EVENT FOOD

“Love Food Hate Waste” : Kempen Terbaru dari Alam Flora

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dari cebisan akhbar Harian Metro: Rakyat Malaysia bazir makanan 8 juta kilogram sehari betul ke?

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Seperti cebisan surat khabar Harian Metro, rakyat Malaysia antara salah satu penyumbang pembaziran makanan di dunia. Dengan ini satu kempen dinamakan “Love Food Hate Waste” diilhamkan oleh Alam Flora untuk menangani masalah ini. Pasti anda tertanya apa yang di maksudkan dengan Love Food Hate Waste ini? Semua orang suka makan bukan ?Ada yang kata ” Makan untuk hidup”, dan ada pula yang “Hidup untuk makan”. Apa-apa pun anda tetap makan bukan? Makanan yang lengkap ialah 7 kali katanya dari sarapan , brunch , makanan tengahari, minum petang, makan malam, supper.

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Sedikit informasi tentang Alam Flora

Alam Flora telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ianya merupakananak syarikat DRB-Hicom dimana Alam Flora beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan alam sekitar di Malaysia. Selain mengurus alam sekitar , ia juga menyediakan perkhidmatan kutipan sisa, termasuk domestik / rumah, taman, sisa besar dan yang terbaru kitar semula.

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam FloraPerkhidmatan lain seperti tempat pembersihan awam, pemotongan rumput, pembersihan, tempat pembuangan sampah, pengkomposan sisa makanan, perkhidmatan landskap dan banyak lagi

Kempen Love Food Hate Waste

Love Food Hate Waste adalah kempen terbaru dari Alam Flora untuk memberikan kesedaran tentang pembaziran makanan yang sedang berlaku. Kempen ini diadaptasi dari United Kingdom di mana negara tersebut sudah melancarkan kempen sebegini sejak 2007. Tujuan nya senang sahaja di mana untuk mengelakkan dan mengurangkan makanan yang berlebihan. Ia juga mengajar orang ramai agar lebih berjimat-cermat dan mungkin boleh mengelakkan ia daripada berterusan hingga mengakibatkan kepupusan alam sekitar

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Dari statistik yang diberikan katanya kuantiti sisa makanan dianggarkan 15,000 tan setiap hari ini dianggarkan bersamaan kuantiti makanan yang diperlukan oleh 10 juta manusia, ini disebabkan sisa domestik harian sahaja dianggarkan 33,000 tan yang mana lebih kurang sebanyak 0.44kg sisa yang dijana oleh setiap orang setiap hari. Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Hmm.. rupanya dengan pembaziran makanan sebegini banyak boleh menjejaskan hingga menyebabkan pemansan global akibat gas metana yang dihasilkan oleh pereputan sisa ini. Itu belum lagi dikira dengan makanan yang dtidak diusik sebanyak 900 tan sehari. Jika dicampurkan semua sekali ada pula nanti kita bakal duduk dalam keadaan yang tidak menyenangkan dan bakal menjadikan ianya lagi teruk

Semua pembaziran ini dapat dielakkan dengan adanya Love Food Hate Waste kempen. Bagi KP sendiri ada beberapa tips yang KP ingin sharekan buat anda semua mana tahu ianya berkesan bukan. Jom usha sesama;

  • Jangan gunakan Styrofoam atau Polisterin

Jika ke kedai membeli makanan tidak kira sarapan pagi , tengahari mahupun makan malam,kebanyakkan gerai atau restoran akan menggunakan Styrofoam atau Polisterin untuk mengisi makanan yang dibeli. Tahukah anda bahayanya jika menggunakan bekas ini?

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Bahaya penggunaan Styrofoam atau Polisterin

Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan..Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan  dan kemudian ke dalam tubuh manusia.stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan  sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid. (info dari lsan.kedah )

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Pada mulanya agak sukar untuk KP membawa tupperware sendiri sewaktu membeli makanan, itu belum lagi di pandang serong oleh penjual dan mereka yang turut sama membelinya tetapi mulakan dulu dengan tindakan yang sekecil ini,pasti nanti ada yang bertanya dan kongsikan tentang bahayanya Styrofoam atau Polisterin ini. Mana tahu dari 10 orang yang mendengar kalau 2orang bersetuju itu sudah cukup besar bukan?

  • Beli dengan bijak mengikut apa yang perlu

    Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Biasanya ianya akan berlaku apabila anda mendapat gaji. Kenapa KP kata begitu kerana apabila duit berada di tangan bermacam-macam yang anda ingin beli, kalau boleh semua nak beli dan kesudahannya nanti membazir. Contoh jika ke restaurant atau ke cafe order apa yang di ingini sahaja memadai untuk apa yang ingin di makan dan bukannnya sehingga penuh meja.

Credit picture: Sinar Harian

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Kalau membeli barang-barangan dapur pula, perlulah tahu apa yang ada dan apa yang kurang agar tidak membeli berlebihan. Kalau nak tips seperti yang di atas iaitu gunakan bakul kecil. Lagi kecil bakul kita lagi sedikit barang kita

  • Menikmati hidangan sehingga licin

Seperti rakan blogger KP Ayu Rafikah berkata nikmatilah hidangan sehingga licin. Kalau dulu susah nak habiskan makanan melainkan ianya sedap dan enak tetapi tidak sekarang. KP akan berusaha untuk memastikan ianya licin agar tiada pembaziran berlaku. Jika tidak inginkan pembaziran berlaku, order makanan tu kenalah berpada-pada kan.

Sebelum makan.. hidangan penuh diatas meja bukan?Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora Selepas hidangan.. pastikan semua hidangan licin di makan,, (Tulang bagai tak payahlah nak makan, nanti tercekik pula)Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

 

  • Senantiasa mengemaskinikan peti ais

Yang ini adalah wajib kerana dengan selalu mengemaskinikan peti ais secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran. Love Food Hate Waste bukan sahaja mengenai makanan yang di makan tetapi juga sisa makanan yang tidak terusik seperti beli buah tetapi tidak makan dan busuk di dalam peti ais begitu sahaja.

Contoh tips menyimpan sayur untuk tahan lama

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Perlu beberapa tips untuk mengekalkan barangan yang di beli boleh diguna lama seperti KP amalkan sebelum simpan sayur di balut dengan suratkhabar, basahkan dia kemudian baru simpan. Ada juga yang menggunakan tips yang sama kecuali menggunakan plastik dan bukan suratkhabar. Petua nenek moyang, selepas beli sayur jangan dibasuh terus dibalut dengan suratkhabar. Labelkan kalau boleh kerana senang untuk memasak nanti

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora
  • 3R jangan lupa iaitu Reduce , Reuse dan Recycle

3R ini bukanlah kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Agak lama diperkenalkan juga tetapi adakah anda semua mempratikkannya? Biasanya kita akan REUSE & RECYCLE. Jadi kali ini KP ingin mengajak anda semua untuk sama-sama Reduce, Reuse dan Recycle

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

REDUCE

Untuk kali ini jom kita sama-sama mengurangkan dan mengelakkan pembaziran. Kurangkan membeli juga adalah langkah boleh menjimatkan pembaziran juga

REUSE

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora
Selain dari plastik yang diberi sewaktu membeli barang-barangan, apa kata kita bawa sendiri beg yang boleh digunakan setiap kali keluar membeli belah tidak kira barang basah mahupun kering. Ataupun menggunakan semula barang yang tidak boleh digunakan dengan mengubah menjadi sesuatu yang boleh digunakan . Credit picture: google

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

RECYCLE

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Kitar semula. Asingkan barangan seperti kertas, botol kaca dan plastik. Masukkan kepada tong kitar semula yang di sediakan di kebanyakkan tempat.

Untuk anda semua tahukah anda di mana kompos tanah untuk hasilkan galian tanah yang kaya dengan nutrien dan seterusnya dapat  membantu kesuburan serta tumbesaran tumbuhan dan sebagainya.Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Dan sekarang mungkin anda semua memahami kenapa kempen Love Food Hate Waste ini amat penting untuk semua? Dengan ini, KP ingin berkongsi dengan anda di mana Alam Flora berkerjasama dengan 16 “lifestyle and food blogger” untuk sama-sama memulakan kempen “Love Food Hate Waste” ini. Kami semua akan menjayakan kempen ini dengan berkongsi tips tips dan juga berkongsi tentang kempen ini. Sedikit petikan dari Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan;

“Media sosial hari ini telah diiktiraf sebagai medium yang sangat berkesan untuk menyebarkan mesej yang positif kepada orang awam.  Dan Alam Flora telah memilih untuk memanfaatkan platform berguna ini dengan menganjurkan  Kempen “Love Food Hate Waste”, dengan harapan dapat mengurangkan pembaziran makanan di tapak pelupusan.”

Love Food, Hate Waste : Kempen Terbaru dari Alam Flora

Jadi jangan lupa nantikan KP dan rakan blogger yang lain menakluki “Kempen Love Food Hate Waste” pada 18 May 2016. Pada yang ingin mengikuti pelbagai tugasan dan cabaran yang di lakukan , follow aje

#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

 

Oklah, KP nak sambung siapkan mental dan fizikal untuk membuat cabaran yang akan datang nanti. Jangan lupa layari juga

#kitepunye #kitepunyedotcom #lovefoodhatewaste #alamflorasdnbhd #klbloggershunt2016