EVENT

Ronda-Ronda Kuala Lumpur bersama Hop On KL Night Excursion

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuala Lumpur adalah antara tempat tumpuan pelancong apabila singgah atau bercuti di Malaysia. Bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia dimana kaya dengan makanan, perayaan, kaum. bangsa, adat turun-temurun dan lain-lain lagi. KP berkesempatan untuk mencuba Hop On KL Night Excursion bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain dan juga penuntut dari Canada yang sedang membuat lawatan ke Malaysia. Waaa… bestnya sebab kali ini bolehlah KP feeling macam seorang pelancong untuk hari ini sambil menikmati pakej Hop On KL Night Excursion

Sedikit informasi tentang Bas Hop On Hop Off  & Hop On KL Night Excursion

Pernahkah anda mendengar tentang bas Hop On Hop Off atau lebih dikenali dengan HOHO? Bas HOHO ini menyediakan pelbagai pakej dimana ianya melibatkan beberapa lokasi samada ada didalam KL atau Kuala Selangor(kelip-kelip). HOHO cuma ada 2 lokasi sahaja iaitu Kuala Lumpur dan Penang sahaja buat masa ini.   Ianya adalah salah satu pengangkutan yang membawa pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara ke beberapa tempat yang menjadi tumpuan para pelancong sekitar Kuala Lumpur buat pakej Hop On KL Night Excursion. Bas Hop On Hop Off ini adalah bas 2 tingkat. Bas Hop On Hop Off mempunyai dua tingkat di mana di bahagian bawah adalah penghawa dingin.

Hop On KL Night Excursion

Di bahagian atas pula terbahagi kepada 2 iaitu bahagian penghawa dingin dan bahagian terbuka. Andai kata duduk di bahagian terbuka anda dapat menikmati suasana angin petang dan apabila malam menjelang suasana Kuala Lumpur yang penuh dengan bercahaya. credit picture : isaac tanHop On KL Night Excursion

Sebelum memulakan perjalanan, KP dan rakan lain berkumpul di Malaysia Tourism Center (MATIC). MATIC terletak di Jalan Ampang bersebelahan dengan Saloma Bistro menyediakan informasi tentang Kuala Lumpur untuk para peloncong dari luar negara mahupun dalam negeri. Di sini juga anda boleh mendapatkan tiket untuk pakej HOHO ataupun Hop On KL Night Excursion mahupun pakej lain yang di tawarkan buat semua. Pakej yang KP cuba kali ini ialah Hop On KL Night Excursion

Hop On KL Night Excursion

Pakej Hop On KL Night Excursion akan bermula dari jam 4 petang hingga 930 malam. Ianya akan bermula dari MATIC Jalan Ampang dan kembali pun ditempat yang sama. Kawasan yang bakal di lawati melalui pakej Hop On KL Night Excursion ialah Kuala Lumpur City Gallery, Masjid Wilayah Persekutan, Batu Caves, Flavours of Malaysia (untuk makan malam & persembahan) dan juga Observation Deck di Menara Kuala Lumpur. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kawasan yang di lawati ini jom sambung baca;

Hop On KL Night Excursion

Bas HOHO untuk Hop On KL Night Excursion akan membuat perhentian pertamanya di Kuala Lumpur City Gallery. Bas akan berhenti di Dataran Merdeka. Pada yang tidak tahu Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan berhadapan dengan Dataran Merdekan dan ianya juga menjadi tempat sambutan ambang merdeka setiap tahun

Hop On KL Night Excursion

Kuala Lumpur City Gallery

Kalau anda nampak logo ini bermaksud anda memang berada di Kuala Lumpur. Nampak sangatkan I Love KL kat situkan? Oh ye, jika berada di sini bermaksud Kuala Lumpur City Gallery bersebelahan sahaja dengan ikon ini. Apa yang menarik di Kuala Lumpur City Gallery, jom KP kongsikan bersama

Hop On KL Night Excursion

Inilah bangunan Kuala Lumpur City Gallery yang megah berdiri berhadapan dengan Dataran Merdeka. KP puji dengan seni bina bangunan yang penuh dengan keunikan. Bangunan ini telah dibina pada 1899 dan menjadi pejabat percetakan media yang di gunakan sewaktu zaman penjajahan British. Kerana ingin mengekalkan sejarah bangunan ini ianya bertukar menjadi Kuala Lumpur City Gallery.

Hop On KL Night Excursion

Di dalam Kuala Lumpur City Gallery, pelbagai sejarah didalam Kuala Lumpur dikongsikan bersama para pengunjung. Antaranya ialah, sejarah Dataran Merdeka.

Hop On KL Night Excursion

Sungai Klang dan Sungai Gombak

Hop On KL Night Excursion

Tentang penubuhan Masjid Jamek dimana ianya dibina pada tahun 1909 oleh A.B Hubback. Ianya adalah masjid pertama yang menggunakan batu pada masa itu di bandar Kuala Lumpur. Insipirasi pembinaan dari senibina Moghul di mana ianya mempunyai 3 kubah Moghul sebagai dekorasi

Hop On KL Night Excursion

Masjid Wilayah Persekutan

Selesai di Kuala Lumpur City Gallery, kami bergerak ke Masjid Wilayah Persekutuan. Masjid Wilayah Persekutuan kami cuma berhenti untuk mengambil gambar dari luar sahaja kerana menghormati sewaktu itu ada aktiviti keagamaan sedang berlaku. Tidak mematahkan semangat kami untuk bergambar

Hop On KL Night Excursion Hop On KL Night Excursion

Candid yang sempat diambil. Oh ya sewaktu sedang bergambar hujan mulai gerimis. Jadi KP dan rakan perlu bergerak ke lokasi yang lain dan moga perjalanan yang dilalui bakal lancar. Kemanakah lokasi kali ini? Kalau tadi melihat keindahan kubah-kubah di reka, lokasi kali ini sedikit berlainan di mana ianya mengambil masa dalam 40min iaitu 13km dari Kuala Lumpur untuk sampai ke sini.

