Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, Nestlé® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu yang berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS, ia diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat disebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah dikalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.

Informasi tentang BLISS® PLUS

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda. Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

Sedikit pengkosian tentang produk terbaru keluaran BLISS® PLUS dikongsi bersama dengan para tetamu dan pihak media yang hadir memandangkan ada beberapa intipati dan lebih kebaikan jika mengambil minuman ini

 

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. 

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik,”

kata Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo pada majlis pelancarannya di AEON, Mid Valley Megamall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Sekarang anda boleh dapati produk ini dimana-dimana hypermarket atau mana mana supermarket yang berdekatan Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin.

Dari perisa ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaatsemula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut layari

Website Nestle BLISS® PLUS : http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy

Facebook Nestle BLISS® PLUS : https://www.facebook.com/NestleBliss/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge