EVENT

MAHA 2016 , Rugi Siapa Tak Datang Sini

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAHA 2016 kembali lagi. Kali ini siapa yang tak datang pasti rugi sebab banyak keistimewaan dan keunikan untuk MAHA tahun ini. Bagi KP inilah kali pertama KP menjejakkan kaki di sini untuk turut menjadi diantara yang pengunjung MAHA 2016. Nak inform awal-awal dulu ye sebab entri ini bakal panjang dan banyak gambar. Banyak laman dan kawasan yang di lawati dan tidak mudah untuk diceritakan semuanya didalam satu entri .m1

Seawal jam 8 pagi lagi KP sampai di depan pintu masuk 2 sebab kali ini KP kesini bersama rakan-rakan yang lain. Pastinya sepanjang perjalanan nanti akan penuh dengan riuh-rendah. Oleh kerana nak tahu laman apakah yang ada disini, wajib mengambil gambar peta supaya tidak hilang. m2

 

Sedikit informasi mengenai MAHA 2016

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah kembali dengan mengadakan MAHA (2016) atau lebih dikenali dengan Pameran Pertanian, Hortikulture dan Agro Pelancongan di MAEPS, Serdang. Tahun ini ianya telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Tema untuk tahun ini ialah Our Food Our Future ( makanan kita masa depan kita) dimana ini adalah platform untuk berkongsi & mempamerkan produk hasil pertanian dari negara sendiri .

Nafas Cube

Nafas Cube merupakan satu-satunya tempat penginapan yang ada di MAEPS, Serdang. NAFAS adalah idea asal dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik & projek kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Mardi. Ianya adalah bilik yang dilengkapi dengan keperluan asas seperti katil, aircond dan tandas.

m6 Harga untuk semalaman yang ditawarkan adaah seperti Kontena VIP RM250, Kontena Eksekutif RM 180, “culvert”RM150 dan khemah RM120. Ini adalah diantara penginapan yang ada di NAFAS CUBE.

Calvert – berbentuk seperti silinderm3

Kontena – memang seperti kontena dan terbahagi kepada 3pakej iaitu VIP Family, VVIP & Excutive
m14 Berlatarbelakangkan kehijauan dan alam sekitar pastinya nyaman apabila menginap disinim11

Untuk yang ingin menginap bersama keluarga bolehlah memilih VIP Family dimana ada katil untuk kanak-kanak juga m8

Walhal untuk parents pastinya ada , cuba tengok pemandangan diluar

m10 BIlik air untuk kemudahan pengunjung yang memilih peginapan Kontena kerana culvert dan khemah toilet berkongsi diluarm9

Pemandangan penginapan kontena dari sisi
m5 Insyallah, penginapan di NAFAS CUBE bakal menjadi antara tarikan dan pilihan pelancong untuk berada disinim13

 

My DOF Valley – Laman Perikanan

Untuk mereka yang meminati perikanan ini adalah laman yang wajib dilawati kerana pelbagai spesis ikan ada disini untuk di fahami atau di pelajari

m22 Kebetulan sewaktu KP sampai di My DOF, Dato’ Sharizat & Dato’ Sabrey Cheek baru sahaja selesai membuat pelancaran jadi sempatlah KP merakamkan sekeping gambar bersama Dato’m17 Di sini pelbagai jenis ikan dari kecil ke besar dan juga jika berminat anda boleh sahaja membeli untuk dibawa pulang. antara produk yang ada di sini
m20

m30

Sesuatu yang baru yang ingin dikongsikan bersama anda semua

Pihak UGC telah mereka inkubuter hidupan. Inkubuter ini hidup didalam akuarium tetapi seiras dengan kehidupan hutan(contohnya) diluar sana. Bagaimana ianya berfungsi adalah menggunakan kawalan telefon bimbit sahaja seperti inginkan hujan, matahari, kilat dan lain-lain lagi. Inkubuter seperti dibawah hanya mengambil masa selama 30 minit untuk dibina. PS: dengar cerita kalau anda ada baja buah-buahan atau sayur-sayuran mungkin anda boleh menanamnya didalam ini dimana semuanya berada di hujung jari anda m19

