EVENT

Pesta Makan-Makan Kimball Pertama Kali di Malaysia, Rugi Tak Datang…

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kimball sebagai jenama sos seisi keluarga yang terkenal lebih 40 tahun di Malaysia telah menganjurkan Pesta Makan-makan Kimball yang pertama kali di Malaysia. Ianya diadakan ala-ala gaya piknik di taman selama sehari. Acara ini nyata mecetuskan “tambah lebih drama” ke atas senarai makanan yang lazat buat para penggemar makanan ,keluarga dan peminat setia Kimball di Setia City Park, Shah Alam. Pelbagai lazat Kimball-icious ketika Pesta Makan-Makan Kimball sempena debur pertamanya yang penuh dramatik

Pesta Makan-Makan Kimball

 

Seawal jam 9 pagi lagi kelihatan ramai pengunjung yang tiba untuk turut sama memberi sokongan pada Pesta Makan-Malan Kimball. Sewaktu sampai kami perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk 500 pengunjung yang terawal baucar kupon makanan diberi secara percuma. dan selepas jumlah itu ke semua hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM1, di samping itu, memberi peluang kepada semua pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan yang lazat.

Terdapat 12 jenis hidangan yang diberi nama menarik seperti ‘Mi Ja-Wow’, ‘Spageti Bolognese Meletuppp’ dan banyak lagi yang telah habis dengan cepat disebabkan oleh kelazatannya. Antara gerai-gerai makanan yang ada sewaktu di Pesta Makan-Makan Kimball

Gerai-gerai yang ada

Piza Hawaii-Yum

Pesta Makan-Makan Kimball Nasi Padprik Awe Donde & Nasi Spicy MerahPesta Makan-Makan Kimball Spageti Bolognese MeletuppPesta Makan-Makan Kimball Kebab Daging Kimball-iciousPesta Makan-Makan Kimball Salad Spiral OomphPesta Makan-Makan Kimball Mi Ja-WowPesta Makan-Makan Kimball Laksa Masam-Masam manisPesta Makan-Makan Kimball

Semua hidangan yang ditampilkan adalah hasilan sepasukan chef khas bagi Kimball, yang telah menonjolkan aplikasi kreatif produk-produk Kimball di dalam masakan yang boleh membangkitkan rasa dramatik pada harga yang amat berpatutan. Pada masa sama, Pesta Makan-Makan itu juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung bagi meluangkan masa berharga bersama-sama.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen Kimball Malaysia yang bertema ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk tahun 2016. ‘Tambah Drama’ bertujuan untuk memberikan rasa dramatik, walaupun pada hidangan yang paling ringkas melalui penggunaan produk Kimball, tanpa perlu memecahkan bajet anda.

Terdapat enam zon yang mengujakan di Pesta Makan-Makan iaitu ‘Tambah Selera’ dan ‘Tambah Segar’ untuk makanan dan minuman, ‘Tambah Ceria’ dan ‘Tambah Drama’ untuk permainan atau aktiviti, ‘Tambah Relaks’ untuk bersantai dan berpiknik serta ‘Tambah Rasa’ untuk tawaran istimewa ke atas pelbagai produk Kimball. Terbukti bahawa hari yang menyeronokkan tersebut menjadi hiburan para pengunjung, sama ada yang tua ataupun muda.

Antara aktiviti yang diadakan untuk para pengunjung
Pesta Makan-Makan Kimball Pesta Makan-Makan Kimball Pesta Makan-Makan Kimball

Turut disaksikan, beberapa selebriti seperti DJ Haniff, DJ Ray dari ERA fm dan hos Azura Zainal turut membuat penampilan istimewa.

Pesta Makan-Makan Kimball

Ketika memperkenalkan acara ini, Pengurus Besar Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Paul Serra mengakui bahawa rakyat Malaysia berhubung melalui makanan.

“Kimball memahami minat rakyat Malaysia terhadap makanan. Sebab itulah selama lebih 40 tahun, produk Kimball telah menjadi jenama kegemaran di kalangan rakyat Malaysia. Ini menjadikan kami salah satu jenama paling dipercayai untuk sos dan pasta!”

Pesta Makan-Makan Kimball

“Melalui acara ini, kami berharap dapat menyatukan komuniti, membawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati hari yang menyenangkan, melalui permainan, aktiviti, dan yang lebih penting lagi untuk rakyat Malaysia, makanan yang lazat! Mereka yang gemar mengunjungi pesta makanan boleh mencuba banyak hidangan enak, mudah dan jimat yang disediakan dengan produk Kimball!” Kata Serra.

Pesta Makan-Makan Kimball

Salah seorang pengunjung festival makanan Pesta Makan-Makan Kimball, Sarah Sabri nyata kagum dengan acara dan kualiti makanan yang disediakan.

“Makanan sini sememangnya sedap. Saya sempat mempelajari beberapa cara baru untuk menggunakan produk-produk Kimball seperti menggunakan dalam masakan tradisional seperti nasi briyani dan laksa, selain dari ditambah kepada masakan moden seperti piza.  Saiz hidangan makanan juga mencukupi. Terdapat juga banyak barangan percuma seperti tikar piknik dan hadiah misteri yang membuatkan acara ini berbaloi untuk dikunjungi. Ini satu persekitaran yang tenang untuk bersantai. Jika ada lagi tahun depan, saya pasti hadir!” kata Sarah.

Pesta Makan-Makan Kimball

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resipi Kimball yang mudah dan murah, anda boleh mengunjungi laman untuk maklumat lanjut mengenai produk Kimball serta bagaimana untuk memaksimumkan rasa menggunakan ramuan mudah, serta menggunakannya untuk penyediaan hidangan pada setiap hari.

Website Kimball
Facebook Kimball

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #kimball #pestamakanmakankimball #pestamakanmakan #tambahdramadalammasakan