EVENT

Chickaboo a.k.a Ostrich di Federal Highway?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pastinya ramai yang melihat video yang di viral atau dikongsikan dimana seekor Chickaboo a.k.a Ostrich telah terlepas di Federal Highway semalam. Percaya ke tak ? Memula tidak percaya tapi bila dilihat berulangkali memang betul ianya adalah ostrich atau lebih di kenali sebagai burung unta.

Mr Darren Chow, 44 selaku tuan punya Chickaboo telah membela dan menjaga ia sejak dari kecil lagi. Umur Chickaboo sekarang baru 6 bulan. Oleh kerana Chickaboo makin lama makin bersar dan perlukan ruangan yang besar untuk berlari dan bermain jadi Mr Darren bersetuju untuk memulangkan balik Chickaboo ke Ostrich Farm semula.

chickaboo

Burung unta ini dikatakan dalam perjalanan ke Ostrich Wonderlands in Semenyih.  dimana selama ini Chickaboo tidak akan keluar dari kereta. Tetapi kali ini tidak tahu kenapa ianya boleh keluar dari kereta. Ianya keluar dari tingkap Toyota Hilux sewaktu perjalanan ke, Ostrich Wonderlands ke Semenyih.
Video Ostrich di Federal Highway

Agak laju juga ianya berlari dari emergency lane hingga ke fast lane. Jika dilihat dari video yang disertakan memang laju sungguh dia berlari .Inilah kali pertama melihat burung unta berlari dimana selama ini mungkin hanya di zoo atau di kaca TV sahaja. Alhamdulilah berkat bantuan dari orang ramai Chickaboo berjaya diselamatkan. Kali ini Chickaboo tidak lagi berlari di Federal Highway tetapi di Ostrich Wonderlands Semenyih.

Pada yang membantu terima kasih di ucapkan kerana masing-masing berkerjasama untuk memastikan keselamatan burung unta ini. Sudahlah ia berlaku lebih kurang jam 3 petang nasib baik masa itu tidak banyak kereta lagi.