EVENT

Miliki Rumah Impian Di Radia Bukit Jelutong

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Miliki rumah impian di Radia Bukit Jelutong !!. Setiap insan pastinya ingin memiliki rumah sendiri , rumah impian atau rumah idaman bukan? Sama seperti KP juga andai ada rejeki lebih pastinya KP akan memiliki rumah impian agar “Wishlist” KP termakbul, insyallah doa-doakan ya semua.

Apakah yang dimaksudkan dengan rumah impian? Untuk KP, masing-masing mempunyai citarasa mahupun ciri-ciri yang disukai sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah impian. Bagi KP sebelum memiliki rumah impian, KP mementingkan beberapa aspek seperti keselesaan, kesesuaian dari segi luas atau kecil, fasiliti yang ada berhampiran atau sekelilingnya . Dari situ barulah KP akan bermula mencari unit yang bersesuaian mengikut keselesaan, kesesuaian dari segi luas atau besar dan yang penting sekali harga.

img20170211100358.jpg

Berpeluang untuk hadir di CNY 2017 berlokasi di Radia Bukit Jelutong, sedikit sebanyak dapat memberi informasi terbaru mengenai Radia Bukit Jelutong. Salah satu lokasi terbaru yang bakal membangun di Bukit Jelutong .

img20170211115948.jpg

Kehadiran para tetamu sejak jam 9pagi lagi sudah memenuhi ruangan pendaftaran di sini

img20170211113630.jpg

kesibukan di meja pendaftaran
img20170211113739.jpg

Sambutan CNY 2017 meriah dengan pelbagai aktiviti yang ada sesuai untuk semua usia. Salah satu yang memikat hati KP yang dinanti-nantikan ialah tarian singa dimana untuk mendapat keberkatan di tahun baru

img20170211114613.jpgPara tetamu kehormat masing-masing menanti kesudahan tarian singa
img20170211115011.jpg

Selain dari tarian singa, aktiviti untuk adik-adik mahupun ibu bapa adalah mainan belon. Siapa biasa main belon ini angkat tangan?? Anda cuma perlu celup ‘stick’ kedalam sabun dan tarik sepanjang mana yang boleh atau sependek mana yang boleh untuk menghasilkan belon-belon. Apabila belon berterbangan, sesuai sangat untuk anda merakam sekeping gambar berlatarbelakangkan belon tersebut
img20170211124345.jpg

Ada juga “face painting” aktiviti dan tak semestinya untuk adik-adik , lihat  Aten nie pun suka benar “face painting
img20170211122432.jpg

BBadut menceriakan para tetamu yang hadir sambil menikmati hidangan yang disediakan di Radia Bukit Jelutong
img20170211122010.jpg

Bukit Jelutong, pastinya anda tertanya-tanya apa yang ditawarkan atau menarik di sini. Apa kata jom KP sama-sama bawa anda untuk turut sama mengetahui dengan lebih lanjut tentang Radia Bukit Jelutong

Informasi tentang Radia

Radia berinsipirasi dari Mediterranean dan juga Asian untuk mewujudkan gabungan 2 gaya dalam rekabentuk agar Radia akan memberi kelainan buat para pembelinya. Selain itu, Bukit Jelutong dilihat menjadi salah satu lokasi yang berpotensi untuk membangun dari segala aspek baik dari praktikal mahupun gaya. Kawasan perumahan di Radia Bukit Jelutong bakal dibina ilham dari ‘fauborg’ iaitu Perancis. Ianya dikatakan untuk mewujudkan keluasan dalam rekabentuk. Keutamaan yang penting selain ini, adalah gaya dan reka bentuk Las Rambles dari  Barcelona, Spain, dimana ianya bakal mereka ruang pejalan kaki mahupun persiaran runcit yang luas.

img20170211110549.jpg

Di Radia Bukit Jelutong, bukan sahaja kawasan perumahan tetapi akan ada pejabat di sekelilingnya dan bakal membuka satu pusat membeli-belah di kawasan yang sama. Ianya memerlukan perancangan yang rapi dan mungkin mengambil masa dalam 5 tahun untuk melengkapkan fasiliti yang lain disekelilingnya. Ini untuk memastikan yang di Radia Bukit Jelutong sendiri ada semua kemudahan yang diperlukan tanpa perlu ke pusat bandar untuk mencari atau membeli . Selain itu, lokasi ini sendiri dipercayai strategik kerana ianya adalah kesinambungan dari Guthrie Highway, Fedral Highway , NKVE Highway dan juga Elite Highway. Urusan untuk ke pusat bandar atau luar bandar amatlah senang dan mudah
img20170211110523.jpg

Anda bukan sahaja melihat unit perumahan tetapi juga ada dijual unit pejabat dan juga unit didalam pusat membeli-belah Radia Bukit Jelutong adalah kolaborasi bersama Sime Darby Property dan UEM Sunrise

Radia Residence

Radia Residence terdiri daripada 695 squarefeet hingga ke 2126 squarefeet, Mempunyai 24 jam keselamatan dengan sistem kad akses dan juga pengawasan CCTV, anda yang tinggal di sini tidak perlu risau dan gusar akan keselamatan anda. Kelainan dengan para pemaju lain adalah Radia menawarkan kemudahan 4 ekar untuk fasiliti seperti, taman riadah, kolam renang, spa , trek jogging dan juga kolam ikan. Sesuai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga dan mereka yang tersayang.

Radia Retail 

Komponen runcit pembangunan yang direka khas oleh Radia dijangka daripada 152unit dan mempunyai 3 tingkat. Terdiri daripada 376 kaki persegi hingga 2779 kaki persegi. Sepanjang 17 kaki untuk laluan pejalan kaki dan mempunyai lebih dari 600 tempat letak kereta dan pastinya semuanya ada di sini tanpa perlu ke pusat bandar.

