EVENT PRODUCT

MYDIN Laksana Pembayaran Tanpa Tunai Mengguna BOOST

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MYDIN Laksana Pembayaran Tanpa Tunai Mengguna BOOST|Pembayaran tanpa tunai menggunakan aplikasi dompet mudah alih itu sudah pun dilaksanakan pada 4 September lalu di kesemua 75 gedung borong dan peruncit MYDIN di seluruh negara termasuk kedai premium SAM’s Groceria

Kerjasama MYDIN dan Boost ini pastinya mencetuskan revolusi dalam pengalaman membeli-belah kelengkapan rumah di Malaysia dengan menawarkan akses mudah kepada keperluan harian melalui telefon mudah alih.

Berdasarkan matlamat untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas dan selamat kepada rakyat Malaysia, Boost menawarkan pilihan bayaran digital yang sepadan dengan gaya hidup masyarakat kini.

“Jaringan peniaga kami berkembang pesat dalam tahun ini, maka komitmen MYDIN untuk melaksanakan pendigitalan akan mengukuhkan lagi usaha kami ke arah masyarakat tanpa tunai.

Kini melalui Boost, pelanggan MYDIN hanya perlu mengakses telefon mudah alih mereka untuk membuat bayaran, sekali gus memupuk gaya hidup tanpa tunai. Pada era digital ini, telefon pintar memainkan peranan penting untuk mengurus komunikasi dalam kehidupan peribadi mahu pun di tempat kerja. Malah, ia telah menjadi sumber rujukan maklumat yang sedia ada dalam poket anda. Maka, tidak hairanlah kalau ia turut memainkan peranan sebagai dompet. Peralihan tersebut akan memberikan pengalaman beli-belah yang lebih sempurna dan selamat, tanpa perlu bimbang dengan masalah tunai di tangan yang tidak mencukupi.

Tambahan pula, ia dapat membantu keluarga mengurus serta menjimat perbelanjaan bulanan secara kolektif sambil menerima bayaran  balik pada masa yang sama. Kami akan memperkenalkan kempen baru tidak lama lagi untuk menggalakkan pengguna membayar secara tanpa tunai. Dengan ini, pelanggan yang membeli-belah di MYDIN akan dapat menikmati ganjaran hebat apabila membayar dengan Boost.”

-Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Sebagai aplikasi dompet mudah alih hasil tempatan yang terkemuka di Malaysia, Boost mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna sehingga ke hari ini serta 35,000 lokasi di seluruh negara

Boost telah membina kehadiran yang kukuh di tempat-tempat popular seperti pasar malam, trak makanan, kedai-kedai F&B utama, gedung runcit bahkan platform beli-belah dalam talian.

“Kami berasa amat teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan Boost. Dengan lebih 75,000 transaksi di gedung-gedung kami setiap hari, kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan yang lebih mudah dan cepat untuk pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk melancarkan inovasi serta berubah mengikut peredaran masa bersama pengguna di Malaysia. Berbekalkan lebih 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, kami ingin menerapkan penggunaan dompet mudah alih dengan Boost untuk mencipta tanggapan yang kuat terhadap jenama kami terutamanya dalam kalangan muda. Kami yakin gadingan dengan aplikasi dompet mudah alih hasil tempatan ini untuk memajukan perniagaan kami adalah langkah yang paling sempurna.”

-Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh menikmati pelbagai perkhidmatan daripada pembelian tambah nilai prabayar dan baucer digital serta memberikannya sebagai hadiah, sehinggalah kepada pemindahan tunai percuma serta bayaran secara berasingan dengan ciri pembahagian bil.

Baru-baru ini pengguna Boost dapat menikmati pembayaran bil utiliti serta pembayaran parkir di KL.  Selain itu juga mereka dapat menikmati pembayaran balik segera melalui ciri “Shake” yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

Pengguna Android da iOS boleh memuat turun aplikasi Boost di Play Store dan App Store.