EVENT

Program ReNew+ Untuk Telefon Pintar dari CompAsia Melalui Maybank EzyPay

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program ReNew+ untuk pengguna telefon pintar elah di perkenalkan oleh ComputerAsia Sdn Bhd (iaitu CompAsia) melalui Maybank EzyPay. Dengan program ReNew+ ini, ianya dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna menjual-beli telefon pintar mereka di negara seperti Malaysia, Singapura mahupun Filipina.. Program ReNew+ juga merupakan satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru.

Sedikit informasi tetang CompAsia 

Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay

CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaikpulih peralatan elektronikdi rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian, CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia.

Program ReNew+

Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay

 

Kemunculan ReNew+ , membolehkan telefon pintar baru semakin mampu dibeli oleh pengguna pada setiap tahun. Semestinya program naik taraf (upgrade) ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama buat pembeli di Malaysia yang cuma perlu membayar harga bulanan yang rendah  untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru. Selain itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka in selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan. Pembeli hanya dikehendaki membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini.

Pembayaran Melalui Maybank EzyPay

Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay

Program ReNew+ berkerjasama bersama Maybank EzyPay, dimana pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak dan membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka. Melalui online sahaja pilih handphone yang diingini untul membeli- pilih kedai atau lokasi dan kemudian bayar . Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak.

“Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain,” ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia.

Lim turut mengumumkan, “ReNew+ yang dianjurkan oleh CompAsia ini akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa pada awal tahun ini khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain.”

Antara 6 sebab mengapa anda perlu mencuba program ReNew+ ialah

Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • Telefon baru setiap tahunComp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • Bayaran bulanan yang rendahComp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • Tiada yuran  untuk ‘upgrade’Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • 1 tahun percuma ‘Phone Guard’Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • ‘Brand Independent”Comp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay
  • “Network tersendiri” dimana program ‘ReNew+ adalah untuk telefon sahaja tiada talianComp Asia Memperkenalkan Program ‘ReNew+ Untuk Telefon Pintar Melalui Maybank EzyPay

Ini adalah diantara sebab KP rekomenkan anda untuk mencuba program ReNew+ ini. Tiada kontrak seperti operator diluar jika anda membeli telefon pintar anda. Oleh kerana KP menggunakan telefon android buat masa ini ,kenalah sabar menunggu program dari CompAsia untuk pengguna seperti KP . Untuk anda yang menggunakan iphone apa kata cuba- cuba riki, mana tahu berkenan . Maklumat lanjut layari

Website CompAsia