EVENT PRODUCT

Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi  |Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan kulit anda terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun rakan sekerja. Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin tinggilah juga kasih yang di sebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari dalam diri.Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi

SAFI- rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.

Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.

Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap. Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika- kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana.Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi

Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih.

2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi anda yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii!Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi

Ramuan terbaik SAFI SHOWER dipilih dengan teliti agar anda dapat menikmati masa mandi umpama menyedut segelas mocktail yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan!

Serai Lime Splash:Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi
Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!

Passion Honey Frost:Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi
Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi.

Kokonut Shake:Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi
Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!

Berry Smoothies:Safi Shower Bakal Memberikan Kesegaran Dari Bilik Mandi
Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin!

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko isian semula). Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI Shower terus ke pintu depan anda dari

Website Shopee: https://shopee.com.my/

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY,

Website SAFI : http://safi.com.my/.