EVENT

Nestlé La Cremeria® Memperkenalkan La Cremeria® Classically Mint

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nestlé Ice Cream telah melancarkan produk terbaharunya—La Cremeria® Classically Mint. La Cremeria® Classically Mint adalah aiskrim berperisa pudina yang cipta khas untuk para jelitawan moden yang inginkan waktu bersendirian. Dikatakan Falsafah jenama La Cremeria® mempunyai falsafah dimana individu lebih gemar menikmati aiskrim sewaktu bersendirian kerana detik masa yang diluangkan bersama diri sendiri akan melahirkan perasaan sejahtera dalam diri sendiri.

“Misi kami tertumpu pada para pengguna kami untuk membantu mereka memperoleh detik-detik kecil bagi memanjakan diri sambil mengharungi kehidupan harian mereka. Dengan pemahaman ini, kami telah memperkenalkan perisa baharu yang boleh menyampaikan mesej ini. La Cremeria® Classically Mint pasti akan mengagumi pengalaman deria pengguna. Peminat aiskrim pasti teruja dengan airkrim berperisa pudina ini yang lembut dan berkrim, juga ditaburkan dengan biskut ranggup dan disalut coklat yang memberikan tektur yang memuaskan.
 
Seorang harus mengambil masa untuk menikmati aiskrim yang lazat sebagai satu cara untuk meluangkan waktu bersendirian, walaupun menghadapi cabaran hidup seperti ‘deadlines’ atau kerja rumah. La Cremeria® memperakui wibawa kaum wanita yang mempunyai pelbagai peranan di tempat kerja serta di rumah. Dalam usaha untuk mencapai lebih kejayana dalam kehidupan mereka, kami mengetengahkan bertapa pentingnya memelihara penjagaan diri,”
kata Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream sewaktu perlancaran
Bagi meraikan pelancaran ini, La Cremeria® mempelawa sekumpulan wanita yang berinspirasi bagi mengeratkan para wanita yang sering dilanda kesibukan dalam kehidupan harian. Penyanyi dan pelakon Cheryl Samad, sebagai pengacara pelancaran, telah mengendali perbincangan yang membabitkan pelakon dan personaliti TV Sarah Lian, jurulatih gaya hidup
Sharmini Hensen dan Pengurus Pemasaran Konsumer Aiskrim Nestlé, Farrah Salina Norman mengenai kepentingan penjagaan diri dan manfaat kehidupan sihat dan seimbang di kalangan wanita hari ini.
“La Cremeria® ingin mengingatkan para wanita untuk mengutamakan keadaan mental, emosi dan fizikal mereka. Adalah mustahak untuk wanita meluangkan masa untuk diri sendiri tatkala mengharungi hidup yang sibuk, dalam masa yang sama, dapat mengutamakan empati, kepuasan hidup dan harga diri,”
kata Yit lagi

La Cremeria® Classically Mint

La Cremeria® Classically Mint ialah aiskrim yang disediakan secara khas untuk mengingatkan wanita bahawa ‘The World Can Wait’ — nikmatilah waktu peribadi bersama aiskrim La Cremeria yang enak lagi memuaskan.  Classically Mint adalah perisa terbaru jenama La Cremeria® yang telah wujud di pasaran tiga tahun lepas. Perisa lain termasuk Absolutely Almond dan Heavenly Chocolate. La Cremeria® Classically Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan Mini Multipacks, pada harga runcit yang disyorkan RM3.50 dan RM10.92 masing-masing. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena pelancaran seperti

Membuat Bath Bomb

Bahan-bahannya

Dah siap

Yang ini pula Mint scented candle jar

Mint, kena letak baru nanti dibakar lilinya itu berbau pudina

Layari link di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini dari segi promosi atau produk terkini
Facebook Nestle La Cremeria : https://www.facebook.com/NestleLaCremeria/