Tuna in the House
m23
m24 Sate Tuna di bakar dan diberi peluang untuk KP mencubanya. sate tuna adalah sesuatu yang baru tetapi thumbs up kerana sedap dan wajib dimakan sewaktu panas. Perapan sate keatas isi tuna terasa apabila dimakan. Makan sekali pasti nak lagi punya

m31khas didatangi dari Labuan special untuk MAHA 2016, Owner Sate Tuna bersama Bro Framstonem25 Sempat bergambar sekeping di sinim21 Ada juga kempen ” Kami Sokong Tak Nak Sirip Ikan YU” . Berkongsi informasi tentang kempen ini di MAHA 2016,untuk memberi kesedaran dan kepentingan kenapa “Tak Nak Sirip Ikan YU”m29 Spesis anak ikan yu comel ada juga buat mereka yang ingin mengenali tentang ikan yu
m26 Tentang spesis ikan Yu , tengok mulut yang luas dan gigi yang tajamm27
Kehidupan ikan yu didalam dasar airm28 Kami nasib baik tak dimakan oleh sirip ikan yum18

Rumah Terbalik pun ada disini . Antara syot yang sempat di ambil

m32 Nak pandang atas ke bawahm33 Cubaan pandang atas pula
m34 Inilah kami di tepian jeti bot elektrikm35

 

Laman Padi Bernas

“Mari Mengenal Padi bersama Upin & Ipin” adalah satu pengenalan yang lebih dekat untuk kanak-kanak

l1 Di Laman Padi in ada beberapa agensi terlibat untuk menjayakannya diantaranya BERNAS
l2 Disini Jabatan Pertanian Malaysia berkongsi tentang Visi & Misi mereka untuk tatapan orang ramail3 Lihat sahaja keluasn dan pengeluaran padi di seluruh lokasi di Malaysia. Kalau dilihat dari petang padi merupakan antara sumbangan terbesar ekonomi di dalam negara dimana beberapa tempat mempunyai keluasan sawah padi yang luasl4 Inisiatif Kerajaan dalam industri padi & beras dari awal 90an hingga kini di kongsi bersama pengunjung yang hadirl5 Yang menarik, bagi mereka yang tidak pernah lihat sawah padi ,pakat ramai-ramai mai sinil6 Antara beras-beras yang ada dihasilkan
l7
Adik-adik yang datang boleh melihat sendiri alat yang digunakan untuk menghasilkan beras secara tradisional dipamerkan disini. Antaranyal10

l11 Barangan yang di gunakan sewaktu penanaman padil12 Penanaman padi secara tradisionall13 Perosak atau serangga utama padil14Mesin yang digunakan sewaktu menghasilkan beras
l20 Antara beras yang dihasilkan seperti dedak dan lain -lain l22Mesin DIY Pemprosesanl21 Mesin DIY Pemprosesan Beras

Ada juga di adakan permainan bola sepak lumpur. Memang best tapi tak boleh join sebab banyak lagi lokasi nak pergil15

Laman Nenas

Lokasi seterusnya adalah laman nanas. Di sini semua yang berkaitan tentang nanas dikongsi bersama para pengunjung agar lebih memahami dan mengenali tentang nanas

n1 Pusat Informasi Nanas – semua maklumat dari sejarah nanas dan misi juga visi ada disini. Tahukah anda dari nenas bukan sahaja menghasilkan jus atau untuk dimakan tetapi boleh juga menghasilkan cenderahati? Tak percaya jom bacan11 Cantikkan pemandangan pintu masuk laman nanas berwarna -warnin3 Sebelum memulakan perjalanan melawati pusat informasi nenas, pengunjung dihidangkan jus nanasn4 Juga dapat merasa buah nanas yang segar dari ladangn5

Informasi tentang nanas

Christopher Columbus adalah orang yang telah memperkenalkan tanaman nenas di serata dunia. Dikatakan Christopher Columbus  telah menemui buah nenas di perairan Caribbean pada tahun November 1493 semasa perlayaran keduanya di perairan itu. Dan semenjak itu nenas telah disebarkan ke serata dunia dan pada abad-16 nenas telah diperkenalkan kepada Tanah Melayu oleh orang-orang Bugis
n7 Mesin Pemprosesan Nanasn12Ini adalah hasil cenderahati dari nanas selain dari buah atau jus. Ini adalah tenunan atau benangn8 Lihat hasilnyan9

Pemprosesan membuat kertas dari hampas nanas

Antara hasilnya ; hasil kanvas dari kulit/hampas nenas

n16 Lupa nak kongsi antara produk yang boleh dihasilkan dari nanasn15 Dan lagi n14 Bergambar bersama Abang Man, salah seorang dari usahawan nanas. Terima kasih kerana memberi kami rasa jus nanas yang segar lagi sedap. Moga sukses dalam perniagaan yen13

Copp… nak pergi mana tu dengan basikal .. apa lagi ke lokasi yang lainlah .. nampak tak muka cuak sebab nyaris kena tinggaln6

 

Laman Armada Jentera

Kali ini perjalanan mengunjungi di sambung lagi, ke Laman Armada Jentera pula ya

j1 Pelbagai jentera di pamerkan di sini dari pelbagai syarikatj2 Ada yang besar ada yang kecik j5 Yang ini special katanya sebab digelar sebagai Clayson 1920 Transformersj6 Jentera pembajakan , penanaman secara tradisional pun ada dipamerkan disini
j4 KP juga sempat singgaj di booth usahawan dimana jika anda mempunyai 5 soalan ini , ada jawapannya j8 Inilah jawapannya, menanam cili #jomsertaikami
j7 Cili cili yang dihasilkan memang panjang (lebih panjang dari tapak tangan). Untuk menghasilkan sebegini perlulah dibaja dengan teknik yang betul baru menjadi. j9 Penat berjalan berhenti rehat sat, nak makan nak minum. Kali ini KP dapat merasa Aiskrim Premium berperisa nangka. Memang manis dan rasa nangka masih boleh terasa walau dibuat aiskrim
j11 Selain itu dari buah nangka ada juga produk lain yang dapat dihasilkan oleh usahawan kita iaitu jem nangka dan marmalade nangka. Nampakkan masing-masing mempunyai kreativiti untuk memastikan semua produk tanaman kita dapat menghasilkan produk yang terbaik yang bakal memuaskan hati para pengunjung atau pembelij16 Air Jagung dari Kelebang , Rugi kalau tak cubaj15 Pekat dan manis secukup rasa. Memang pure dari jagungj13 Yang ini memang pertama kali KP cuba keropok lekor dari ikan patin, masa makan tak rasa pun ikan patin bila ditanya menggunakan ikan apa baru tahu ikan patin. Tapikan memang sedap tak rasa pun ikan patin rasa cam keropok lekor biasa
j14 Sate Ayam Goreng. – Menjadi antara favourite makanan KP sewaktu berkunjung di sini. Sedap , bersih dan segar . Bukan itu sahaja senang untuk di masak dimana goreng sahaja tetapi rasa perapan sate masih terasa. Wajib cari di mana-mana lokasi yang menjual sedangkan KP sendiri pun borong 2-3 paketj17 Sewaktu berjalan keluar , KP terserempak dengan pakcik ini yang menjadi pengunjung ke 2,500,000 di MAHA 2016. Tahniah pakcik dan alhamdulilah banyak barangan diberikan oleh pihak MAHA untuk pakcik atas kemenangannyaj3

 

Laman Ternakan

Cantikkan photobooth yang ada untuk di ambil sebagai kenang-kenangan

t1 Untuk anak-anak pun ada jugat2 Jom masuk dengar kata ada lembu sado. Sado tang mana tu ..!!t8 Inilah lembu sado yang dikatakan mendapat tarikan dari para pengunjung yang datang. Memang sado dan kuat dan segalanya sado dari badan, tulang dan lain-laint3 Sedikit informasi tentang lembu hibrid Sado dikongsi untuk lebih difahamit4 Tahu orang ramai nak photoshoot so baik punya posing di bagi. jadi nak selfie ke wefie ke atau pun ia sahaja pun cantik
t5 Comelnya .. nak bawa balik boleht10 gerai di laman ternakan yang menjual hasil-hasil dari tenusut11 Menjadi favourite susu kurma susu coklat segar dan yogurt. Tawaran yang diberikan menarik jugat12 Kambing pun ada tau, nak bagi makan boleh saja dan lepas itu diberi rasa susu kambing asli yang segar. t14 Last sekali di laman ternakan , jangan lupa cuba dadih taut16

Laman Sayur

Kalau tadi dah ronda-ronda di laman ternakan tengok pelbagai haiwan apa kata beralih ke sayur-sayuran

st3 pastinya anda akan terpegun apabila memasuki arena ini terutama di Green Tunnel . Kenapa kerana pelbagai tanaman yang besar-besar diantaranya

labu air
st4 Periast5 Labu air, kundur, petolast7 Laman sayur yang ada di sini untuk para pengunjung yang gemar pada sayur-sayuran. st6 Antaranya..st1 Tengok tu macam =macam ada kanst2 Tomatost8 Laman Balkoni pun ada ..manalah tahu ada yang ingin bercucuk tanam tetapi tak tahu cam mana apa kata guna cara ini jimat tempat tapi hasil tetap adast9 Menjadi tarikan KP ; pokok UFO st10 hiasan jagung st11 Kobis besar …st12 Dan juga pokok Upin Ipinst13 Singgah sebentar di Ladang MIni Kelulut yang kebetulan bersebelahan dengan Laman Sayurst18 Sedikit informasi tentang kelulutst14 Habitat kelulutst15 Nampak tak kelulut tust16 Inilah dia… KP berpeluang untuk merasa madu kelulut dimana perlu menyedut dari sarangnya . Jadi hasilnya adalah asli dan ada sedikit masam di penghujung rasast17

 

Rythm Of Farmers

Rythm of farmers adalah sponsor dari NAZAm1

Katanya haiwan seperti kambing dan kuda bakal dilepaskan di kawasan ini dimana sewaktu konsert bakal berlangsung nanti. Suatu konsep yang berlainan buat kali ini r1Disini juga adalah lokasi menarik untuk membuat photoshoot bagi anda . Siap dengan props dan lokasi nya memang cantik lagi-lagi di waktu malam apabila lampu dipasangkan

r4 r5

Untuk malam pula konsert yang di adakan di sini diserikan oleh artist artist yang popular seprti Khalifa Band, Projektor Band , Ramli Sarip dan lain lain lagi . Luas dan besar lengkap dengan parking mungkin ini adalah lokasi potensi untuk di adakan konsert besar di masa hadapan

r3

Terima kasih pada Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek kerana meluangkan masa dengan KP dan rakan-rakan berkongsi informasi tentang MAHA 2016

r2
Seorang yang sangat merendah diri dan mudah didekati. Ingin melihat MAHA ke peringkat global sekaligus menjadi inspirasi dalam mempertengahkan dunia pertanian, perladangan dan ternakan di Malaysia.
r6
ada cabutan bertuah dengan hadiah menarik ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang hadir ke konsert ya, Antaranya seperti iphone 7, ipad mini dan hamper.
r7

Kampung Durian Runtuh (Upin Ipin)

Kampung Durian Runtuh menjadi antara tarikan di MAHA 2016. Yang teruja nanti adakah kanak-kanak ataupun ibu bapa?? Jom kita masuk dan lihat apa yang ada

u5 Belajar ambil tahu tentang tanah dan tanamanu8 Ada cerita tentang tanamanu7

Sneak peek


Tanam pokoku11 Semuanya buat sendiriu3 Jangan lupa dah ada tanah kena letak baja yeu4 Antara segmen yang ada u10 u12 Eh ada ayam lah u13 Posing kejap ye depan rumah Opahu9 Ada juga 3D ekslusif di sini untuk bergambaru6 Kami mak-mak sempat bergambar ada cerita menarik berlaku di sini nanti kita share nexr entriu2 Persembahan upin ipin pun ada tau u15 Bergambar bersama untuk kenanganu1

 

IAtDOME

Industri Asas Tani atau dikenali District of  Malaysian Entrepreneurs dengan nama singkatannya di MAHA 2016, I AT DOME. Di ini pelbagai produk dipamerkan dan ditawarkan dari seluruh Malaysia anggaran lebih 3,000 pengusaha tempatan. Bagi produk pula lebih dari 15,000 produk ada disini dibawah satu bumbung i1 di antara yang sempat KP kunjung ialah Agro Lifestyle dimanai6 Ada mewarna dan melukis batik buat anak-anak sambil mak ayah sedang mengunjungi booth yang ada disinii8 Cantikkan payung- payung yang adai9 Waste to Wealth – booth untuk produk – produk dari agro i10 produk dari jerami i11 Menonton filem menggunakan VR buat anak-anak i13 IATBIZ menawarkan produk agro yang adai14 Agro Youthi15 Pelbagai produk dipamerkan dan ditawarkan. Setiap produk yang anda minati tanya sahaja para usahawan yang ada di sini pasti dengan penuh senyuman mereka akan membantu anda. Antaranyai2 Aiskrim Rock Melon – buah yang segar manis, dilettakkan ais krim siap dengan kacang dan sos coklat kemudian isi rock melon di bulat-bulatkan jadi bila dimakan bersama aiskrim terasa keenakan buah melon ini
Ri5 Eh jagung manis pun ada lah …
i4 Lemak berkrim disukai ramai , manis dan terbaik i5Peminat kopi ini mungkin menjadi piihan andai16 Supplement pun ada jugai17 Popcorn aau bertih jagung pun adai18 Jangan ingatkan produk makanan sahaja, haiwan peliharaan pun ada . Yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sinii19 Nyenyaknya wahai kucing ini tidur . tak kisah dengan riuh rendahi20 Hi si comel, tak larat nak buka mata mungkin keletihan barangkali i21 Sebenarnya banyak booth yang KP lawati kalau nak letak semua mahu panjang nanti, ini di antara yang sempat KP kongsikan . Terakhir sekali MYSECAFE . Fresh seafood buat anda yang menggemarinya.i22

lihat segar ke tak seafood mereka

q8Shell out mereka terbaik .. Thumbs Up tau .. sebab semuanya segar dan sedap. dari ketam, kerang, pahat, udang, sotong semuanya enak-enak belaka . tak rugi singgah disini . Terima kasih MySeCafei23

Eh belum habis lagi tau ada lokasi terakhir yang KP nak kongsikan jika berada di MAHA2016. Bila pusing-pusing di dalam pastinya perut berkeroncong memainkan lagu rock, ballad mahupun dangdut. Di MAHA2016 ada tempat khas untuk ini yang digelar Empayar Makanan.

q9Apa yang ada jom layan… (jangan kecam saya ya).. Biar gambar berbicara

q1 Gulai Lemak Cili Api – ada daging salai, telur itik q2 Cendol Songkok Tinggi – hmmm .. yang tinggi cendol ke songkok kena cuba baru tahuq3 Semua menu berkisarkan mangga q4 Kacang pool q5 Mee Kolokq6 Megi Ketam pun ada kat sini , tak habis makan seorang ..q7 Satay tulang – femes di negeri sembilan . Ada satay tulang ayam ada satay tulang daging . Pilih yang mana satu harga cuma RM 1.50 sebatang ajerq11Udang sanggol yang ini terbaik – cam udang tu di balut
q12 Kacang pool – tambah cili api lagi kick q13

Otak-otakk6 Durian Musang Kingk7 Puding Rajak8Ya allah, meja KP dan rakan rakan memang penuh dengan gelak tawa, almaklumlah ada retis di table memang macam gini . sekali sekala berjumpa riuh sekampung cam ada lebih dari 10 orang sedangkan kami berenam ajer hahaha…

Sebelum pulang sempat singgah lagi di

Kampung Mok Cun 

kat kampung Mok Cun ini , macam-macam ada . Mok Cun pun ada juga kalau nasib anda baik. bolehlah bergambar dengannya

k2 Nak makan ada, nak beli barang ada k11

Nak reha kat pangkin pun adak3 seiiring nak jalan nak pulang sempat lalu di Melon Manis Terengganu . Buah ini seakan seperti tembikai susu tapi melonk4 Tengok buahnya besar-besarkan .. k5 Ini kali memang betul sebelum nak balik naik tram kita minum dulu.. minum air kelapa segar dari ladangk9 Air kelapa ni tak campur dengan air . memang air kelapa fresh dan kaau nak manis tambah air gula. Ais semua takde ya. k10

Kali ini memang betul habis. Pengalaman di MAHA016 bersama rakan-rakan kali ini memang satu pengalaman yang tidak dapat diceritakan dengan hanya menulis mahupun gambar. Disyorkan untuk pergi sendiri mengalami keseronokannya. Pastikan siap dari segi mental, fizikal dan yang penting poket sebab boleh dikatakan disetiap laman yang anda lawati pastinya anda akan membeli kerana tidak semua produk yang dijual disini ada dijual di supermarket mahupun hypermarket.

(muka sebelum mula ronda)

na

Entri ini adalah entri yang paling panjang penuh dengan gambar tetapi memang KP puas hati. Bukan setakat ronda-ronda tetapi penuh dengan pelajaran , memahami tentang perikanan, perindustrian, pertanianan mahupun tentang pemprosesan seperti padi & nanas. MAHA2016 adalah suatu agenda yang sukses dan harap diteruskan di tahun yang akan datang dengan penambahan laman lagi.

i7
check ajer Instagram dan hashtag kalau nak lihat gambar-gambar di MAHA2016 yang lain ye
#Maha2016
#blog
#ourfoodourfuture
 na1