EVENT SUKAN

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga Anjuran Blooggers Media

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apabila di beritahu yang Blooggers Media ada membuat Sharing Smile bersama Mamee di Bukit Broga, tanpa melengahkan masa terus sahaja KP bersetuju untuk turut sama membantu pada 21 May 2016. Seawal jam 430 pagi lagi KP dan anak-anak bersiap dengan pakaian sukan untuk mendaki dan menawan Bukit Broga. Elok sahaja menaiki kereta hujan turun dengan lebatnya. Sepanjang perjalanan ke sana KP telah di bantu oleh Waze kerana inilah kali pertama KP bakal ke Bukit Broga yang katanya terletak di SemenyihSharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Alhamdulilah, walaupun dalam perjalanan ada ketika tempat-tempat tertentu masih lagi hujan gerimis, hujan lebat dan tidak hujan, ini tidak mematahkan semangat kami anak beranak untuk tidak ke Bukit Broga, Perjalanan di tempuhi akhirnya sampai dalam 5.45pagi. Jika sampai awal bolehlah parking di luar di mana perlu membayar RM 3.00 sekali masuk. Jika terlewat parking di tepi jalan sahaja ye.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Sementara menunggu En Jocko sampai, KP dapati ramai juga yang mendaki Bukit Broga pada pagi itu.. Mungkin juga kerana cuti umum sempena Hari Wesak ataupun memang selalu ramai disini. Ada juga pelajar sekolah, pelajar kolej , keluarga bersama anak kecil yang bersemangat untuk mendaki. Kelihatan juga ada yang sedang membaca doa mahupun mengaminkan doa. Ada juga yang sedang memastikan yang pakaian atau alatan yang di bawa adalah di tahap yang baik, Oh ya . !! Jangan risau ada tandas di sini jika perlu sebelum mendaki tetapi anda di kenakan RM 1.00  seorang.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Mamee diberikan kepada pendaki-pendaki Bukit Broga sesampainya tuan punya Blooggers Media iaitu En Jocko. Tak kisah yang tua , muda, dewasa mahupun anak kecil di beri barangan Mamee seperti Mamee Monster, Mister Potato, air tin Cool Tea, mahupun Mamee Chef Lontong.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Pada 100 yang terawal dapat pula t-shirt berwarna ungu anjuran Neffos. Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Sedikit informasi tentang Bukit Broga & Sharing Smile 

”Sharing Smiles with Mamee” menjadi isu terhangat di Bukit Broga. Dengarnya seawal jam 4.00 pagi lagi, kaki Bukit Broga di hadiri dengan pelbagai kaum,dewasa mahupun kanak-kanak yang bersedia untuk menawan bukit yang paling popular di sekitar Selangor.  sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Walaupun di awal pagi hujan termasuk di Bukit Broga, ianya tidak menjadikan alasan untuk tidak mendaki bagi para pendaki. Ini kerana satu pengalaman yang tidak dapat di jual beli apabila berada di sini iaitu menikmati pemandangan matahari terbit di puncak Bukit Broga. Bukan itu sahaja, cuaca yang agak sejuk dan berkabus serta pemandangan yang cantik menjadikan puncak Broga ini semakin menjadi tumpuan ramai.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Sedikit berbeza kali ini kerana pendaki -pendaki di kejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di puncak Broga.

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga
“Projek Smiles ini adalah inisiatif Blooggers Media bersama beberapa penaja utama termasuk Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel untuk berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Mamee kali ini menyumbangkan 10 karton snek terbaik mereka untuk diagihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai di punca Bukit Broga.” kata Rosmadi Shakri, Pengarah Projek Smiles.
Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga
“Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat seperti ini” tambah beliau.
“Saya tidak sangka sambutan hebat seperti ini. Jangkaan kami, kami sekadar berkongsi sedikit dengan semua, tetapi bila sampai di atas puncak, rata-rata gembira dengan makanan percuma yang kami agihkan.” Nik Amree, Projek Smiles.
Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga

Sedikit kata-kata dari para pendaki Bukit Broga 

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga
“Tadi waktu kami sampai di kawasan parkir, mereka sudah berikan makanan dan TShirt percuma kepada kami sekeluarga. Bila sampai di puncak, kami lihat ramai yang beratur untuk mendapatkan lagi makanan. Tak sangka akan ada aktiviti macam ni. Selama saya panjat Broga, ini kali pertama saya lihat aktiviti agihan makanan percuma seperti ini. Syabas kepada Projek Smiles, Mamee dan Neffos.” En Shaiful Amin, Kajang
Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga
Semestinya ini adalah pengalaman yang lain dari yang lain buat KP dan juga family KP di mana anak-anak pun turut membantu memberi barangan Mamee sempena projek Sharing Smile with Mamee di Bukit Broga kali ini. Andai kata ada lagi event atau jemputan seperti ini semestinya KP akan turut serta. Apapun terima kasih buat Mamee dan juga Blooggers Media untuk jemputan kali ini
Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga
Layari :

#kitepunye #kitepunyedotcom #blogger#bloggerhiking #projeksmiles #neffosmy #mamee#blooggersmedia