Radia Office

Radia Office atau pejabat bakal mempunyai 238 unit blok pejabat dimana 2 blok dan setinggi 10 tingkat setiap satu, Pelbagai pilihan boleh dipilih untuk bakal syarikat dimana ianya bermula dari 825 kaki persegi hingga 2,097 kaki persegi

Rumah Contoh Radia Bukit Jelutong

Dah alang-alang disini, KP mengambil kesempatan untuk lihat sendiri unit rumah contoh yang ada di Radia Bukit Jelutong. Setiap unit ada perbezaannya tersendiri dimana anda sendiri bakal jatuh hati. Jom follow KP tengok unit rumah contoh yang ada !!!.Mana tahu ada yang berkenaan di hati bukan .

Ini adalah unit untuk 1 bilik dimana ianya mempunyai 695 squarefeet.

img20170211103526.jpg

Dari pandangan ruang tamu, cukup selesa dari keluasannya. Untuk unit ini ada balkoni sekali . Mungkin view anda menghadap taman riadah?
img20170211101352.jpgOleh kerana biliknya satu, sesuai untuk mereka yang single , bersendirian ataupun yang belum berkeluarga.
img20170211102219.jpg Sempat KP rakamkan sekeping gambar di sini .Miliki Rumah Impian Di Radia Bukit Jelutong

Jika anda sudah berkahwin, baru sahaja berkahwin , atau ingin tinggal bersama adik-beradik  unit rumah contoh ini KP rekomenkan. Ianya berukuran 879 squarefeet dan mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air . Jadi amat sesuai untuk anda berdua
img20170211103427.jpg

Ruang tamu besar sedikit dari unit yang tadi. Mempunyai balkoni juga unit ini, cuma belum ketahui menghadap view atau fasiliti yang mana
img20170211102424.jpg

Bila di unit rumah contoh pastinya semua cantik belaka dan keinginan untuk memilikinya. Perbezaan unit ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air
img20170211102436.jpgSalah satu bilik tidur yang ada iaitu master bedroom . Lengkap dengan bilik air sekali dan tak jatuh hati ke jika anda melihat dan mungkin juga anda boleh memilikinya
img20170211102536.jpg img20170211102417.jpg

Dari pintu masuk , anda bakal berjumpa dengan ruang dapur dahulu dan disebelahnya pula ada bilik untuk mencuci baju ‘laundry room’. Ini adalah cadangan bagaimana anda boleh menghiasi ruangan dapur anda dengan meja seperti meja bar untuk menikmati hidangan
img20170211102735.jpg

Untuk unit yang terakhir yang sempat KP singgah adalah unit 2+1 bilik. Mempunyai 2 +1 bilik dan 2 bilik air.  Apa yang membuatkan ianya berbeza dengan 2 unit diatas ialah dari segi keluasannya. Keluasaan untuk unit ini 1253 square feet, besarkan?
img20170211103454.jpg

Jika di lihat dari segi keluasan unit ini memang diantara dalam ‘Wishlist’ KP . Sesuai untuk kami berempat untuk tinggal di sini. Ruang tamu pun luas walaupun berdekatan dengan dapur. Ini adalah konsep terbaru dan terkini

Ini adalah bilik no 2 yang comel dan sesuai untuk anak-anak , atau mereka yang bujang jua belum berkahwin. Walaupun Nampak kelihatan kecil tetapi ianya sangat selesa

img20170211102043.jpg

Untuk ruangan dapur pula memang superb lah buat KP. Luas dan sesuai untuk family yang ramai . Tidak perlu risau dan gusar jika menerima tetamu serentak lebih daripada 10 orang masih mempunyai ruang lagi untukmenikmati hidangan di ruangan apur mahupun di ruang tamu.Miliki Rumah Impian Di Radia Bukit Jelutong

Master bedroom didatangi sekali dengan bilik air. Privasi sedikit

img20170211101630.jpg

Bilik yang +1 tadi, boleh dijadikan store room mahupun guest room . Mungkin juga ruang belajar untuk mereka yang mempunyai anak-anak atau ruang membaca bagi mereka yang berusia

img20170211101727.jpg

Untuk KP , sewaktu mencari rumah impian, ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam aspek yang KP akan lihat dan teliti. Ini kerana KP mahu mereka yang singgah atau datang selesa dengan keluasan dan pemandangan yang boleh dilihat dari ruang tamu. Jika dapat view seperti taman riadah maupun kolam ikan ianya sejuk mata memandang. Sesuai untuk dipetang hari berehat di balkoni dengan angin sepoi-sepoi bahasa

img20170211101824.jpg

Jadi, jika diberi pilihan akan KP pilih unit ini berbanding dengan 2 unit yang sebelum ini . Mungkin juga sebab KP sudah berkeluarga jadi unit ini amat sesuai dengan KP. Yang penting ialah KP tidak perlu risau dan gusar kerana keselamatan terjaga dan pusat membeli belah bakal di buka disana. Tidak perlu bersusah payah menempuh jalan yang sesak untuk ke pusat bandar bukan ? Miliki Rumah Impian Di Radia Bukit Jelutong

Memandangkan semuanya ada di Radia Bukit Jelutong, apa kata anda sendiri turun ke Radia Gallery untuk melihat sendiri unit rumah contoh !!

Rebate Pembelian

Sebarang pembelian unit tidak kira rumah, pejabat mahupun retail anda bakal mendapat rebate sebanyak

Retail : RM18,888
Office : RM6,888
Residences : RM6,888

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan layari web di bawah untuk maklumat lanjut

Website: http://www.radia.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/radia.com.my