merupakan antara medium yang dapat membantu para usahawan untuk berjaya dengan lebih dalam penjualan. 

Tentang SifuFBads Sdn Bhd

Sifufbads Sdn Bhd yang diasaskan oleh Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagi Sifu Jamal merupakan sebuah syarikat penyedia latihan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan khususnya dalam bidang pemasaran online yang menggunakan platform “Facebook”. Mula bergerak aktif secara online, Sifufbads telah banyak beke asama dengan syarikat korporat, sektor swasta, kerajaan dan juga badan-badan berkanun sebagai penyedia latihan untuk pemasaran secara online.

Misi SifuFBads adalah melahirkan jurulatih berkelayakan untuk ditempatkan di seluruh Asia Tenggara di samping menyediakan modul-modul pembelajaran yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa, diuji berkesan dan mudah difahami.line mereka.
Sehubungan ltu, Sifufbads juga telah menghasilkan buku “7 Steps FB Ads For Business Owner” sebagai satu usaha bagi membantu para usahawan dalam memahami apa itu perniagaan online secara ringkas dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan online melalui 7 langkah mudah.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon,

“Pelbagai peluang muncul di dalam bisnes internet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi sekarang. Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan.

“Alhamdulillah, setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi. Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet”
Sambungnya lagi,
“Siri Jelajah FBads 2017 antara usaha kami untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada_seramai mungkin mereka yang berada .di luar Kuala Lumpur seperti mana di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu.
“Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sambutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas,

Lokasi Siri Jelajah SifuFBAds

Siri Jelajah SifuFBAds 2017 bakal dimulakan di lokasi seperti

  • Pulau Pinang – 22 April
  • Kuala Lumpur – 29 April
  • Shah Alam – 6 Mei

Bagi lokasi seperti Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh tarikh akan di beritahu kelak kerana belum mendapat tarikh tetap

Setiap peserta akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk 7 Steps FB Ads For Business Owner yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads. Buku ini akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step.
Siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaat untuk mengembangkan bisnes mereka. Pendedahan oleh pasukan SifuFBads ini adalah antara cabang ilmu terbaik untuk para usahawan.
Jangan lupa tarikhkan di kalendar anda ye !!!