EVENT

Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Antara Cantik Dara & Jibam

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Antara Cantik Dara & Jibam

Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail telah berlangsungnya majlis menandatangi perjanjian (MOU) antara produk Cantik Dara, Puan Nurul Sayang Rahmat & Spektra Selasih Sdn Bhd selaku produksi filem Jibam. Bagi anda peminat karya kartunis Ujang, pastinya anda ketahui yang filem JIBAM bakal di tayangkan tidak lama lagi. Ianya adalah hasil karya Ujang yang bakal di olah kepada filem. Filem Jibam bakal diarahkan oleh pengarah Che Mie dan skrip Asmira Suhadis.  Dari segi para pelakonnya pula terdiri daripada Esma Daniel ,Fadlan Hazim, Mia Ahmad , Kamarool Yusof , Kazar , A.Galak , Zaidi Omar dan Bohari Ohmad. Tidak lengkap tanpa pelakon utama filem Jibam iaitu dik Mohd Arif Abdullah atau Buntat yang turut kelihatan sewaktu majlis menandatangi perjanjian ini. 

Pelancaran Cantik Dara

Pada hari yang sama telah berlangsungnya pelancaran produk Cantik Dara yang telah di rasmikan oleh Datuk Haji Mohd Rawi bin Hj Abdul Hamid iaitu Pengerusi JawatanKuasa Kerjaraya, Agama, Pelancongan, dan Warisan Negeri Kedah bersama Puan Nurul Sayang. Ruhainies, pelakon yang sedang meningkat naik telah di pilih secara rasmi menjadi jurucakap dan Duta Cantik Dara.

Kelihatan Datuk Haji Mohd Rawi memberi produk Cantik Dara kepada Ruhainies sebagai tanda pelancaran produk Cantik Dara

Ruhainies mencuba produk Cantik Dara


Bagi Puan Nurul Sayang, beliau yakin produk Cantik Dara bakal menjadi fenomena baru dalam produk kecantikan di Malaysia dan bakal mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di Brunei dan juga 

Untuk Dato’ Haji Mohd Rawi pula, beliau berharap produk ini mendapat tempat dikalangan rakyat di luar sana. Sokonglah barangan buatan orang kita terutama keluaran bumiputera Melayu

Majlis Menandatangi Perjanjian Antara Cantik Dara & Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia

Alhamdulilah dimana Cantik Dara telah bersetuju untuk membantu ahli- ahli di dalam Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia dalam satu perjanjian yang telah ditandatangani pada hari yang sama. Ahli-ahli didalam pertubuhan ini digalakkan menjadi stokis atau agen Cantik Dara. Secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi ahli -ahli dalam persatuan ini.

Setiap RM1 dari hasil jualan produk Cantik Dara akan di sumbangkan ke tabung Rumah Titian Kaseh. Sumbangan ini amat bermakna untk adik-adik yang menghuni di Rumah Titian Kaseh dan turut menerima RM 10.000 dari pihak Cantik Dara pada majlis menandatangani perjanjian.

Tidak terucap dengan kata-kata ,ucapan terima kasih dan sekalung tahniah jua syabas untuk team Cantik Dara.