EVENT SUKAN

NIVEA EMPOWER RUN 2016 Menyokong “Kempen Memperkasa Wanita”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

NIVEA EMPOWER RUN 2016
Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa wanita, NIVEA Pearl & Beauty menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016 pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi menyokong “Kempen Memperkasa Wanita”. Peserta yang mendaftar diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai baju-T NIVEA Empower Run, sehelai skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson.
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Para peserta digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan
NIVEA EMPOWER RUN 2016

Deodoran NIVEA Pearl & Beauty

Memilih deodoran yang sesuai dengan anda kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin
sepanjang hari.
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. Walaupun berpeluh itu baik dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh di dapati di rak-rak pasar raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorann yang sesuai.
Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi, merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang lebih cerah.an.

NIVEA EMPOWER RUN 2016

NIVEA EMPOWER RUN 2016

 

Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016 di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para
peserta berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron, pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari tersebut!
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Sebelum larian dimulakan, setiap peserta diberikan belon NIVEA yang bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin
dan melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka. Setelah larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir distesen ketiga menerusi Pearl & Beauty Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty.
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Selain daripada activiti yang terdapat di dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball,Treasure Hunt yang memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
NIVEA EMPOWER RUN 2016 “Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil bahagian bagi membantu mereka yangkurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan usaha sendiri ”kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA Empower Run jelas beliau lagi,
NIVEA EMPOWER RUN 2016
“Kempen Memperkasa Wanita sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan
batasan ke atas diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi”.  Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan.
NIVEA EMPOWER RUN 2016
Seronok memang seronok walaupun terpaksa bangun awal pagi tetapi larian seperti ini amat bagus untuk diri sendiri dan kesihatan. Bukan sahaja berlari tetapi dalam masa yang sama menyokong “Kempen Memperkasa Wanita”. Terima kasih atas jemputan untuk turut sama menyertai. Untuk maklumat lanjut layari Website Nivea
#kitepunye #kitepunyedotcom #nivea #niveaempowerrun2016 #niveaempowerrun