EVENT

LILIA ROSA Berkolaborasi Bersama Avon & Dato’ Rizalman Ibrahim

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LILIA ROSA Berkolaborasi Bersama Avon & Dato’ Rizalman Ibrahim

Memandangkan bulan Ramadan & Syawal bakal tiba pastinya tidak mahu ketinggalan untuk merancang kelainan di ruang rumah. Terbaru LILIA ROSA berkolaborasi bersama pihak Avon dan juga Dato’ Rizalman Ibrahim untuk para pembeli mereka yang setia. Sebut sahaja LILIA ROSA, Avon mahupun Dato’ Rizalman Ibrahim, masing-masing dapat membayangkan bagaimana rekaan yang bakal di pamerkan untuk dimiliki sempena Syawal yang bakal tiba

LILIA ROSA mengetengahkan konsep Inggeris kontemporari dengan gabungan flora moden Mawar Gallica, Lavender, Lilac, Lili dan dedaunan segar serta rona latar pastel yang menenangkan. Dengan hiasan kediaman komprehensif ini merangkumi perhiasan linen rumah dan kamar tidur serta barangan pinggan mangkuk dan hidangan.

Sebut sahaja Dato’ Rizalman Ibrahim, anda mestu kenal bukan dengan pereka terkenal dan tersohor ini. Beliau sudah bertapak di dalam industri fesyen dan juga rekaan selama 25 tahun. Kali ini beliau melebarkan sayapnya ke dunia interior atau hiasan dalaman. Ini bukan kali pertama beliau menceburi bidang ini kerana beliau pernah menghias kediaman peribadi beberapa selebritu mahupun personalitu terkenal di Malaysia

“Kolaborasi bersama Avon dalam menata rias kediaman merupakan sebuah kerjasama yang amat saya nantikan, dan LILIA ROSA adalah koleksi sempurna yang menyerlah gaya dan keanggunan,Berilhamkan corak flora sebagai trend dekorasi rumah pilihan 2017, motif bungaan Inggeris diterapkan secara kreatif dalam setiap aksesoriLILIA ROSA bagi mewujudkan keharmonian eksklusif, sekaligus menyuntik ciri elegan pada kediaman.”

Kata Dato’ Rizalman Ibrahim

Buat anda peminat dan pembeli setia barangan koleksi dari Avon pastinya kali ini anda puas hati . Ini kerana untuk koleksi LILIA ROSA ianya adalah pakej khas dari ruang tamu, ke ruang makan terus ke ruang tidur. Kalau nak lagi WIN dan AWESOME  ada juga langsir, sarung bantal mahupun table runner(yang terletak di tengah table cloth) dari koleksi LILIA ROSA. 

Ruang tamu

Jamuan Aidilfitri pasti lebih meriah dengan gandingan pinggan mangkuk dari kaca opal yang menawan serta penghidang versatil dalam rona pastel segar. Seperti di bilik pameran ini , koleksi LILIA ROSA dari sarung kusyen, table runner dan juga bekas kuih raya mahupun kek 

Dato’ Rizalman Ibrahim bersama hasil rekaan beliau sempat KP rakamkan 

Cantikkan koleksi LILIA ROSA bila digabungkan

Ruang tidur

Walaupun Raya tiba, tidak salah rasanya jika ruang tidur mahupun ruang beradu mendapat sentuhan dari LILIA ROSA

bukan ?Untuk kali ini rangkaian linen yang digunakan mengabungkan 2 iaitu fabrik polister dan juga organza bercetak.

Ianya memberikan kualiti yang diingini oleh pereka agar pembeli mendapat kepuasan sewaktu menggunakannya

Bagi barangan linen di ruang tidur ini anda boleh mendapatkan ia dalam 3 saiz katil .Setiap saiz katil berbeza coraknya seperti “King bed”, “Queen bed” mahupun “Single bed”. 

Kesemua cadar ini diperbuat daripada fabrik serat mikro yang bakal memberikan keselesaan pada pengguna

Ruang Makan

Di ruang makan adalah ruang yang paling penting bagi KP kerana ini adalah tempat sanak-saudara, adik- beradik, ahli keluarga, rakan-rakan mahupun tetamu yang jauh mahupun dekat berkumpul untuk menikmati hidangan.

Dengan koleksi LILIA ROSA dari set pinggan mangkuk dan table cloth pasti membuka selera para tetamu. Warna putih sesuai digayakan dengan bermacam hidangan terutama di pagi Syawal yang indah

Contoh dekorasi di ruang makan. Bukan sahaja alas meja yang didatangkan dengan bentuk bulat mahupun empat segi, bahkan untuk koleksi LILIA ROSA juga memperkenalkan set pinggan mangkuk yang cantik!

Yang ini mendapat perhatian KP , satu set minum pagi . Warna dan rekaan sejuk mata memandang

Syawal anda pasti menjadi lebih sempurna dengan adanya koleksi LILA Rosa ini yang bakal dipasarkan mulai 1 Mei 2017. Dapatkan koleksi anda melalui Wakil Avon ataupun di Butik- butik Avon yang berdekatan dengan anda di seluruh negeri. LILIA ROSA Berkolaborasi Bersama Avon & Dato’ Rizalman IbrahimUntuk maklumat lanjut apa kata layari

Website Avon: http://www.my.avon.com

Contact : 1-800-22-2866 (AVON)