EVENT SUKAN

PUMA Night Run 2016 , Dah Daftar Ke Belum ? 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar …..

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

The PUMA Night Run tinggal lagi dua bulan sahaja dan sudah lebih dari 8,500 peserta yang berdaftar setakat ini. Ianya bakal berlangsung pada 20 August 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah ALam. Jika anda masih belum membuat keputusan untuk mendaftar atau tidak, ini ingin KP sharekan 5 sebab kenapa anda perlu register dan berada di sana

The PUMA Night Run 2016
  • Larian di waktu malam menyegarkan dan nyaman

Ini adalah alasan untuk anda tidak perlu risau berjalan atau berlari di bawah matahari terik panas kerana larian ini akan diadakan pada waktu malam. Ini adalah kali pertama PUMA Night Run bakal  diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Pastinya ianya pengalaman yang menarik kerana berjalan melalui jalan-jalan di Shah Alam. Semestinya berlari di waktu malam bakal menyegarkan kerana udara malam yang sejuk dan nyaman.

  • Muka yang biasa kelihatan dalam acara larian

Kami di pihak PUMA mencabar anda yang terlibat dalam larian untuk “spot paling ramai selebriti di Night Run tahun ini!, bukan sahaja selebriti tempatan tetapi juga PUMA friend yang bakal menyertai larian di malam itu nanti. Berjalan dan berlari bersama kawan-kawan adalah satu perkara yang menyeronokkan untuk di lakukan. Inginkan maklumat lanjut jangan lupa layari Laman Facebook PUMA Night Run 2016 untuk informasi terkini .

  • Aktiviti yang menyeronokkan di PUMA Village

    The PUMA Night Run 2016

The Night Run bakal memberikan keseronokan buat semua tidak kira anda adalah pelari yangt terhebat atau tidak. Ini kerana PUMA Village bakal meyajikan dan mengadakan pelbagai permainan yang menarik dan penuh dengan cabaran . Anda juga bakal menndapat peluang untuk ‘menyalakan’ pelari dalam diri anda dengan percubaan eksklusif tidak lama lagi- iaitu “PUMA Ignite Dual!”

  • Jom berparti selepas The PUMA Night Run

    The PUMA Night Run 2016

Selepas penat berlari di The PUMA Night Run, apa kata jom berparti bersama Phat Fabes and the fabulous Melissa Th’ng yang bakal menghangatkan malam itu nanti. Malaysia’s Top Pop Punk band, An Honest Mistake bakal beraksi juga malam itu nanti di mana bakal meloretkan kenangan terindah untuk anda semuaThe PUMA Night Run 2016

  • Berakhir The PUMA Night Run dengan bunga api

Siapa yang tidak suka dengan bunga api? The PUMA Night Run bakal memberikan pengakhiran malam yang paling best dengan beberapa pertunjukan bunga api yang cemerlang! Paling epik ialah anda berjalan di waktu malam sambil menikmati kehebatan bunga api di langit . Semestinya moment yang terindah untuk dikecapi dan dikongsi bersama.

The PUMA Night Run 2016

Amacam cukup tak  5 sebab kenapa anda perlu mendaftar The PUMA Night Run. Ini adalah peluang terakhir anda untuk sama-sama turut serta. Pendaftaran bakal berakhir pada hujung bulan Jun 2016

Pendaftaran boleh di buat di Website The PUMA Night Run

Untuk maklumat lanjut dan terkini di Facebook The PUMA Night Run

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #pumanightrun2016 #PUMAnightrun