EVENT SUKAN

Shopee & Bola Bergabung Demi Sukan Terbesar Sedunia

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Shopee & Bola Bergabung Demi Sukan Terbesar Sedunia|Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini dilanda demam bola – sukan terbesar sedunia! Dengan kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan Shopee Piala FA Malaysia yang amat dinanti-nantikan, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA. Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee dimana Shopee & Bola Bergabung
Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama. Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini sewaktu Shopee & Bola Bergabung
“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia. Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami. Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa kami. Semasa kami mengambil keputusan untuk menjalinkan usahasama dengan Malaysia Football League, hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia – dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami,”
Walau bagaimanapun, selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Sebab itu Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola. Dalam usaha tersebut, kami menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan arena bola sepak tempatan dan melancarkan Kempen Demam Bola untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan padu dan sebagai satu penghormatan kepada pasukan tempatan. Kami menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat bola sepak. Dengan ini pasti pengguna kami akan terus berasa teruja.”
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.
Sepanjang tempoh Shopee & Bola Bergabung, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis tontonan sendiri di rumah juga boleh mendapatkan kelengkapan rumah berkaitan seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi.
Shopee akan meneruskan promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi, babak dramatik dan kontroversi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari