Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MARIGOLD PEEL FRESH Kaya Dengan Khasiat Buah-buahanMARIGOLD PEEL FRESH minuman Jus Buah-Buahan Pasteur pilihan nombor satu di Malaysia, merupakan jenama tempatan yang telah membekalkan khasiat pemakanan dan kebaikan jus buah-buahan kepada seisi keluarga di seluruh negara selama 30 tahun menjadikannya minuman pilihan utama di Malaysia. 

Sebagai usaha untuk menangani pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kurang dan semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia, MARIGOLD PEEL FRESH telah memulakan roadshow pertama Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH di 1 Utama Shopping Center. MARIGOLD PEEL FRESH kaya dengan khasiat buah-buahan yang diproses menjadi minuman . Peratusan orang dewasa yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut kadar yang disyorkan setiap hari semakin berkurangan. Buat masa ini, dianggarkan hanya 6% orang dewasa di Malaysia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya berbanding 7.5% yang dicatatkan pada tahun 2011 .

Menampilkan selebriti popular tempatan dan duta jenama Lisa Surihani, roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mendidik rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup tentang pentingnya pengambilan buah-buahan dan jus buah-buahan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

MARIGOLD PEEL FRESH Kaya Dengan Khasiat Buah-buahan dimana ianya boleh digantikan sebagai minuman bukan sahaja untuk kesihatan tetapi penuh dengan kebaikannya. Dengan packaging yang mudah dan senang dibawa sesuai untuk semua usia

“Saya berasa bangga dan bersyukur untuk menjadi “wajah” MARIGOLD PEEL FRESH buat tahun ketiga berturut-turut. MARIGOLD PEEL FRESH memang sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya dan akan terus menjadi teman keluarga kami. MARIGOLD PEEL FRESH adalah Minuman Jus Buah pasteur. Ini bermakna jus MARIGOLD PEEL FRESH ini segar dan perlu disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak, ia akan rosak. . MARIGOLD PEEL FRESH sesuai diambil bersama keluarga ketika menjamu selera dan apabila saya berada di luar untuk menambah khasiat kebaikan buah-buahan harian keluarga saya,”

sambungnya lagi

“Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya dan suami saya lebih mementingkan apa yang kami makan dan kami cuba sedaya upaya untuk mengekalkan gaya hidup sihat sebagai teladan yang baik kepada anak-anak kami, terutama sekali dengan jadual tugas kami yang sibuk sebagai ibu bapa yang bekerja,”

kata Lisa Surihani.

Roadshow MARIGOLD PEEL FRESH di 1Utama Shopping Center

Roadshow di 1Utama Shopping Center yang berlansung baru-baru ini, mempamerkan pelbagai jenis jus MARIGOLD PEEL FRESH yang berkhasiat dalam rangkaian Asli (sembilan pilihan perisa) dan rangkaian Tiada Tambahan Gula (enam pilihan perisa) yang diperkuat dengan Vitamin A, C, E dan antioksidan disediakan untuk dikongsi dengan orang ramai. Pengunjung bertuah juga membawa pulang hadiah yang dimenangi daripada penyertaan permainan yang dianjurkan sepanjang roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH.

Roadshow Kebaikan Buah-Buahan Harian MARIGOLD PEEL FRESH di 1 Utama Shopping Center bermula pada 19 Julai sehingga 23 Julai 2017. Antara game yang sempat dirakam semasa kids ada disana . MARIGOLD PEEL FRESH Kaya dengan khasiat Buah-buahan sesuai untuk dinikmati tidak kira usia


Video Klip MARIGOLD PEEL FRESH Kaya Dengan Khasiat Buah-buahan

Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang MARIGOLD PEEL FRESH mahupun tentang roadshow yang sedang /bakal di adakan , klik di link di bawah ye

Website MARIGOLD PEEL FRESH : http://www.marigold.com.my/

Facebook MARIGOLD PEEL FRESH:  https://www.facebook.com/ilovepeelfresh.my/.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge