EVENT

Perlancaran “Sweet Aiman” dari Aiman Tino

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perlancaran Sweet Aiman dari  Aiman Tino selamat dilancarkan di Restoran Rebung Chef Ismail di Kuala Lumpur baru-baru ini. Alhamdulilah , mendapat sambutan yang hangat dimana “full house” di lokasi pelancaran.

Informasi tentang Aiman Tino

Lagu “Ku Rela di Benci “ adalah nyanyian dari Aiman Tino. Lagu ini telah memberi impak yang besar buat beliau dimana telah menaikkan dan melonjakkan nama beliau sebaris dengan penyanyi popular di zaman ini sekarang. Dapat berpeluang untuk beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 adalah peluang yang terbesar dan terbaik bagi beliau .Aiman Tino, atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri, 18, kini mula  melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain dari “showbiz” yang biasa dilalui dalam rutin hariannya. Fenomena ini mencetuskan ilham kerjasama antara Aiman dan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (“Wonder Glow).

Sweet Aiman 

Aiman sebenarnya sudah mula berjinak dalam bidang perniagaan dimana beliau telah menjual pelbagai cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia. Sambutan yang diterima menggalakkan dan dari sini ianya memberikan idea buat Aiman untuk mengembangkan perniagaannya. Di sinilah timbul idea untuk mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan hasil beliau sendiri yang dinamakan “Sweet Aiman”. Sweet Aiman adalah kerjasama bersama Wonder Glow, dimana beliau dapat menjayakan impian dan cita-citanya. Alhamdulilah, tiga produk yang dipilih telah berada di pasaran iaitu

1) 3D Cream DD mineral Cushion;

2) Candy Cherry Brite ; dan

3) Cherry Brite HD.

Untuk Aiman ini adalah salah satu kepuasan pada dirinya apabila produk ini dikeluarkan dan telah mendapat perhatian di pasaran. Produk ini dihasilkan khas buat para peminat-peminat perempuan terutamanya.

Bagi pihak Wonder Glow, mereka berbesar hati dapat berkerjasama dengan AIman iaitu seorang artis muda yang mempunyai wawasan tinggi selain berbakat. Wonder Glow bertapak di dalam industri kosmetik terutama Malaysia lebih daripada 5 tahun Wonder Glow yakin dan percaya bahawa produk-produk ini akan mendapat tempat di kalangan peminat-peminat Aiman.Pihak Wonder Glow juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia atas tajaan lokasi promosi untuk bertemu peminat seperti berikut:

1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan -23 Mac 2017, 5 petang

2. Mydin City One, Sarawak – 8 April 2017, 3.30 petang

3. Mydin Samariang, Sarawak -29 April 2017, 3.30 petang

Jadi anda semua jangan lupa tau untuk riki-riki produk terbaru “Sweet Aiman” dari Aiman Tino

Website Aiman : http://www.sweetaiman360.com.

Instagram Aiman : https://www.instagram.com/sweetaiman360deg/