Hop On KL Night Excursion

Batu Caves

Ya inilah tempat yang KP katakan tadi . Ianya adalah 13km dari bandar Kuala Lumpur. Batu Cave adalah salah satu tempat tarikan pelancong apabila ke Malaysia. Biasanya tempat ini akan penuh seperti Thaipusam mahupun Hari Wesak.

X Hop On KL Night Excursion

Pintu masuk Batu Caves – Credit pic : Isaac Tan

X Hop On KL Night Excursion

Antara kuil yang ada didalam Batu Caves jika anda sampai ke atas. credit pic : isaac tan

X Hop On KL Night Excursion

Tahukah anda tangga dari bawah hingga ke atas adalah 272 anak tangga. Percaya ke tak anda perlulah percaya. !!! Cuma satu nasihat buat KP sewaktu anda menaiki tangga hingga ke atas awas langkah dan barangan kerana ada monyet-monyet yang comel mungkin berminat dengan barangan anda. Jadi jaga-jaga yeX Hop On KL Night Excursion

Ok, penat pun sudah, malam menjelma. Ke manakah lokasi seterusnya? Makan malam di mana? Apakah menunya? Pada yang mengambil pakej Hop On KL Night Excursion, makan malam akan disediakan dan lokasinya adalah di Flavour of Malaysia

Flavour Of Malaysia (Makan Malam dan Persembahan)

Hop On KL Night Excursion

Wayang kulit ada juga di sini untuk para pengunjung mencubaHop On KL Night ExcursionAntara makanan yang dihidangkan ialah satay ayam & daging, bubur kacang, dan yang paling WIN – nasi lemak Hop On KL Night ExcursionSiap dengan bahan sampingan seperti telur dan timunHop On KL Night ExcursionKacang dan ikan bilis mana boleh lupa Hop On KL Night ExcursionSambal untuk pelengkap hidangan. Hop On KL Night ExcursionBihun goreng buat mereka yang vegetarianHop On KL Night ExcursionPersembahan semangat dari kaum Orang Asli memberi peluang untuk para pelancong mengenali dengan lebih dekat lagi kaum mereka. Para hadirin diajak sama menari tarian mereka X Hop On KL Night ExcursionArtis kecil dan comel ini juga mengambil bahagian dalam bermain alat muzik tradisi orang asliX Hop On KL Night Excursion

Makan pun dah sudah, persembahan pun dah tamat. Masih ada lagi satu tempat yang belum di lawati sebelum semua beransur pulang.

Observation Deck Menara Kuala Lumpur

Observation Deck adalah termasuk sekali dengan pakej Hop On KL Night Excursion sewaktu membuat bayaran. Tiada bayaran extra akan dikenakan. Ini juga antara tempat menarik untuk bergambar. KL Tower Malaysia antara tempat tumpuan pelancong unuk melihat pemandangan seluruh Kuala Lumpur. Ianya dibina pada 1 March 1995 dan setinggi 1379 meter. Hop On KL Night Excursion

Pemandangan yang sempat di rakam sewaktu didalam bas ditingkat atas. Sewaktu KP sampai disini, terasa nyaman, sejuk dan angin yang ala -ala sepoi bahasa meniup di tepi telinga. Mana taknya tinggi kan Menara KL. Hop On KL Night ExcursionShot dekat yang KP sempat rakamkan. Setiap gambar yang diambil ini sewaktu bas sedang bergerak dari bawah hinggalah sampai ke parking di atas. Jika ingin berjalan hingga ke atas mungkin agak penat juga. Kuala Lumpur Skyline View @ 276m adalah pemandangan dari Observation Deck yang bakal di lihat dari atas. Jika ingin melihat bandar Kuala Lumpur, datanglah ke Observation Deck Menara KL terutama sekali waktu malam pastinya berbaloi. Bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan lampu dan bercahaya membuatkan ia menarik terutama sekali jika dirakamkan dan dibuat kenang-kenanganHop On KL Night Excursion

Setiap cerita pasti ada penghujungnya begitulah juga dengan perjalanan Hop On KL Night Excursion kali ini. Menara KL adalah tempat terakhir yang disinggah sebelum masing-masing beransur pulang. Tidak semestinya pakej ini hanya di beli oleh pelancong luar negara tetapi KP syorkan juga pelancong dalam negeri. Ini juga adalah antara lokasi untuk lawatan sambil belajar . Menjadi pelancong untuk satu hari mengelingi bandar Kuala Lumpur pastinya tidak rugi kerana dalam sambil menyelam minum air.

Sampai di sini sahaja yang KP sempat kongsikan. Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang tempat yang KP lawati, layari

Website Hop On Hop Off KL Bus
Website Kuala Lumpur City Gallery
Website Masjid Wilayah Persekutuan
Website Menara KL

#kitepunye #kitepunyedotcom #hoponhopoffkl